Pages

www dot bla bla bla

Ehehem... di suatu hari selepas berborak dengan akak ofis ni aku berpaling nak mensurf internet, pastu akak ofis aku ni duk la bermonolog 70xx dan capai telefon. Oh, dok membebel extensen number rupanya. Dia duk kurang dari 50 cm dari aku so start dari dia cakap hello aku dah auto pasang telinga.

Akak ni call la kawan dia ni yang newly wedded dan ucap congrats sebab rupanya dah ada pau dalam oven. Wahahaha bunting pelamin la tu. Anti betul aku dengan term bunting pelamin. Waaa... so pregnant kucing like la. Ha, pastu akak ofis aku ni tanya pada orang tu yang lepas ni macam mana la, apa langkah merancangnya? Kata dia lagi kepada kawan di teleponnya, kalau nak tahu caranya ...."Ambil alamat laman web ni. www.... Kat sini ada la cara-cara nak merancang zuriat"

Dan aku pun lost apa dia cakap selepas itu. Dalaman aku dah hebat mengsquirmkan diri kat sebelah tu. Nak aje aku cakap "Akak, tak yahlah ko mention lagi benda tu awal sangat la. Tapi tak baik sebab tengah pasang telinga kan so mana boleh celah2, walaupun memang akak tu sedar aku dengar pe dia cakap semua."

Pas habis call dia usik aku la pulak. Menurutnya aku perlu tahu pasal benda itu juga. Aku dengan ekspresi ego (dalam hati ewww yang segan sebenarnya) terus kata, "kak lepas aku nikah nanti aku call ko tanya website itu, sekarang ni aku tak nak tahu lagi."

Takpela kak, ignorance benda itu ialah bliss pada aku ketika ini.
---------------------------------------------------------------------------------------
Imajinasi terlampau ialah jika aku jadi seperti itu
beberapa tahun akan datang....
Hello Ayedah, apa kabar sekarang? Aku ada precious info nak kongsi ni, layari website www._____ untuk rancang bila anak ko nak jadi (usaha tangga kejayaan), ala bila nak bersamalah. Kalau nak buat stail pencegahan secara asli kena la buat meeting pre-production dengan abang S ye. Bila dan di mana free. Oopps aku punya stok ribbed c______ dah bes, walaupun aku tak guna tapi aku kena beli. After all pencegahan lebih baik dari merawat."

Dialog imajinasi ni melampau sikit sebab aku nie ott sikit dari akak tu.
Oh ya, sebab aku ni ada efek takut orang salah anggap maka berusaha lah
di sini aku ternagkan yang semestinya stok ribbed c itu beli lpas nikah dah sah.
Sekian, tenkyu.
---------------------------------------------------------------------------------------
Miaow! Jangan jadi begitu sang N. Jangan makan buah kaler merah menyala itu... Itu buah lada yang pedas. Cili la, lada! Cabai? Lada! Capsicum? Buah Lada? Chilli? Sejuk

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers