Pages

Deerland!

Sebagai makhluk mamalia berbaju, keinginan aku nak mengenali haiwan mamalia tidak berbaju sangat tebal dalam jiwa. Apa-apalah haiwan asalkan bukan kucing. Kucing-kucing semua tipikal je kalau jumpa. Ia mesti nak minta makan tak pun nak buat kaki aku sebagai tiang pengasah kuku. Ciss. Jadi semasa aku diajak oleh Py (tunang gwe) ke Lanchang untuk tengok rusa, aku terus setuju.

Hi, nama saya Bambi.


Tempat nie aku lupa namanya. Deerfarm? Eh Deerland la.
Hasil penggooglean aku niee ha ada cerita pasal ia (Deerland le).

Bayaran masuk RM5 masa nie.
Aku masuk dah pukul 5 jadi memang kedai dah nak
tutup la tapi ramai je orang lain baru datang juga.


"Hello, nama saya N. Saya tak pernah makan daging rusa.
Agak-agak macam mana ya rasanya."


"Lari!!!!"

Masa masuk tu penjaga rusa akan bagi satu rombongan satu bakul buah betik yang dah dikerat.
Rusa nie memang tau dah kalau ada bakul mesti ada rezeki namanya jadi dia akan serbu kita.
Tapi bila dia nampak je bakul kosong terus rusa tu semua jual mahal.



Memang nahas la siapa pegang bakul buah nie sebab akan diserang oleh rusa-rusa yang kalau berdiri dengan kaki belakangnya akan jadi lebih tinggi daripada kita. Silap2 dia akan panjat kita semata-mata nak mencapai buah betik itu.

Jadi apa kita lakukan jika terjadi perkara sebegini.
Kita larikan diri sambil angkat bakul tinggi2.


Siut betul masa nie, aku dah macam penari tradisional.

Perkara syok di sini apabila boleh bergambar dengan ular yang koma kekenyangan. Jadi sebenarnya aku ibarat pegang sehelai selendang berat. Tak payah rasa takut sebab ia statik dan tidak cuba menjalar ke seluruh badan anda.


Masa aku pergi nie ada tarikan baru yang belum ditunjukkan lagi. Ia ialah sepasang Sugar Glider. Haiwan ini dibeli di Singapura dengan rege sekitar RM400 dan yang bestnya bagi pemilik deerland nie ialah sugar glider nie tengah pregnant. Jadi secara tak langsung dia beli 2, free 1.


Selain daripada Deer di sini ada juga ostrich. Haha, jiran aku pun ada burung unta.
Tak percaya? Di kawasan perumahan lagi.
Nanti aku suruh adik aku candidkan gambarnya.
Seriusly.

Tapi aku rasa burung unta tu mesti bosan sebab dia tak dapat lari2 ke sana ke mari. Kalau ada kaki panjang mesti nak berlari kan, jadi kalau kaki tak dapat digunakan dengan maksimum mesti akan berasa tertekan.




Last but not least ialah beruang!


Tengok jinak gila.
Sebab dah dapat makanan jadi dia buat tatau pada sapa2 yang pegang dia.
Bulu dia kasar macam berus sabut.


Care bears!

6 comments:

ezzati said...

beraninya pegang ular..huhu

ninieZUERYANNIE said...

hahahahahhahaha.. gelak sampai rase nak tergolek2.. klakar bile ko ckp ko dah mcm penari tradisional tuh.. tp mcm ye gak rara.. seriusssss mcm penari tradisional giler..

* aku bagi nama "joget bakul betik merah", boley?

Naddy said...

zati, dia tak melingkar berani je.

ninie, nama yang enak.

JohnJenin said...

care bears tu agak agak boleh kuar power kot perut tak macam cite katun dulu2?

Naddy said...

taboleh kot. hoho

fauzuskamaruddin said...

uis babe klau i sumpah tkkan pegang itu ular....scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

hELLO

hELLO
:D

Followers