Hi, dah last minit baru join contest nie. Penganjur peraduan nie merupakan kawan ku daripada zaman sekolah. Klik gambar batu tepi laut kat atas ini untuk ke blognya.
Pertandingan ini kita kena cerita best vacation moment kita. Aku ada banyak moment best dalam bercuti tapi paling best ialah masa pertama kali ke luar negara. Destinasinya tidak jauh, cuma Bangkok sahaja tapi thrill keluar daripada Malaysia tu gembira gila rasanya. OYEAH!!!
MY BEST VACATION MOMENT : AYUTTHAYA, THAILAND
Ok, aku ke Bangkok bulan Januari tahun lalu. Hari pertama kami bertiga pergi trip naik kereta sewa ke kuil-kuil lama yang terletak di sekitar Ayutthaya. Bayaran seorang ialah RM80 dalam nilai duit Malaysia. Kereta pakcik tu buruk gila tapi air cond power ooo. Nyaman gila tidur dalam teksi kalau mengantuk.
Masa tiba ke kuil pertama excited gila sebab tengok tinggalan sejarah. Bangunannya berumur beratus2 tahun dan ada yang masih digunakan dan ada yang untuk tengok je sebab dah tak elok dah. Masuk dalam kuil je kena bayar ala-ala menderma, dalam RM2 hingga ke RM5. Tapi kalau penduduk tempatan free aje.
Masa pergi sana asyik ambil gambar sahaje. Sorang-sorang bawak kamera sendiri jadi bila ada can nak posing dan nampak kawan sorang lagi tgh pegang kamera, tanpa malu dan segan terus je suruh dia ambilkan gambar kita. Ala kamera digital, tak luak pun memori tu ambil gambar aku berpuluh2.
Pergi berjalan tak boleh pakai selipar macam ne, nie selipar pergi pasar dan office je. Pakai selipar ke office? Bila sampai ke office mestilah bukak kan dan tukar ke kasut skema pejabat.
Masa balik daripada Ayutthaya tu kepenatan sangat dan lapar jadi pergi cari makanan. Masa nie kami tinggal di kawasan yang payah nak cari makanan halal jadi agak sewel sikit nak makan tu. Tapi tetiba ada orang menjual mee dengan kereta sorong. Beria-ia la beli sebab memang takde elemen daging dalam tu tapi... (yakin sikit la tak ada babs kan)
.......... tawar hebeh. Kena letak kicap berkoyan-koyan baru ada rasa. Sambal dia pun alahai. Terus pulak aku jadi pemakan pedas. Itula best vakasi momen aku di Thailand sana. Sekian.
Ok lily. Ini entri aku untuk pertandingan kau. Aku dah follow dan link dia so wish me good luck.
Hari ni last day. Haha, korang dah terlambat!
2 comments:
yeyey..mendapat sokongan juga dr rakan skolah utk contest ini..ekekeke..btolla ckp ko, 1st time gi obesea mmg eksited giler psaannya..aku dl gi singapore jek tp die punye happy mcm dpt gi uk..=p
nway, tq join contest aku yek..=D
I went to Thailand juga. Bestlah...
Will go back jika ada peluang lagi!
Happy weekends Mizzyn!
Post a Comment