Pages

reunion edition mozac99

Tengok mozac99 je dah boleh agak berapa umur aku. Senang cerita dah 10 tahun aku meninggalkan mozac (sekolah menengahku). Dah redi korang lily, farah, zura, ninie dan wawa?

Kejap lagi ialah reunion dan rasa macam hari penentuan pula, chewaah... yela setel dah penungguan sedekad nak bertemu rakan sekolah. Kali terakhir bersua mereka dulu semua keding/x matang dan single tapi sekarang dah ada yang upsize/downsize dan ramai juga yang dah berkahwin juge dan mentimang satu dua cahaya mata.

Malam esok kami plan nak bersuka ria atas bukit itu, tapi kali ini aku tak tidur hostel walaupun boleh tidur hostel. Makcik malas nak berangkut segala barang sebenarnya dan ada plak geng nak duduk hotel so mari la berhotelan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Puan Lily (click la nama dia so dapat gi blog dia :D) kerna telah mengoffer menjadi pihak pengangkut diriku ke sana dan menalipon hotel untuk bermalam jua. Segarland tima kaseh saya kalungkan. Mmmuah cium

Tadi masa aku belek2 koleksi gambar sekolah aku kan rupa2nya majoriti daripadanya dirakamkan pada zaman form5 aje. Tapi nasib baikla ada laman sosial fb tu jadi aku ada gak la can tgk pic kawan2 lain yang ada. Dah nampak tu kena copy and save la lan supaya koleksi gambar kenangan aku dengan senangnya bertambah.

Sempena nak berreunion ini ada gak la organiser mintak pic2 lama untuk dibuat slide show bagi tontonan masa barbeku kot. Tapi aku nye copy semua low quality dan tak sempat nak scan so aku tak bagi la pada mereka. Walobagaimanapung aku kongsi di sini.


1. Tahun 1999 - Debat PPM
PPM ialah Piala Perdana Menteri di mana sekolah-sekolah menengah berasrama penuh zon selatan datang ke sekolah aku (tuan rumah masa tu) untuk bertanding dalam Debat, Bola Jaring, Bola Sepak, Netball dan Hoki. Masa ini sapa nak jadi volunteer pun boleh lagi2 kalau dah form 5 kerana dapat sijil koku.

Masa ini syok sebab kerja aku cuma ambil nama para pendebat dan adjudicators (juri kot) dan baca skrip. Skrip tu isi je la dengan nama para mereka ini. Lagi best semasa pendebat berdebat pasti dia akan mention Madam Chairperson sebagai tanda hormat, rasa mcm VIP plak. Tapi masa ini aku punya time keeper ialah seorang junior yang cun gila ala chinese look maka dia pula yang mendapat perhatian lebih daripada pendebat-pendebat lelaki.



1999 - Malam seribu bintang
Malam ini dinamakan sebegitu rupa kerana ia spesial untuk kanak-kanak form 5 yang nak meninggalkan sekolah. Huh, panjang gila penerangan. Malam ala konvokasion la walopun tak periksa SPM lagi. Kod berpakaian malam itu ialah warna hitam putih dan bebudak perempuan dah siap tempah baju dua bulan awal. Tapi ada kawan aku tu rilek aje sebab event malam Sabtu dia beli baju Jumaat petang. Huhu.

Ini ialah geng satu tingkatan 5 dan satu dorm. Minah hujung tu ialah blogger bernama zurani dot blogspot dot com di mana baru beranak dan keje jadi cikgu. Seken tu pun dah ada anak satu dan ketiga daripada kiri akan berkahwin minggu depan. Aku aje menten tidak berkahwin, bujangness uu.


1999 - Malam seribu bintang
Pada hari ini aku berlari berganti-ganti 4x400 meter dan xc percaya sungguh apabila team aku dapat no.2. Almaklumlah lagi 3 orang tu memang pelari handalan dan aku pula bukan pemecut, maka keje aku masa tu sebagai pelari ketiga cuma maintain pace aje. Alhamdulillah kami menang.
Sehari sebelum tu aku lari 800 meter dan dapat no 3. Masa tu pelari jarak jauh handalan rumah aku boleh bagi aku can menang dalam acara tu sebab dia nak jimat tenaga bagi larian 1500 meter pula. Jenuh lari 2.33 padang tapi nasib baik ada gak menang. BTW orang dalam gambar ramai sangat jadi malas nak tutup mata sekor2. Aku yang tudung putih/hitam tu.


4. 1999 - Makan Ikan Bakar di ....
Pada ketika ini aku lupa dah nama tempat ini. Oh ya Umbai Melaka. Masa ini sebelum SPM juga tapi nak buat sesi beramah mesra dengan kelasmate jadi pergi makan. Semua orang pakai baju kurung malam ni tapi aku dan bestie aku H memilih untuk bersantai. Katanya kod berpakaian santai, maka santai la jadinya.
H dah tunang minggu lepas. Aku agak terperanjat sebab masa tu aku baru dapat contact dia setelah dua tahun berlalu macam tu. Dia tak pergi reunion pula.


5. 2009 - Bertemu adik angkat depan office
Satu hari tu aku pergi office hari Sabtu pagi. Tengah aku jalan ke arah office tetiba ada nampak minah sangat familliar keluar daripada masjid bertentangan dgn office aku dan rupanya adik angkat aku masa sekolah dulu. Dia ini wakil negeri Melaka untuk ♥ MajLiS TiLaWaH AL-QuR'aN PeRiNgKaT KeBaNGSaaN KaLi Ke-52♥ . Aku copy and paste ni daripada tajuk album dia dalam fb, sebab tu ada heart semua.

Masa ni dia baru habis bertanding dan malam tu dia ke Angk@sa@puri sebabnak menyokong adiknya yang masuk Bintang Asli pulak. Memang keluarga berseni la dia ini. Aku pun taktau dia masuk Tilawah, aku tau masa tengah edit Tilawah daripada TV untuk ke tenet. Aku duk forward-forward tape tu tiba-tiba nampak minah muka macam kenal dan rupanya memang dia.

Oklah, aku dah lambat sebenarnya ni. Kejap lagi nak bertolak ke Melaka untuk reunion!

4 comments:

Zurani said...

nadh..sukanye aku baca entry kau ni. i miss u so much!!!!mwah mwah.. unfortunately, aku x dpt join reunion tu sbb husband aku sibuk mengambek gmbo org kawen..kau ingat x last time kite jmp kt kedai mamak kt bangsar.2 or 3 years ago..
so as a conclusion kn nadh, aku rasa da tibe masanye kau plak yg kawen..hehehe...

Lily@MamaZaraZareef said...

hehe..nama aku pon disebut kat sini jugak rupenyer..=D

ouT oF My MinD said...
This comment has been removed by the author.
ida said...

what i mozek my dear...???

hELLO

hELLO
:D

Followers