Pages

Siapa lagi nak ceriakan diri anda jika bukan diri sendiri kan?

Sebab dah 8 bulan takde parti opis maka lusa nanti aku buat la parti opis dengan lajunya. Kekuranya kelajuan aku ni walhal ofismate duk suruh buat dari bulan Jan lagi. Kali ni aku sukarela nak organize setelah turn org lain buat, lagipun sebelum meletup dan tak larat baiklah aku offer kederat aku ni. Jap lagi aku nak rayau cari hadiah. akt MidVeli. Kena beli 14 ketul hadiah nooooo. Cheh cakap utara tetiba.

Setakat ni baru buat invitation card, malam kang nak kerahan tenaga kreatif buat kad besday plak. Ayoyo aku lupa print sampel gambar plak. Aisehhh nyanyuk maaaaaa. Ok jap ekk.

Ok dah print. Teringat plak masa umur aku 20 ke 21, hmmmm 21 rasanya. Aku dan kawan ku Kajol sambut bday sama-sama sebab besday kami beza beberapa hari je. Kami sambut kat Taman Tasik Shah Alam.

Oh 21 la agaknya. Nuuu lilin 2 batang besar dan 1 kecil.


Kami sambut besday dengan potluck. Aku beli pizza Shakey's yang tengah promosi, saiz regular beli take away baru RM10 satu. Beli empat lai je dah cukup dan juga air gas. Kajol sumbang KFC sebaket sbg main menu. Kawan2 lain bawak mcm2 tapi cukup la semua makanan. smpi ada baki. Gambar beramai2 mana entah yang ada gambar posing2 aje tinggal. Manis betul kenangan zaman itu lelagi bila kawanku Azyze yang suka mendoodle bawak inai dan lukis kat tangan kawan2.

Aku tak reti nak harap orang ceriakan hari spesel aku, maybe pengalaman lalu mengajar aku untuk menghappykan diri sendiri jadi aku tak kisah nak ceriakan diri sendiri. Ada orang mungkin akan sedih sebab orang lain tak raikan besday dia. Okla aku sedey gak tapi kalau kita sendiri tak happykan diri kita sape lagikan. Maybe aku jenis tak geti sosial ramai2 kot maka tak adela sesape nak sepraiskan aku. Serius aku lebih selesa bergerak dalam unit kecil, 2-3 orang aje selalunya rakan sosial aku pada suatu2 masa. Tapi itu tak bermakna aku takde kawan ye. Cuma kawan aku sorang sini, sorang sana, mcm tu la gayanya dari dulu sampai sekarang.

K la masa utk shopping :D

ps: Masa besday lagi ramai minta belanja daripada nak belanja. Apa kes beday girl belanja?

1 comments:

Ellen Whyte said...

Hi, hope you're well. Thanks for the encouraging words. Dropped in to say that Au is eating 3 times as much as he was on Monday. This FIV miracle drug he's testing seems to be working. We're over the moon!

hELLO

hELLO
:D

Followers