Jika sekarang ia nombor 10, semasa kita kecil ia jadi perkara top 5 pada aku. No 1 ialah kesihatan semasa raya, kalau tak sihat macam mana nak raya kan. No 2 ialah balik kampung jumpa mom and dad juga the siblings, no 3 dan no 4 ialah baju dan kasut raya, dan no 5 barulah duit raya. Namun bila dah dewasa ini perkara-perkara lain seperti perbelanjaan raya mak pak dan anak-anak mendahului keperluan duit raya. Konsep aku sejak jadi ibu ini ialah kalau ada rezeki lebih bagilah pada anak-anak sedara, paling-paling RM3, paling banyak RM10.
Comel dak bekas duit raya daripada Petronas ni. Husband gwe dapat kat event.
Jika tahun lepas aku berpantang jadi orang yang datang ke rumah, kerana aku tidaklah dapat keluar rumah untuk ke rumahmereka. Semasa itu koleksi duit anak aku yang masa tu tu 3 tahun dapat RM180 dan si kecil baru lahir RM300.
Tahun ini aku expect dalam lebih-lebih kurang gitu je la sebab aku bajet mesti ramai tak bagi duit raya sebanyak RM5 sebab semua benda naik, dan kita sedang melalui tempoh menyesuaikan diri dengan semua benda naik 10 peratus sekurang-kurangnya. Kalau dulu aku boleh beli baju bayi RM20 je tapi tahun ni secara purata RM30. Itu tak kira la baju 4-5 years olf mahu pun baju budak setahun. Untungnya anak no 2 ni dia punya baju almost 60 % recycle. Baju anak pertama yang semasa dia usia 12 bulan ke 18 bulan, ada pinggang dia kembang jadi tak bolehlah nak recycle kecuali kalau aku alter. Namun setakat ni tak sempat lagi nak alter. Aku lebihkan baju anak sulung dulu, ada 3 pasang aku beli aritu. Maklumlah masa ini je bershopping lepas tu tahun depan nak raya baru beli stok baru untuk 8 bulan punya jangkamasa.
Eh cerita pasal baju raya pula. Ok sambung balik cerita pasal duit raya. Duit raya dipandang sebagai sedeqah bagi sesetengah orang. Memang sedeqah pun sebab ko bagi pada orang yang memerlukan, tapi mungkin lebih afdal jika kita bagi pada asnaf yang memerlukan. Budak2 kecik tu bagi je RM5 sebab bila dorang kompol2 mahu mencapai RM300 sepanjang seminggu pertama aje.
Aku tak pergi tukar duit lagi, tengoklah esok ke lusa. Kalau tukar lewat risau tak sempat. Tapi macam tahun-tahun lepas aku tukar dengan duit anak aku sebab budak-budak kecik kan dapat banyak RM1 dan RM5, kalau simpan pun jadi berkepuk2 jadinya. Maka kita tukar dengan duit RM50 atau RM100 dan kempiskan tempat penyimpanan.
Bekas duit raya daripada bank rakyat
Oleh sebab aku tak bagi duit raya tahun lepas, maka sampul-sampul duit raya aku banyak betul. Maklumlah aku tak kemana selama 44 hari kan. By the time pantang dah habis pun masa tu raya dah hujung-hujung maka mana nak menghulur sangat.
Tetiba aku terfikir mungkin lebih seronok jika aku tak shopping sangat baju raya aritu dan gunakan duit-duit tu untuk jadikan duit raya. Bila bersedeqah hati manyak senang tau. Walaupun aku bukan la banyak sangat wangnya nak tabur sana sini tapi bila dapat hulur sikit-sikit tu rasa tenang je hati. Tengok wayang atau shopping baju pun kegembiraannya hanya sebentar sahaja.
Okla, see you later.
0 comments:
Post a Comment