Walaupun aku telah perkatakan pada kawan aku sebelum ni yang aku tak de perasaan atau tarikan lagi nak tengok Maut by Bada, tapi aku dah tengok ia di wayang rupanya minggu lepas. Ia adalah the day before yesterday, kelmarin la. Cerita ni ada tiga kisah dalam dia.
Kisah pertama pasal roh yang meminta tolong daripada orang hidup. Aku makin suka plak tengok Liyana Jasmay sekarang. Dulu masa dia baru keluar dalam Castello macam menyampah sebab emo sangat. Tapi lepas tengok dalam cerita ini dan Histeria dulu aku rasa dia sangat ok berlakon dan wajahnya memang normal Malaysia. Lagi ajaib bila Raja Farah jadi rakan serumah dia, sebab Raja Farah macam selalu bawa watak lebih tua aje sebelum ini. Tak best bila Daniel bekas X-Factor yang dah sah2 tua berlakon jadi rakan yang suka je nak menempek kat Liyana Jasmay.
Kisah kedua pasal keinsafan. Minah nie dia koma dan mimpi disiksa dalam tempat berapi dan bila sedar dia jadi insaf dan tinggalkan segala keburukan yang dilakukannya sebelum ini. Masa dia tunjukkan mimpi minah ni disiksa aku teringat pakcik aku cerita semasa aku umur 6 tahun dulu. Ada satu exhibition/muzium yang mempamerkan scene2 orang kena siksa, macam ditarik lidahnya atau dipotong. Seram sih dan menginsafkan juga. Di gambaran kena siksa tu siap ada warning ala-ala ini "ini ialah gambaran orang mimpi masa koma, bukan diambil dari mana-mana agama". Tapi kita yang dah biasa dengar cerita2 pasal siksaan api neraka ni bolehlah relate sikit2.
Kisah ketiga barulah kisah watak lakonan Que Haidar. Paling kelakar sebab mak dia nampak ada simbol lukis2 kat belakang badan dia dan mak dia tanya amende lukisan tu. Dia kata takde papelah. Tapi kakak dia tengok dekat2 dan kata, "itu tatu mak. lukisan dakwat tak boleh padam." doww, skemanya bahasa.
Anyway movie ni ada guna beberapa baris ayat skema yang sangat obvious. Boleh aje nak guna bahasa pasar, cuma jangan guna bahasa harian yang hanya dalam kumpulan tertentu2 aje. Aku pun cakap bahasa skema untuk meeting dan kerja tapi bila gossip dan shopping tak de maknanya nak cakap skema skema.
all in all aku rasa ok la citer bada ni cuma sebab ada 3 in 1 so jadi agak padat dan rasa cam tengok drama pendek.
Wonderful Wordy Wednesday
1 day ago
0 comments:
Post a Comment