Aku serius rasa seram nak berkenalan dengan orang baru espesially kalau kena transfer office/bahagian. Orang yang selama ni jumpa dalam lif tetiba jadi co-worker, tuan-tuan dan puan-puan yang selama ni dengar citer angin cam2 pasal mereka tetiba jadi bos kiter.
Di kehidupan zaman ni yang banyak guna medium internet dan handphone untuk berhubung, aku berasa agak ok juge la sebab kebolehan bersosial antara indan aku agak ok berbanding sapluh tahun dulu. Zaman sapluh tahun dulu dan ke atas aku sangat intovert, secara semula jadinya aku memang jenis senyap ajerr sampai tika nie. Advantagenya bila jadi senyap nie, org rasa aku tak berbahaya dan macam2 benda dia akan citer pada aku. Tambah plak dgn efek2 pendengar aktif macam jawab ehemmm, ye, dan ulas sikit2 apa dia cakap sambil angguk2 dan tengok bebola mata sang pencerita maka makin derasla perbualan itu. Ini skill dapat dari keje bidang komunikasi ni, tetapi skill ni lama tak praktik dalam profession ku.
Kawan aku kata muka aku sombong banget kalau cam biasa. (Ye ker?? Aku bertanya pada diriku.) Pada pertemuan pertama aku selalu pikir tatau nak cakap apa je lagi2 kalau org yg ditemui tu pun ala2 nampak sumbung. Tapelah kot, with coming years InsyaAllah makin ok sosial skill. Asalkan mesej tu sampai dah... itcky itcky itcky
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment