Pages

Soerabaia hari pertama

Tahun lepas masa balik daripada Bandung aku and kawan2 terus beli tiket ke Surabaya. Masa tu antara aim secondary selain misi primary melancong, ialah nak pergi cari kain lace untuk kahwin la konon walhal kami tak tahu pun ada apa kat Surabaya tu. Tapi disebabkan tiket free so beli ajelahkan. Bayar tax aje dah RM40, belum campur Rp150,000 (RM54) airport tax jadi RM100 juga tambangnya.

Mastermind bab-bab berjalan nie mestila Out Of My Mind. Dia tu kalau ikut kepercayaan orang lama ada tahi lalat di kaki yang sangat superb tandanya kuatlah berjalan. Lagi jauh destinasi lagi kuat nak jalan.

Kami terbang ke sana naik pesawat kaler merah tambang murah. Tempat pertama kami pergi ialah gunung Bromo. Trip daripada lapangan terbang Surabaya ke Bromo ialah selama 4 jam campur berenti-berenti tengok keadaan sekeliling. Tambangnya ialah Rp600,000 bersamaan RM216 naik kijang/toyota unser.

Sampai aje di Bromo kami terus buat perjanjian dengan tour guide sana untuk bawa kami ke bukit melihat matahari terbit. Setelah berbincang kami setuju untuk bayar Rp1.05 juta kepada orang tu untuk trip matahari terbit dan juga ke kota Malang yang terletak 3 jam daripada Bromo.


Masa nak bayar tu rasa jutawan habis la kan.

Orang sana suka kata manusia Malaysia kaya walaupun bajet yang kami keluar kat sana dalam RM700 je sorang, Sebabnyakan menurut sorang pemandu teksi, pendapatan sebulan sorang pemandu peribadi ialah Rp 1 juta = RM360. Gile rendah banding sini.

Sampai kat atas gunung (eh gunung ke bukit entah) terus cari hotel cafe lava. Hotel nie memang hotel wajib pelancong duduk sana la. Ada disebut dalam kebanyakan majalah travel. Bilik dia dalam RM45 semalam tapi kena kongsi bilik air. Kalau nak selesa bilik air dalam hotel rege dia dalam RM118 semalam (Rp300,000)

Esoknya pukul 3 pagi (4 pagi Mesia) dah bangun cuci muka dan tukar baju nak tengok matahari terbit. Sejuk gaban nak mandi camne.


Matahari terbit jam 5.15 am waktu sana. Sana dengan sini beza sejam aje. Memang lagi hebat pemandangan live di sana daripada dalam gambar ini.


Subhanallah.



for your eyes only hahahha.




Ramai orang amek gambar matahari terbit.
Tapi aku tau dorang amek pic aku and oomm sebenarnya.
yeye je kan.



Celah sini rasa macam China/Taiwan.



Lepas puas tengok matahari terbit gie makan jagung.
Pes time aku gagahkan diri makan jagung. Tapi habis separuh aje.
Jagung tak best kecuali pop corn dan kek bakar jagung.



lepas tu terus turun nak gi gunung bromo pula.


Untuk ke gunung bromo kena jalan jauh.
kalau taknak jalan boleh naik kuda dengan bayaran tertentu.
Aku rasa dalam RM18 aje, tapi lagi dekat lagi turun la harga kan.

miss yuyue dan kuda peliharaannya, haha.
nie ahlil rombongan lagi sorang.
Celah sini rasa macam padang pasir India plak.



Taman negara rupanya.


Cek filem dalam kamera ada banyak lagi tak ;P


Pose ala2 ekspedisi la konon.



Pandangan jauh gunung bromo. Kena jalan 2km dan naik 250 anak tangga baru sampai.
Angka berikut ialah anggaran aku aje.



baru satu pertiga daripada 250 anak tangga dah jenuh.
Nasib baik ada tempat lepak kat situ untuk menghela nafas.



Naik-naik aje terus duduk kejap. Jenuhhh ooo.



Gunung Bromo yang tak ada apa sangat
tapi pemandangan nak ke sana aje dah mengkagumkan.


Pandangan daripada atas gunung bromo.
Mak aiii jauhnya kami jalan rupanya.


Lepas dalam 40 minit turun la balik.
Nak turun tangga laju la pula ya.



Kude comel.



Mountain people yang tetiba aktif naik bukit.



Ok next kite gi bandar Soerabaia aka Surabaya.
Jom, hop into my jippy.


9 comments:

azieazah said...

Melawat ke Indonesi memang best, sebab currency rendah.

wow! Surabaya best! Lum pernah sampai lagi.

ouT oF My MinD said...

surabaya suck....

Rascat said...

aweseom ever!!! i like it >U<

fndrocka said...

best gilo!

Latest Entri : Shahir Si Pencuri

thoyol said...

haih..

makin jeles aku yang tak bercuti ke mana-mana lagi utk tahun nie..

adoi...

mizzyN said...

cepat2 book tiket gi sana.

@cu SaYaNg said...

cantik nye Surabaya...
boley jadi next trip acu nie..

DrSam said...

foto pejalanan ala padang pasir tu memang boleh tertipu tertipah ingat ekpedisi di gurun @ padang pasir :) foto cantik dan ekpedisi menarik. Lagi menarik sebab jadi jutawan kat sana.

mizzyN said...

acu, nie mount bromo yang 3-4 jam jauhnya daripada surabaya.

dr sam, tang mengabui mata orang tu yang beshh. jutawan rupiah haha.

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah