Tuesday, February 08, 2011

Mummy I jahit baju

Aku baru try baju tunang aku. Wow dah boleh pakai. Cop cop aku bukan makin kurus. Malahan sebenarnya makin demok. Demok yang best pastinya. Baju tunang aku tu dibuat besar oleh seorang tukang jahit tak jauh dari tempat kerja aku. Memang agak marah lah sebab akak tu cakap yakin dengan yakin masa dia ukur baju aku tu. Siap tanya aku "Biasa pakai baju kebaya ke?" Kononnya kalau tak biasa kena cepat biasakan sebab baju tu kan ikut bentuk badan.

Masa dia ukur tu dia tanya aku nak longgar ke muat2. Aku cakap nak longgar sikit aje. Sekali bila dah dekat hari nak ambil baju aku call la. Dia kata dia tak berapa sihat. Dia kata baju dah boleh ambil. Bila ambil dan balik try baju tu besar rupanya. Kena pin belakang lagi. Paling tak best sekali sebab baju tu dah siap ada pattern dah untuk kebaya tapi dia jahit tak betul. Walhal masa dia nak ambil tempahan tu dia macam faham aje nak stylekan baju tu. Tapi bila siap sangat tak puas hati.

Tapi hikmah di sebalik kejadian mungkin sebab aku dah boleh pakai sekarang. Ngeh ngeh ngeh. Ok nak lompat ke cerita lain. Mak aku pun jahit baju tapi dia tak reti jahit baju kebaya dan sebab tu aku upah orang.

Mak aku punya kepakaran baju kurung pesak. Sekarang mak aku suka buatkan aku baju kurung pesak besar macam baju kurung Johor tapi takla besar macam baju kurung Pahang asal. Sehelai baju dalam RM40 mak aku ambil. Dulu-dulu orang suka baju pesak jahitan sembat. Memang juling mata nak jahit tapi aku suka. Namun sekarang kalau nak baju cepat siap tekan aje mesin.


Ini mesin jahit tepi mak aku. Beli seken tapi tahan lama dah lebih sedekad oooo.




Ni mesin jahit yang boleh tekan (tekan tu bahasa pasar untuk jahit mesin) jeans. Suke bapak aku sebab boleh alter seluar dia. Mesin ni dah dekat sedekad rasanya. Beli seken juga tapi sebab mak aku jaga baik maka lama lah usianya hendaknya.




Mak aku tengah take a break daripada jahit. Mak aku jahit lek lek aje.




Macam kenal je baju kuning raja ni. Boleh bawa pergi bersanding ni. Selalu kat KL ni orang suka nak cari tukang jahit. Aku selalu diam aje sebab kalau aku rekemen mak aku mungkin lepas dua bulan la baru dorang dapat baju. Maklumlah aku di KL dan mak di JB.

Dulu ada orang kata RM40 tu mahal nak tempah baju, nak yang rege rendah aje macam RM45. Haihhhh adik dan kakak, kalau jahitannya kemas apa salahnya bayar mahal kan?

6 comments:

ninieZUERYANNIE said...

nadhrah, 40 tuh consider murah.. aku penah kena dlm 80.. tp x kesah, bak kate ko "kalau jahitannya kemas apa salahnya bayar mahal kan".. sbb mmg sedap sgt pakai..

azyze said...

nader rara,
kalau aku nak test hantar kat mak ko, kurung pesak gantung boleh ke? aku tak kesah kalau dapat lambat macam sebulan dua after.

nak baju sampel pun boleh, aku boleh bagi.
boleh tak??

:)

azieazah said...

MIZZYN:
Murah tu RM40..

sini dah takda gitu. Rata-rata RM50 laaa... Tapi jahitan kemas dan sedap pakai, itu yang penting.

Sedap pakai, ayat yang tepat, bagi Kak Azie...!

mizzyN said...

ninie,
ooo mahal rupenye upah kat luar ye. Nasib baik aku ada tailor sendiri.

ely,
bolej aje. Nanti kita buat temu janji keh.

azieazah,
betul kak Sedap pakai la termnya!

Au and Target said...

I wish I could sew...

sallehfauzi said...

pakcik nak ucapkan selamat bertunang, tapi ucapan ini mungkin lewat sangat-sangat kot. Harap terimalah ucapan pakcik walaupun majlis tuang dah lalu.

Mereka Menyinggah

Followers

Related Posts with Thumbnails