Pages

baca buku

Baru2 ni aku baca novel bertajuk "Tall, Dark and Handsome" nukilan Nisha Minhas yang telah dibeli dan dijual balik dari kedai buku uncle kat CM.

Buku dia open dengan watak mat salleh bernama Cory Roswell yang sangat tinggi, sangat tan dan sangat handsome bertemu dengan gadis keturunan India Saffron Harris ni dalam kapal terbang dari India ke UK.

Yang unik adalah si mat salleh ni ada empayar produk lucah macam video dan barang mainan seks dan suka alien, tapi dia baik hati dan ada membina rumah anak yatim kat India. Maka dia selalu la pergi India untuk jenguk rumah kebajikan dia tu. Wanita ni pula adalah anak angkat kepada pasangan mat salleh yang membesarkannya di UK dan so stail pemikiran dia sangat UK la. Kesiannya dia sebab dia tak berapa tahu pasal kebudayaan India dia dan dia pergi India untuk mengkaji tentang India. Mak angkat dia bagi nama Saffron sebab itu salah satu warna bendera India untuk bagi connection kat situ.

Cory ni sangat kaya dan dia pernah bercinta dengan girlfriend yang sayang dia sebab harta dan bukan sebab dia. So untuk kali ni dia rasa dia patut rahsiakan kekayaan dia dan biar wanita nak kat dia sebab diri dia yang sebenar. Saffron ni pula terpikat dengan Cory sebab dia ternampak gambar Cory kat rumah anak yatim di india. Dia rasa tersentuh sebab dia pun anak angkat juga.
Maka tanpa lengah2 dia terus ngayat si Cory.

Citer dia cam ada ummph mula2 tapi aku duk baca la tunggu climax hebat tapi macam tak muncul2. Citer dia tak cukup spicy la pada aku. Mcm makan curry tak cukup lada. Lepas ni nak cuba habiskan baca buku Devil pakai Prada dengan Heri Poter & The Deathly Hallows.

ps : Follow up - pengurut dah dibeli oleh Pn Hana kawan sekelas lama kat uni.

3 comments:

azyze gomez said...

Aku give up on Devils wear prada after halfway reding it. Lemau ah, whiny, lembab, too long windered.

Nak kata aku benci chic lit, tak la juga. The Manny best je.

Ntah, maybe it's just me kot.

I better stick to my true romances, serious novels, thrillers & true crime stories lah.

mizzy N said...

true romances? aku dah tak tau maksud true romance tu apa.

azyze gomez said...

hahaha

dalam kamus aku, true romances tu maksudnya:

buku-buku novel versi zaman medieval sebelum kurun ke 19 dalam setting suasana damai the scottish highlands mahupun zaman kolonial di England dengan watak utama abang gagah tapi denial dan ego melankoli serta seorang wanita berambut merah dengan temperament bak spitfire to match her hair, yang tidak suka ditunjal telunjuk lelaki tapi akhirnya dua-dua fall in love dan triumph together setelah melalui getir hidup yang cukup dramatis.

Sebab seperti yang kau kata (more or less),
mana ada lagi true romances.

hik.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah