A untuk Aishah
Sekarang ni aku tengah half menonton Zoom In @ RTM Aishah (ni kerja tau). Akak ni popular kerana suaranya yang lemak merdu. Selalunya aku bersifat neutral kepada lagu-lagu nyanyiannya kecuali lagu raya dia tu. Kalau dengar lagu Pulanglah tu konpom rasa sayu... time tak raya punsedey juga.
B untuk birthday bapa saya
My daddy sambut birthday dia ke-61 hari Isnin hari tu. Tahniah Abah! I love you so much.
C untuk camwhoring
Pagi tadi aku teman kawan aku masuk tv. Dia kata dia julung2 kali keluar tv, tipu tu sebab sebelum ni dia keluar dalam promo raya RTM kat rtm 1 dan rtm 2. So pompuan ni start senin hari tu lepas konpem nak kuar tv hari-hari dia buat dry run. Berikut ialah rekod kegiatannya pada pagi tadi.
Ni aku sebagai kamera-gal rasmi yg turut camwhore.
Ni bukan ambil sendiri tau, Adi dari promo yang klikkan.

Up, close and faraway - dah tau nama dan rupa kalau jumpa dia minta autograf ye.
Ni komposisi shot faveret aku sebab aku yang compose.
D untuk doggy
Aku suka anjing dan masa sekolah rendah mak aku marah sebab aku suka pinjam buku cerita pasal anjing. Katanya gambar anjing haram disimpan dalam rumah. Tapi itu tak mematikan minat aku nak mengenali jenis-jenis anjing. Semalam aku first time nampak ada seekor Dalmation kat tepi jalan tengah merayau-rayau. Aku terfikir pasal tuannya, macam mana boleh terlepas sebab dia jenis pedigree kan... Sebaris dengan rumah aku kat JB ada jiran bela anjing, sekor tu bulu kembang apa jenis tah manakala sekor lagi tu dachsund warna coklat. Yang bulu kembang tu nama dia Lucky dan dengarnya dah mati. Kesian dia. Aku ingat dia sebab dia suka menyalak kat kami kalau lalu depan rumah time nak gi pasar malam. Lepas dia nampak kami, kami tegur dan dia senyaplah dan buat bodo. Tapi kadang-kadang dia menyalak macam tak kenal sebab dia jarang nampak aku kot.
E untuk embrio
Minggu lepas aku menonton program pasal embrio adoption kat saluran DH&H. Kaedah ni hangat di kalangan mereka yang tak boleh dapat anak sendiri tapi boleh melahirkan. So dia akan guna khidmat servis satu organisasi ni yang akan padankan dia dengan ibu bapa yang ada embrio lebih. Kaedah ni wujud sebab parents yang tak boleh ada anak secara naturalkan buat In Vitro Fertilisation dan selalunya embrio yang dihasilkan ada banyak. Setelah dorang berjaya ada baby dari embrio itu mereka akan bekukan yang bakinya. So diaorang boleh buat baik dengan memberikan hak penjagaan embrio ni pada orang lain yang perlukannya. Macam ambil anak angkat tapi ni embrio. Yang memeranjatkan pasal stail ni ialah ada sorang baby ni umurnya 2 tahun dan dilahirkan melalui kaedah embrio adoption ini, dan jeng jeng jeng dia ada kembar segen yang berumur 4tahun. Weird kan? Macam aku serupa dengan kakak aku yang lagi tua dua tahun! Macam mana nak sesuaikan diri?
F untuk Fahrenheit
Aku gila kejap kat kumpulan Fahrenheit sebab last year aku terpengaruh dengan citer Hanazakarino Kimitachi E (Hanakimi), ahahah lebih kurang gitu tajuknya. Aku sker kat WuZun dgn Jiro tu je, yang dua jantan jambu tu tak kenal pun. Alangkah bestnya kalau aku paham bahasa Mandarin. Aku suka lagu Chao Ji Xi Huan Ni.
G untuk Gemok
Ni adalah nama panggilan aku kepada adik aku. Yang tukang mengilhamkannya ialah kakak aku sebab masa dia umur empat tahun ada satu gambar dia dari low angle yang mana menampakkan dagu nya yang berdabel dan perutnya yang buncit. Walaupun itu cerita zaman dia baby tapi sampai sekarang lekat. Kesian dia, kadang-kadang dah besar ni pun aku suka2 je panggil dia dari jauh dengan nama tu. Aku tengok dia cam tak kisah je, tapi tak tau la dah besar ni terasa kot. aku dah terbiasa panggil dan kerana itu kadang-kadang terlepas juga di tempat awam.
H untuk Harry Potter
Aku fed up tul nak tunggu movie ke 6 harry potter ni. Ey, ke enam ke kelima? Entahla, dah fedup maka tak ingat. Boleh dia postpone dari bulan November ni ke Julai 2009. Nasib baik ada Madagascar dengan HSM3 untuk melepaskan tensen.
Hmmm, sampai sini je sempat aku menaip. Aku tak boleh nak sampai Z la. Ok la, sambung esok atau tulat. Taaa!

2 comments:
masa baca statement fahrenheit, au macam tergamam kejap.
Pasal aku ingatkan kumpulan fahrenheit yang nyanyi lagu rock kapak jiwang melayu tu. hahahaha
o tidak, sejak bila plak aku jadi peminat rock kapak. Bukan kata dorang tak best tapi tak terdorong ke arah itu. Ingat tak kita unplag lagu2 rock kapak dulu tu sumer. I miss ur gitar, sihat ke dia?
Post a Comment