Aku jarang balik JB. Selalu balik pun jarang juga lawat bandar JB. JB sebuah bandar lebih kurang KL je. Barang pun sama je harga jadi aku takdela terasa sangat beza hidup di sana dan sini walaupun hidup di bandar mahal.
Kucing JB said Hi!
Malam kedua aku kat rumah mak aku ada kenduri sedara jauh. Dalam kad dia jemput mak aku dan suami sahaja maka secara teorinya tak bolehlah bawa anak-anak sekali. Majlis tu buat dekat IPG berhadapan Mutiara Motor tu je, hehe korang tau? Jadi kami hantar mak and abah aku jela. Rupanya bila mak aku jumpa mak and bapak pengantin mereka pula tanya kenapa tak bawa anak-anak? Mungkin dia nak kawal jumlah orang yang datang kot sebab tu dia tulis suami isteri je sebab kenduri tu kenduri makan beradab.
Mak aku kata bab-bab nak makan nasi kat rumah orang ni kena berhati-hati, kalau tak dijemput mungkin jadi haram kita nak makan makanan di kenduri tu. Maka kepada sesiapa yang nak kahwin tu bila isi kad jemputan tu kalau sedara mara je apa salahnya jemput seisi keluarga. Pada aku pula kalau kad dah kata bawa pasangan sahaja tapi kau nak ajak kawan atau sedara mara tambahan pergi sekali ke wedding orang yang jemput tu, sila la call penganjur majlis dan kata nak bawa sekian sekian sekali jadi mesti dia akan bagi izin. Maklumlah sebab penganjur wedding kadangkala terlepas pandang nak tulis Anda dan keluarga dalam tu.
Maka malam tu lepas hantar mak and abah, aku dan suami pergi merayau ke jalan menuju ke kempas cari tempat makan. Ada banyak juga restoran besar tepi jalan. Last2 aku pilih satu restoran siap hiasan bintang bulan macam dalam bendera Johor tu.
Bintang lima bucu dan bulan sabit
Aku order Mee Hong Kong.
Dia order nasi goreng USA.
Kitty pula order nak makanan aku.
Sorry kitty tak cukup stok nak kongsi.
Hmm mungkin lagi sedap makan bandar JB agaknya. Hehhehe.
Esoknya mak aku ada kenduri jiran belakang rumah pula. Bizi betul mak aku dalam usia tua ni dengan jahit baju, kelas agama dan kumpulan yassin dia lagi. Minggu depan ni mulalah sambutan Maulidur Rasul dan semua orang kawasan perumahan aku suka buat kenduri bergilir-gilir. Jadi sebab mak aku tak ada kat rumah jadi aku pun ambil kesempatan keluar jalan-jalan JB.
Ni aku masuk dalam jeti kat bandar JB yang terang2 tulis kawasan larangan sebenarnya. Kemaskini: Bangunan sebelah ni menurut kata Hazrey ialah Lot One Waterfront City. Mungkin akan dilahirkan semula dengan nama Lido Boulevard.
The sun rises in the east and sets in the west. Formula nak ingat matahari timbul dari arah mana.
Bukan aku sorang aje yang masuk dalam tu, ada ramai lagi sedang memancing. Tak pasti pula ikan apa yang dieorang boleh dapat daripada dalam laut tu. Air semestinya sangat gelap tak nampak apa dalam tu.
Sebelum gelap mari kita chow balik rumah.
Subhanallah, cun gile matahari petang hari tu.
Mari kita tengok apa ada sepanjang pantai JB.
Dataran Bandaraya, dibina masa JB baru nak jadi Bandaraya.
Tempat tumpah darah ibu masa melahirkanku, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Mahkamah Syariah Johor Bahru
Istana Johor
5 comments:
dah lama tak ke JB..
rindu zaman belajar kat sana dulu
Lot One Waterfront City - now defunct. Poised to be revived soon, known as Lido Boulevard.
Btw, advance tul blog kau ni. dah Senin 14 Feb dah yek.
5 tahun dok jb pon wat aku rindukan jb gak.. esp makanan die.. kalo kat taman u tu aku rs sgtla heaven mknn die~~ murah pulak tuh!
heh. sirih pulang ke gagang.
saya orang JB pun tak penah bosan kat sini. setiap ceruk ada surprise untuk elak bosan setiap hari yang datang. skeptikal? not to me =)
Post a Comment