Pages

Persiapan nak kahwin 2

Aku serius bongok sebab buat preparation kahwin lambat2. Meraunglah aku dalam hati ini apabila aku dapati bahawa lagi kurang sebulan aje aku nak kahwin. Nasib lah baik ada bespren2 membantu. Xie xie ni peng you ;)

Bestnya tarikh nikah aku awal sehari daripada tarikh kakak aku kahwin last year. Sabtu tu pula ialah birthday tunang aku. Wowee mulai next year (InsyaAllah) akan bermulalah dabel celebration dalam hidupku! By the way aku declare kapel masa bday aku 6 years ago. Haa lama sih kapel. Memang patut time kahwin.

Kameraman? Aku hire sorang fotografer daripada KL ni untuk majlis aku. Hasil gambar dia memang terbaek la. Untuk majlis bertandang pulak aku amek kawan fotografer daripada KL juga iaitu stapakphoto. Dorang nie geng yang mula2 ajak aku amek pic suke2 dulu. Team gambaqq nak bersenang lenang aje semasa majlis sebab aku paksa outtamymind jadi pengapit aku aka my personal shopper/assitant/cheerleader.

Khemah, tukang masak dan butik pengantin amek yang sama aje ngan akak aku. Tak yah buat research jauh2 hehe. Door gift - aku rancang nak bagi telur pindang aje. Mak aku akan order kat Pasar Tani dengan rege RM0.60 sen sebiji. Hihihi. Suke!!! Aku kene beli bekas telurnya, beg untuk tetamu dan bunga telur ahad nie kat Nilai.

Tema, hmmm. amende ek? setakat nie khemah aku kaler kuning. Rumah aku daripada luar kaler hijau dalam kaler putih. Pelamin mesti kaler kaler banyak sebab baju aku memang confirm putih walaupun aku tak tau lagi baju mana kat ekdai tu yang aku nak pakai. Bagi majlis bertandang aku tempah sendiri gaun penganti kaler pinkish.

Baru aku tau tunang aku memang tak melayu langsung daripada segi pakaian. Aku kena la teman dia beli songkok, sampin dan butang baju Melayu. Bila tukang jahit tu tanya biasa pakai baju Melayu macam mana sama ada besar2 ke muat2 ke, aku selamba kata mana dia ada baju melayu pun. Harap ada dua helai aje gamaknya tinggalan zaman dahulu kala.

Barang hantaran 5 berbalas 7 aje. Simplekan majlis dengan sedikit dulang je .Hantarannya nanti letak atas pahar yang kakak aku punya aje, tapi kena beli alas dan styrofoam baru la. Bunga pahar confirm buat sendiri. Tak caya nie contohnya masa aku tunang dulu.




Tu dua2 aku ngan outtamymind yang kerjakan.

Apa lagi ek? Itu je kot. Okla talk to u later.
Adieu.

nak blogging semalam tapi...

ada sesi pembulian pulak berlaku dengan rancaknya.
malam nie eh aku nak kembali blogging full speed.
babai
happy sunday

Persediaan nak kahwin

Pejabat agama dah bagi kebenaran nikah
Aku punyalah gembira sangat bertuah
Ulang alik JB-KL tak sudah-sudah
Akhirnya hasil tanamanku mengeluakan buah

Kad dah tempah kat kampung laman
Lagi seminggu akanlah siap
Dalam hati takdelah taman
Sebab pelbagai persiapan tak siap2

Lagi sebulan masa dah suntuk
Padan muka aku baru nak gelabah
Asyiklah bergerak rasa mengantuk
Penatnya rasa macam berlari lari anak dari Johor ke Sabah
(berlari dalam laut ke?)

Khemah, mak andam dan tukang tangkap gambar
Semua dah hulur deposit dan janji
Bab makanan aje baru nak mula khabar
Selamat mak aku tolong uruskan nanti

Duit duit semua kena pakai duit
Kena la belanja hati hati
Tak naklah masa majlis tak cukup itu ini
Biar sakit sekarang jangan sakit nanti

ok dah habis idea..... wish me luck with the preparation!

Matters of the heart

Matters of the heart are hard to figure out
no amount of psychological knowledge can aid one to resolve
a seemingly simple emotional equation
and being too emotional can definitely kill anyhting
such as a friendship

Telur pindang

Bagi memudahkan urusan dan kembali ke basics, aku dan mak aku membuat keputusan untuk sediakan telur pindang buat tetamu semasa kenduri aku. Zaman sekarang nie orang suka bagi goodie bag khas untuk tetamu rapat tapi aku rasa nak bagi malam nikah aje yang itu. Semasa kenduri aku nak bagi telur pindang hadiah tetamu suatu masa dahulu. Nak buat sendiri kena rebus 3 hari 3 malam dan boleh dikerjakan tapi jenuh la kan. Satu lagi cara nak buat telur pindang pura2 ialah dengan merebus telur ayam tu dengan kulit bawang dan akan dapatlah telur dengan kulit warna coklat gelap ala-ala telur pindang. Selalu org guna untuk telur bunga pahar aje. malula nak bagi telur tipu kat semua tetamu kan.

HAPPY FATHER'S DAY MY FRIENDS - 20 JUN 2010

Book reading.

Tonight I am going back to my basic hobby, reading books! Yesterday I bought Confessions of an Old Boy: The Dato' Hamid Adventures by Kam Raslan and a few magazines which I haven't properly read. So tonight before sleeping I'll go read em.

ps: i like to scan books before reading them.

smlam tgk A Team

Semalam aku, tunang aku, OOMM ngan bakal adik ipar aku gi tgk A Team. Movie best, kompeni best dan smalam balik terus tido. Pagi ni bukak blog blogging. Okeh nak siap gie keje.

By the way, ok kena spikin sebab nanti ada yang tk faham. Yesterday I went for a HIV test at a government clinic and thank God the result was negative. I have to go balik kampung lagi this week to settle things. And hope to see u later with more stories. Ok bye.

Stail berbahasa baru

Disebabkan oleh beberapa kawan yang baru dan lama aku dah cakap ala-ala budak muda era 25 tahun ke bawah pulak. Antara yang menjadi tuturan aku sekarang ialah

Doooo, yang digunakan dalam "Besar gile doooo." Selain itu yang aku harap2 aku akan jauhi untuk sebut ialah ... NGAM. Tak rela dooo nak cakap ok ngam sebagai pengganti "Ok".

Esok aku ada appointment buat HIV test. Gerun sihhhh walopun tau insyaAllah xde la HIV dalam badan. Lepas tu wiken nie aku pulang lagi ke JB untuk kemaskan persiapan yang patut. Sementara itu aku akan cite kat korang pasal persiapan aku keh.

Aku nak cite pasal persiapan aku menuju ke nak kawin2 nie tapi malu la doe (haha). Tapi sebab kawan aku dah sebut2 aku rasa ok kot cite. Aku teringin nak kongsi ngan korang. Ok ak gi kelija.

Malam kang la update gambaqq. Sejuk sangat kat sana.

Sentaps

Aku selalu kata aku takkan nangis kecuali kalau tengok cerita Hindustan dan Tamil. Tapi dua hari lepas aku hampir nangis sebab duk cari pasal tanah persemadian fetus yang digugur dan keluar pulak gambar fetus yang digugur banyak2. Geram gile aku rasa.

Tadi plak aku sentap sangat apabila kawan aku dikutuk ngan hebat di wall facebook kawan sorang nie. Aku kaw2 la komen dan dalam masa 3 minit je hilang dah benda itu kena delete oleh tukang post. Sebab aku emo maka aku jadi sangat sedih la dan terus merembes air mata aku.

Dan dan aku masuk bilik call kawan aku nieh dan meraung la makcik. Aku sendiri terpinga-pinga kenapa aku Sebak sangat. Adakah aku dah semakin sensitif?. Wahhh mcm nie bleh audition jadi pelakon air mata macam wan maimunah. Ok tak? Tapi kena surf tenet cari benda sedih dulu la kan.

liputan selari daripada rumah mak bapak aku di JB

- skang 3:31 am dan England dengan US akan bertemu dalam seken half. Aku percaya ramai penonton ini. Aku sedang berfb/blog sambil teman orang gile bola tgk tv.
- sambil tu aku sepai perang wall kat sana nuuuu.
- ala dah ngantuk plak ok zzz

zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Hari ini dalam sejarah

Tadi aku duk menjejak kawan2 sekolah rendah aku dulu di fb. Semuanya bermula bila kawan kepada kelasmate darjah 6 aku ni post gambar kelas kami dan start tag kawan2 yang die kenal. Ada sorang tag aku dan bermulalah jejak rakan2. Selama bertahun-tahun aku duk ingat mereka tapi tak tau nak contact macam mana.

Aku suke gile sebab walaupun aku xdela mesra alam mana zaman sekolah dulu tapi ade yang ingat aku. Bila aku tanya sorang nie dia ingat kat aku macam mana, dia kata dia ingat aku tinggi.

memori oh memori.

Soerabaia hari pertama

Tahun lepas masa balik daripada Bandung aku and kawan2 terus beli tiket ke Surabaya. Masa tu antara aim secondary selain misi primary melancong, ialah nak pergi cari kain lace untuk kahwin la konon walhal kami tak tahu pun ada apa kat Surabaya tu. Tapi disebabkan tiket free so beli ajelahkan. Bayar tax aje dah RM40, belum campur Rp150,000 (RM54) airport tax jadi RM100 juga tambangnya.

Mastermind bab-bab berjalan nie mestila Out Of My Mind. Dia tu kalau ikut kepercayaan orang lama ada tahi lalat di kaki yang sangat superb tandanya kuatlah berjalan. Lagi jauh destinasi lagi kuat nak jalan.

Kami terbang ke sana naik pesawat kaler merah tambang murah. Tempat pertama kami pergi ialah gunung Bromo. Trip daripada lapangan terbang Surabaya ke Bromo ialah selama 4 jam campur berenti-berenti tengok keadaan sekeliling. Tambangnya ialah Rp600,000 bersamaan RM216 naik kijang/toyota unser.

Sampai aje di Bromo kami terus buat perjanjian dengan tour guide sana untuk bawa kami ke bukit melihat matahari terbit. Setelah berbincang kami setuju untuk bayar Rp1.05 juta kepada orang tu untuk trip matahari terbit dan juga ke kota Malang yang terletak 3 jam daripada Bromo.


Masa nak bayar tu rasa jutawan habis la kan.

Orang sana suka kata manusia Malaysia kaya walaupun bajet yang kami keluar kat sana dalam RM700 je sorang, Sebabnyakan menurut sorang pemandu teksi, pendapatan sebulan sorang pemandu peribadi ialah Rp 1 juta = RM360. Gile rendah banding sini.

Sampai kat atas gunung (eh gunung ke bukit entah) terus cari hotel cafe lava. Hotel nie memang hotel wajib pelancong duduk sana la. Ada disebut dalam kebanyakan majalah travel. Bilik dia dalam RM45 semalam tapi kena kongsi bilik air. Kalau nak selesa bilik air dalam hotel rege dia dalam RM118 semalam (Rp300,000)

Esoknya pukul 3 pagi (4 pagi Mesia) dah bangun cuci muka dan tukar baju nak tengok matahari terbit. Sejuk gaban nak mandi camne.


Matahari terbit jam 5.15 am waktu sana. Sana dengan sini beza sejam aje. Memang lagi hebat pemandangan live di sana daripada dalam gambar ini.


Subhanallah.



for your eyes only hahahha.




Ramai orang amek gambar matahari terbit.
Tapi aku tau dorang amek pic aku and oomm sebenarnya.
yeye je kan.



Celah sini rasa macam China/Taiwan.



Lepas puas tengok matahari terbit gie makan jagung.
Pes time aku gagahkan diri makan jagung. Tapi habis separuh aje.
Jagung tak best kecuali pop corn dan kek bakar jagung.



lepas tu terus turun nak gi gunung bromo pula.


Untuk ke gunung bromo kena jalan jauh.
kalau taknak jalan boleh naik kuda dengan bayaran tertentu.
Aku rasa dalam RM18 aje, tapi lagi dekat lagi turun la harga kan.

miss yuyue dan kuda peliharaannya, haha.
nie ahlil rombongan lagi sorang.
Celah sini rasa macam padang pasir India plak.



Taman negara rupanya.


Cek filem dalam kamera ada banyak lagi tak ;P


Pose ala2 ekspedisi la konon.



Pandangan jauh gunung bromo. Kena jalan 2km dan naik 250 anak tangga baru sampai.
Angka berikut ialah anggaran aku aje.



baru satu pertiga daripada 250 anak tangga dah jenuh.
Nasib baik ada tempat lepak kat situ untuk menghela nafas.



Naik-naik aje terus duduk kejap. Jenuhhh ooo.



Gunung Bromo yang tak ada apa sangat
tapi pemandangan nak ke sana aje dah mengkagumkan.


Pandangan daripada atas gunung bromo.
Mak aiii jauhnya kami jalan rupanya.


Lepas dalam 40 minit turun la balik.
Nak turun tangga laju la pula ya.



Kude comel.



Mountain people yang tetiba aktif naik bukit.



Ok next kite gi bandar Soerabaia aka Surabaya.
Jom, hop into my jippy.


aku sayang ko?

kawan aku kata kalau translate bahasa inggeris pernyataan di atas mau maut kalau dapat. Lagi2 kalau diucapkan oleh seorang jejaka hot stuff yang ko kenal baru seminggu dan rasanya setakat kawan aje.

"I love you" - "Saya sayang awak"

errrrr. For real man?

Masa seminggu aku kapel dulu boifren yang juga tunang aku skang ucapkan pada aku "I love you". Aku gelak kecil lalu jawab "Aku tak cintakan kau, tapi pada masa ini aku sangat sukakan engkau." Seriusly terlalu awal untuk cinta masa tu.

Bahaya sungguh perkataan sayang ini digunakan kan. Mau dihempap perasaan gamaknya aklau salah tafsir. Tapi kalau nak guna untuk suruh orang buat benda remeh2 ok je pula rasa. Contohnya nak minta opismate jantan hantar borang tempahan kenderaan ke bangunan yang duduk bersebelahan kantin, alang2 dia nak pergi ke kantin tu.

"Sayang (Hisham) bleh tolong hantar kan borang nie tak? Terima kasih sayang!"

Syaratnya kita kena super ngam dengan Hisham la. Kalo tak Hisham akan nangeh sebab baru disayangi oleh opismate pompuannya. Mampuh kalau bini dia tau.

hELLO

hELLO
:D

Followers