I untuk Ibu
Ibu@Mak aku umurnya 54 tahun ini. Beliau sangat banyak membantu aku dalam kehidupan ini. Pengorbanan mak paling best sebab dia cekal membesarkan tiga orang anak yang bersekolah asrama pada suatu masa. Yang penat tu tang poket ibu la sebab dia nak bayar yuran masa awal tahun. Yuran sekolah aku je dah 600++ dan nasib baik la dapat BKP so dapat la diskaun 3 rat. Tu belum lagi nak duit belanja bulan-bulan la nak beli itu ini dan nak duit tambang balik JB jumpa la familia. Adik aku paling untung la sebab dia sekolah sejengkal je dari rumah aku so mak aku mengespend lebih kat dia. Hampir setiap weekend melawat dia lagi2 masa dia nak SPM tu (ko kena bersyukur tu gemok!). Aku dengan kakak kadangkala ibu@mak wakilkan ke sekolah adik kami. Time ekstra rajin tu kami pergi jalan kaki sebab perjalanannya dalam 20 minit jua.
J untuk Jovial Jonquil
Ni ialah nama dorm aku masa form five dulu. Nama ni ilham dari belek-belek kamus dan usaha suai padanan yang sesuai. Dorm aku nama rasmi dia Dorm J so kitaorang cari nama2 yang ada huruf J untuk jadi nama dorm suka-suka. Jovial maknanya gembira dan Jonquil tu menurut kamus ialah sejenis bunga kecik kaler kuning. Rumah sukan kami plak memang kuning so sangat cocok. Nama dorm paling seram kat sekolah aku ialah dorm pengawas iaitu Dorm H yang tagline dia Hierarchy Spirit. Makcik rasa cam duk kat organisasi junta je dengar nama hierarki ni. Wid wid (bunyi pelik sebab cam seram)... Nama lain yang pernah lekat kat dorm aku Junior Bats (Form 1), Jxxxx Jasmine dan Jannatul Naim. Aku duk teringat Juniper berry dengan jodphurs je kalau sebut pasal huruf J ni.
K untuk Kasut
Aku suka kasut kalau boleh nak beli pelbagai warna dan bentuk tapi bila bab nak beli mesti jadi berhati-hati plak. Last-last kasut aku banyak yang leper dari yang tinggi. Realistik la pilihan aku sbb aku duk office yang kerjanya asyik nak kena menapak ke sana sini so pakai flat baik untuk kaki. Kasut aku banyak asal dari Vincci. Taste aku lak pelik2 sikit dan selalunya aku dah set satu imej kasut dalam kapla otak dan bila nampak objek yang serupa dengannya aku beli jek. Dulu kecik2 dari darjah tiga dan ke atas sibuk membeli kasut tinggi untuk raya. Dahlah kasut aku mesti sama degan adik atau kakak aku sebab masing2 nak design tu jugak. So lantak ko lah, nasib baik aku duk jauh dari mereka (akak dgn gmox).
L untuk Lembaga
Dulu-dulu kan TNB nama dia Lembaga Letrik Negara (LLN) pastu dia cap LLN kat tiang letrik seluruh Malaysia. Masa kecik2 aku lak rajin baca majalah Variasari yang ada Siri Bercakap Dengan Jin tu. Dalam cerita tu mesti ada sebut pasal Lembaga dan deskripsyen lembaga gelap dan hitam dan berbulu dan besar dan tinggi. Jadi setiap kali aku tengok nama LLN tu aku terpandang nama penuhnya Lembaga maka karut-karutlah aku fikir. Kalau bapa aku dapat surat LHDN pun sama lah efek dia. Dahlah tiang letrik mesti ada semak sebelah dia, rumput2 panjang yang menyembunyikan misteri Lembaga.... Letrik Negara.
M untuk Malaysia
I love Malaysia walaupun I hate the politik people, cam banyak sangat bs dari yang logik. M juga untuk Melaka tempat aku mempelajari segala mak nenek untuk PMR dan SPM aku. Suatu hari my fren n me drive dari KL ke Melaka semata-mata nak pergi Jonker Street dan balik malam tu gax. Orang lain duk kata membazir dan tak logik. Pada aku sama je motifnya kalau nak gi kenduri kawan kat negeri sebelah yang 2 jam away, balik hari gak, keluar duit minyak n tol gak.
N untuk Nama N
Adik beradik aku semua nama mula dengan huruf N. Ia adalah ilham ikhlas daripada Allahyarham datuk maternal aku. Walaupun aku tak rapat dengan datuk tapi dapat gak la sesuatu darinya dengan nama ini. Terima kasih datuk Jaafar ku, semoga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Nama kakak aku sangat disukai oleh satu sepupu mak aku jadi dia bagi nama anak kedua dia dengan nama variasi Nabihah. Nama adik yang sebenar sangat tipikal dalam Malaysia ni. Masa dia masuk UTM dulu dapat pula rummet ikut senarai nama so ada Nurul, Nur dan Nor dalam tu. Nama aku selalunya nama huruf N pertama dalam mana-mana senarai so senang nak cari, tapi ia datang selepas deretan semua Encik Muhammad dan Mohamad. Berapa riban orang nama mula Muhammad dan Mohamad, banyak ko.
O untuk OwMyGod
Aritu aku gi jalan dari Wisma Radio ke Wisma TV dengan berbaju kaler pepel yang pesen baby doll tu dan ada tali kat belakang boleh ikat reben. Pastu tengah jalan kat foyer Wisma Radio tu tetiba ada satu minah rambut dye kuning terhenti, tengok aku dan kata "Oh My God!" Aku pun berenti, tengok dia dan tertanya2. Dia kata "I ada baju sebiji macam ni, tak nak pakai pergi office la macam ni." Mukanya drama queen sungguh dan dia pun terus blah masuk Wisma Radio. "Stupidnya!" ujarku dan aku pon blah. Padan muka dia, aku bukan berpusat kat Wisma Radio pun so nak risau baju sama kenapa? Aku ada satu baju kaler merah beli kat blook, dahlah beli sama-sama dengan kawan aku. Orait je ehhehe. Sebenarnya ada banyak lagi yang sama dengan dia, taste sama dan sama-sama degil so beli je lah. Tapi kaler lain tau. Bila nak pakai kena buat spotcek dulu.
P untuk Petrina
Masa aku darjah satu kakak aku pula darjah empat. Dia ada kawan sekelas nama dia Petrina. Dia ni berambut sedikit perang, tinggi dan kurus je orangnya. Kaler kulit nya cam cerah gak la dan dia juga faveret student cikgu matematik aku, Mrs Tan. Kadangkala cikgu aku suruh kami gi panggil Petrina ni datang kelas kami nak jumpa. Bila Mrs Tan cakap dengan P mesti muka dia senyum ceria tapi bila dia ajar kami mesti garang glerr. Masa tu kami sebagai kanak-kanak fikir mesti cikgu suka dia sebab dia cantik. Kenapa aku cerita pasal dia? Sbb imej dia datang melawat ke kelas aku ketika kami tengah buat latihan maths masih terpahat dengan jelasnya sampai sekarang.
Perempuan ini dah writer's block plak so sesi P ke Z sambung tulat la. K wa lapar so nak makan dulu. TTFN.
Wonderful Wordy Wednesday
1 day ago
0 comments:
Post a Comment