Pages

Rindu kepada perkara lama

Kadangkala aku rindu kepada perkara lalu
1. Rindu nak mengonline sambil naik teksi, tak payah hadap jem.
2. Zaman tak ada telefon pintar sebab tak ada orang kisah kau kat mana, buat apa, pakai baju apa semua.
3. Zaman buat penerbitan sekali sekala sebab boleh travel sampai ke Kuching, Labuan tu tengok tempat orang.
4. waktu-waktu innocent gaji setakat rm630 boleh kerja kais pagi makan pagi, macam tu je
5. Zaman sekolah, kelima-lima tahun di sekolah menengah

Tak rindu pula kepada
1. Menunggu teksi, kena berebut teksi dengan warga-warga kota
2. Zaman informasi payah nak dapat, payah betul nak cari maklumat, sekarang semua di hujung jari
3. Apabila kena tinggal anak di kampung lebih sehari
4. Zaman hampir hari-hari shopping sebab malas nak balik rumah
5. Zaman cinta internet, ewwww, what was I thinking

BTW tadi pagi dengar radio pasal, apakah perkara yang kau buat apabila kau nak break dengan pakwe ko. Ok ini bercerita pasal pakwe eh, yang bukan sah bergelar suami tau. Kang nanti ada yang nak samakan pakwe dengan suami plak. Haip haip.

Masa aku usia 20 macam tu aku pernah bercinta Internet dengan sorang mamat Sarawak. Setelah beberapa bulan melayari cinta online, yang sebenarnya lebih kepada tulis surat dan call, berbillion masa tu bil telepon aku sihhh. Anyway, aku senyap aje bila aku dah start tak mau berchenta online, setiap kali dia call aku tak angkat. Selepas sebulan dua macam tu aku angkat call dia, eh ke aku yang call dia, dia kata aku ada orang lain. Padahal sebenarnya aku dah tak rasa dah cinta ke suka kat dia, rasa macam bodo bercinta dengan orang jauh yang kenal melalui penulisan, padahal depan mata ko ada ramai lagi. Okla, aku jahat dan bodoh masa tu. Tak baik kan buat macam tu kat orang. Nasib baik dia tak ada bagi intan berlian kat aku, kalau tak mampuh nak ganti.

Maafkan hamba bekas pakwe online lama, hamba dungu dan lemah. :P

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers