Aha betapa leganya bijit mata aku tengok blog gues yang cerah dan terang ni. Masa ni sangat sesuai nak buat makeover sempena tahun baru, mesti la nak lawa-lawa kan gamaknya.
Minggu lepas aku sempat balik kg jumpa mak & abah n akak, lepas tu balik kl tengok movie (sambut countdown new year dalam wayang dgn ramai2 lagi yg manonton Yes Man) dan siang new year join rakan aku pulang ke kampung dia di Kedah. WAH WAH dari Tengah ke Selatan dan terus ke Utara dalam seminggu merentasi LUS.
Di side yang gumbira, kakak aku telah dirisik dengan jayanya oleh mak Encik Z. Yang bestnya ia berlaku dengan secara laju setelah mak jantan tu asyik tunda2 tarikh nak datang. Nasib baik risik je, takdela aku terkilan sangat dah balik KL. Gini la bunyi perbualan mereka based on apa mak aku beritau dalam telefon beberapa hari lalu.
MAK ENCIK Z : Assalamualaikum, kita datang ni nak menyunting bunga kat rumah awak.
MAK AKU: Waalaikumsalam warahmatullah. Bunga? Pokok kat rumah kita ada daun-daun rimbun je, bunga tak ada lagi (POKOK KAT RUMAH AKU MEMANG SEMUA DAUN JE RIMBUN, BUNGA DAH GUGUR)
MAK ENCIK Z : Bukan bunga yang tu, kita nak melamar bunga yang dalam rumah ni.
MAK AKU : Oh, bunga tu. Kita ada tiga bunga, yang mana satu berkenan di hati awak.
MAK ENCIK Z : Kita nak bunga yang nombor satu.
Congrats AKAK! Moga jodohmu tiba jua di hari yang dirancang. Heheheh, nasib baik makcik tu tak kata bunga nombor 2 atau tiga. Ceh, macamlah kalau sebut bunga no lain-lain kena kawin dengan bunga salah sebut tu.
Tahniah sekali lagi darling sister!
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment