Aku rasa aku mula faham apa maksud kandungan TV masa umur 5 tahun. Sebelum tu aku tak faham pun apa benda yang aku tengok. Mak aku suka melayan drama dan program wanita manakala bapak aku suka tengok cerita bersiri orang putih mcm Miami Vice, Dynasty, Mission Impossible dan wrestling. Kalau drama melayu sah-sahlah aku cepat faham tapi kalau cerita omputeh aku ingat montaj dia aje. Miami Vice ada bikini kaler merah dan speedboat tengah dipandu merentas laut dan misai lebat Magnum PI. Masa itu juga zaman kehenseman Pierce Brosnan dalam Remington Steel. Sampai sekarang aku tengok dia terbayang imej dia dengan muka hensem memakai kemeja putih dengan tangan dilipat. Oh ya aku tidak lupa juga kehebatan Six Million Dollar Man dan bionic woman. Semua benda yang hebat perlu di slow motion kan.
Menjelang sekolah rendah aku dan kakak aku suka tengok channel 5 milik SBC (sekarang MediaCorps) sebab rumah kami dekat JB maka dapatlah siaran Bandar Singa. Masa ini dah mula faham program apa yang menarik sebab sebelum tu ikut rentak bapak aku tengok tv je. Masa nie kami memang suke sangat tonton X-Files, cerita-cerita seram gred B setiap malam Rabu dan juga Beverly Hills 90210. X-Files selalu juga tertinggal, cerita-cerita seram tu kadangkala terlepas sebab esoknya hari sekolah jadi kena tidur awal, dan Beverly Hills sebab kembar Brenda dan Brandon yang cun dan Dylan McKay. Jangan tak tau kau aku hafal nama2 mereka dulu.
Brenda (Shannen Doherty) dan Brandon (Jason Priestly), David ( Brian Austin Green) dan Tori Spelling, Dylan McKay dan Kelly, Ian Ziering dan Gabriel. Oh hehe, dah reput dah memori aku rupanya. Tak ingat la dude.
Masuk sekolah menengah aku jarang tengok tv kecuali Melodi yang memang semua orang akan tengok ramai-ramai sebab ia disiarkan pada waktu rehat tengah hari. Kalau hari minggu aku layan la apa yang orang lain layan tengok. Teringat satu masa tu semua orang suka tengok Spellbinder padahal cerita tu biasa aje pun. Spellbinder juga menjadi inspirasi nama samaran aku untuk satu laman diskusi online ni.
Masa zaman VCD mula keluar kadang2 ada la sekolah buat tayangan video jadi aku pergi la tengok. Masa tu tengah zaman Jim Carey naik dengan filem Ace Ventura dan Mask. Aku masa tu kat rumah masih menggunakan VHS player lagi jadi la jarang tengok movie nie. Tengok pita Dil To Pagal Hai pun tak ada subtitle jadi main agak2 je la apa dia kata. Tengok kat sekolah guna bilik yang ada kerusi bertingkat-tingkat macam theatre dan selalunya sekali tengok sampai tak muat bilik. Movie lain masa tu ada Mask, Blair Witch dan kegemaran sepanjang zaman aku TEN THINGS I HATE ABOUT YOU! Aku suka gile kat Joseph Gordon-Levitt semenjak 3rd Rock from the sun. Bila tengok dia bawa watak pencinta kecewa dalam 500 days of summer pun lagi suka.
Ada satu hype masa tahun 90an ialah cerita pasal the unexplained, daripada hantu ke UFO semua ada. Tapi ini cerita hantu Barat la dan bukan spesis pontianak atau toyol tetapi spesis poltergeist dan misteri ESP.
Kalau anda hebat cuba teka apa ini?

Hadiah misteri menanti anda
(Ala kicin je pun haha)
TV pada hari ini ialah tempat mencari makan aku. Alang alang tu nak promote nie saksikan Pertandingan Irama Malaysia peringkat Akhir kat TV1 pukul 8.30 malam. Kalau nak tengok dekat sila la ke Angkasapuri KL dengan jayanya sebab masuk percuma! Tapi masuk awal2 la jadi dapat tempat best. Aku rasa lama la pulak tak pergi tengok konsert rtm sendiri. Last time aku tengok konsert rock leleh raya 2008.
Sampailah aku menyewa rumah sendiri barula aku melanggan astero. Sekarang memang masyuk kalau dapat tonton dokumentari sehari suntuk sampai mual. First sekali mestila aku tukar saluran Animal Planet sebab aku suka haiwan (walaupun x minat nak bela kerana kena rajin lebih) dan seterusnya Discovery Channel, National Georaphy. History dan lain lain cenel.
Ada satu masa semasa cuti semester di JB aku tengok rancangan kedoktoran setiap Rabu malam ke Khamis malam. Mula2 ER (zaman Nurse Sam beromen dengan Dr Kovac dan watak Noah Wyle bercinta dengan Kem (Thandie Newton), lepas tu Grey’s Anatomy dan akhir sekali cerita Boston Legal. Eh takdela semua cerita kedoktoran. Semua memang episode ulangan jadi lepas pukul 10 je aku dah konker tv supaya mak aku tak lepak lama2 dan tengok drama ulangan larut malam pulak. Zaman sekarang kadang-kadang mak aku yang join aku tengok Animal Planet.
Sekarang nie tengah zaman kegemilangan web. Memang loser gile kalau komputer ko tak boleh main flash sebab ko ketinggalan zaman. Takde flash tak boleh la tengok tv online. Kalau dulu nak buat website pun kena fikir pulak, kalau letak flash boleh ke pengguna menikmatinya? Zaman sekarang kalau ko kata tak boleh sila update flash anda. TV pun dah ada dalam web yang boleh dibuka di mana-mana. Di telefon? Di pemain MP3? Di gajet permainan mudah alih? (PSP ahahaha) Di jam tangan dan silap hari bulan di baju anda pun boleh.
Mereka yang asyik berkepit dengan web nie mengatakan akan habislah riwayat TV sebab ada tv di web. Web nie dahla interaktif dan sangat terkini dan mudah diakses makanya mesti TV akan reput tak lama lagi. Pada aku, tv dan internet melengkapi masing2 dan bukan bersaing antara satu sama lain.
TV tetap akan wujud untuk masa yang lama sebab tv ialah saluran untuk melarikan diri daripada hal dunia. Pure escapism. Tukar canel dan seraplah apa yang disiar. Sebab tu nama dia idiot box kata omputeh. Lagi satu high definition ialah idaman nak mempasifkan diri dan berhibur. Teringat masa aku baru belajar pasal media nie, ada kecoh pasal TV yang boleh dimerge dgn tenet. Kena beli set top box dan lekat kat tv. Siaran tv masa tu digital la. Sekarang dah hilang dah. Yang ada set top box mcm astro tapi melekat pada tv. Tak ada papan kekunci bersambung dengan tv tu. TV interaktif pun melalui sms dan bukan masukkan teks terus ke dalam tv.
1 comments:
Post a Comment