Pages

Saya hanya manusia biasa, kadangkala malas kadangkala rajin.

Aku hanya manusia biasa, kadang-kadang aku rasa sangat sempurna membuat kerja. Namun ada hari pula aku rasa seperti mahu mengambil cuti panjang dan merehatkan diri di pulau percutian. Namun oleh kerana percutian sebegitu yang mana tidur di katil empuk dan melihat padangan pantai cantik memerlukan wang, maka aku kena kerja dengan gigih dan menyimpan duit demi untuk bercuti. Semasa aku masih kecil, percutian melibatkan duduk di rumah dan keluar ke pusat membeli belah sekali sekala. Ada beberapa kali ibu dan bapa mengadakan percutian bersama keluarga saudara di Perak dan Pulau Pinang, tapi aku kecil sangat untuk mengingatinya.

 Aku kadangkala terfikir untuk menjadi suri rumah, namun untuk menjadi suri rumah perlukan persediaan kewangan, iaitu dengan mentiadakan hutang langsung atau berniaga daripada rumah. Namun aku belum bersedia ke arah itu. Niat di hati memang ada namun aku belum memulakan sebarang langkah untuk menjadi ibu bekerja daripada rumah, sepenuhnya. Namun kitab-kitab dan cikgu, cikgu di dunia menyatakan kalau kita berusaha dan tawakkal, InsyaAllah akan jadi. Contoh macam kisah makcik ni yang kembali menjual sayur demi membina sebuah hospital. Menurut artikel ini, dulu makcik ni memang langsung tidak memiliki apa-apa kekayaan sampai nak bayar yuran anak pun tak mampu. Maka anak dia pun dia hantar ke rumah anak-anak yatim, dan anaknya belajar sampai jadi doktor. Makcik ni dan anak doktornya merawat orang selepas habis bekerja di hospital lain. Keajabian sungguh kan. Ajaib bagi aku yang sungguh biasa ini.

Aku tak tau la, adakah kerana aku dah ada anak-anak kecil, atau rasa macam kalau aku ada kerja lain nanti masa bersama anak dan suami di rumah terganggu ke, atau kerja lain akan lagi demanding daripada kerja sekarang menyebabkan aku selesa di zon ini. Walaupun secara teknikal aku bekerja waktu pejabat namun ada banyak peluang untuk buat kerja extra di sini. Tapi aku tak mencari lagi lubang-lubang itu. Aku rasa, kerja di luar lagi tinggi demandnya di sini. Contoh macam suami aku seorang wartawan, selalu je nak duduk berjumpa member di luar kalau ada hal. Aku nak jumpa member macam mana kan, dah aku ada anak kecil. Masa bersama anak kecil lebih berharga daripada mencari duit masa macam ini.

Okla aku nak balik dah, guruh dah berbunyi!

1 comments:

Anonymous said...

Its like you read my mind! Youu seem to know so much about this, like you
wrote the book in it or something. I think that you can do with
a few pics to drive the message hoe a bit, but other than that, this
is magnificent blog. An excellent read. I will certainly be
back.

Here is my website - Stormfall Rise Of Balur Wiki

hELLO

hELLO
:D

Followers