Rupanya macam ketua pengawas sekolah aku masa aku form one dulu, sagat berkarisma. Ni actuallynya ofismate aku. Cuba teka siapa?
Ni ialah kakak aku dan aku. Orang kata tak serupa, aku rasa sama je cuma part tona kulit tu aku menjurus ke arah tan la kerna hasil sun bathing bertahun lamanya.
Ini wallpaper handphone aku ada satu kala tu. Kadang-kadang rasa cam pelik tengok muka sendiri dalam phone tersengih. Rasa eerie bila tengok aku tersengih perasan dalam keadaan kaku.
Ni ialah hobi aku sekarang ni iaitu mempapparazzi subjek-subjek menarik di keliling aku. Kadang-kadang rasa macam jahat menampal muka orang dalam ni sebab orang tu tak tau yang imej dia ada di cyberspace. Untuk mengelakkan rasa bersalah aku kotak orenkan muka diaorang ni semua. Gambar ni sebenarnya gambar orang tengah flirting-flirting gitu.
Aku kagum sebab lif old school ni takde butang tutup. Ada butang 'buka' sahaja. SO SIMPLE AND BRILLIANT. Lif zaman sekarang ni ada butang tutup maybe kerna orang sekarang nak cepat so kena tutup pintu dengan segeranya. Tapi lif bodo cam kat apartment aku tu kalau takde butang tutup pun takpe sebab dahlah tak de sensor pas tu pintu tutup cepat aje. Kadangkala tersepit la mangsa-mangsa penghuni apartmente kat pintu dan sakitlah bahu kena kepit pintu lif.
Teka-teki.
1. SOALAN: Ada seekor gajah yang tengah duduk mengadap pisang, kenapa gajah tu tak makan pisang itu? SEBAB: Pisang itu pisang olok
2. SOALAN: Ada Gajah dan ada pisang betul, kenapa Gajah tak makan pisang? SEBAB: Pisang dalam tv so Gajah tak boleh makan
3. SOALAN: Gajah dalam tv dan pisang pun dalam tv, tapi kenapa Gajah tak makan pisang? SEBAB: Gajah kat TV1, Pisang kat TV2
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment