Pages

Repair Keter Makan Burger

Burger Malaysia selalu menjadi pilihan makan malam aku yang ke lima, selepas 1. nasi putih dan lauk, 2. nasi goreng, 3. fast food, 4. roti canai / roti naan. Kat bawah blok sebelah rumah aku ada belia jual burger dengan harga purata RM2.8 seberger. Pakcik aku pun ada jual burger waktu malam dulu, tapi aku pernah makan sekali sahaja kat rumah dia. 

Maka semalam aku pergi repair kereta. Kereta aku berhenti dengan tetiba di gear D (kereta auto) di traffic light dan tol. So sebab aku memang kompem2 akan berjem balik kang, maka aku terus la repair. Semalam tukar spark plug, lepas tu test2 semalam dan pagi tadi ok je. 

Sebenarnya nak bercerita, aku gi makan kat cafe yang ada dalam Ramly Halal Mart di Cheras, Aku repair kereta kat deret-deret tu jugak je pun. Ni alamat dia kalau nak tau exact location.
Cawangan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Lot 35, Pesiaran Mewah,

Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,

Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222



So, aku sangat kagum sebenarnya sebab aku ingatkan dalam ini kedai jual barangan Ramly dan sewaktu dengannya sahaja. Oh, aku beli brown sauce dan meatball dalam tu. Teringin nak makan meatballs ala IKEA punya. Nak gi IKEA semata-mata maleh.

Masuk-masuk je kedai macam belum bukak. Tapi hakikatnya ada je makanan dia. Order dan bayar dulu, lepas tu aku and my fren pergi survey barang dalam mall dia. Kami keluar dan duduk, lepas tu dia akan panggil untuk ambil makanan.

Suasana dia tipikal kedai makan melayu. Yang penting ada tempat cuci tangan, sebotol mayonis yang besar. Aku tak berapa makan sangat sos cili mau pun sos tomato, konon berpantang sat :P


Kedai makan dia.





Set pilihan aku. Aku ingat aku order set ikan, rupanya aku order set daging.



Ropa sebelum buka burger.




Burgernya. Sedap.
Less oily than burger di gerai.


Yang best ialah aku spent less than RM8 to eat. Walaupun almost RM50 kat bazaar dia.

Niceee. Mari sapot local produk.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers