Hujung2 minggu lepas aku perasan yang sekor hamster aku tetiba nampak extra gemok. Selalu nampak cam bulu je yang kembang, aku cek2 breast dia cam semacam jek. So aku angkat dia and cuba raba2 perut dia nak rasa kalau ada baby la kan. Tapi cam misteri juga, housemet aku kata gemuk je kot. Pastu semalam malam seperti biasa sebelum aku nak tidur aku pergi la jenguk mereka. Aku tgk la yang betina gemok semacam ni tgh bersih2 bulu dia, tetiba kat bawah dia ada benda kecik yang kaler pink... maka terkejut aku. Aku panggil le jiran sebelah bilik aku suruh tgk kejutan itu juga.
Sahih, hamster aku ada anak dah. Benda yang kodek2 kaler pink kat bawah dia tu adalah anak dia. Aku asing yang jantan ke sangkar lagi satu sebab aku dengar rodensia ni kadangkala makan anak dia. (Tapi pastu aku masuk balik sebab sangkar lagi satu tu ada betina lagi, aku kalau boleh nak elak dapat anak lagi ramai)
Aku nak angkat emaknya utk menjenguk anaknya ada berapa ekor, tapi sebab anak dia baru sehari takut lak mak dia gigit jari aku sebab bersikap protective kat baby dia. So aku tgk je la dr luar.
Tadi pagi aku gi tgk lagi. Mak dia tgh grooming. Aku amik je mak dia and angkat utk tengok anak dia ada berapa ekor. Setakat ni ada dua je, aku tgh tunggu mana tau ada lagi nak tiba. Badan bayi2 ni sangat nipis kulit dia dan boleh nampak organ2 dalaman dia.
Aku rasa cam jadi mak pula, jadi nenek kot sebab anak2 ni ialah anak kepada hamster aku. Kena le buat kajian, anak hamster bila besar? Mak dia makan apa ek? Dan 100 lagi soalan yang berputar2 dalam minda aku ni...
Cerita mengenai hamster2 ku.
Aku ada tiga ekor hamster yang dibela sejak bulan 10/11 tahun lepas (2007). Mereka ni adalah hamster Syrian kot, yang cam teddy bear tu. Sa-ekor jantan kaler offwhite and dua lagi betina warna sama iaitu tompok2 hitam + coklat dan putih. Aku letak yang jantan offwhite dengan sekor betina dalam satu sangkar. Sangkar no 2 pula aku letak betina lagi sekor yang besar. Hamster2 betina ni kena asing sebab dia suke gaduh dan saiz kedua2nya berbeza giler, satu besar manakala satu kecik. Yang kecik duk dengan yang jantan dan akhirnya betina kecik tu beranak kembar.
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment