Pages

Untukmu Loloq the story


Khamis malam aku mengikut kawan aku gi tengok Untukmu Loloq di Istana Budaya. Malam tu media preview dan laki aku ikut sekali la dah dia pun media juga. Malam tu juga kawan aku idah yunos dapat tiket gi tgk Justin Bieber. Setelah dia mencongak dan meratap hiba tak dapat nyanyi beramai2 dgn Beliebers yang lain walaupun dia hanya tau lagi Baby Baby dan Never say never yang kerap kua tibi tu, dia akhirnya akur nak gi tengok konsert Loloq. Lagipun aku dok sogok kat dia "Mana tau malam ni malam bertuah ko menang apape". Sebab dengarnya dapat tiket kapal terbang kalau bernasib baik. Dan teka siapa yang badan bertuah???????



Saya dan capsicum si Idah Yunos.
Kenapa capsicum, sebab nampak macam pedas tapi tak pun sebenarnya.


Ok terus kepada konsert itu. Mula2 aje adela video intro daripada rakan taulan dan juga penaung projek ni iaitu Dato' Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Selepas tu bermula la persembahan. Semua lagu ialah karya Loloq ye. Loloq terkenal sebagai penulis lirik dan pelakon juga. Sebagai pencipta lagu aku tak pasti sila2 bagi info kawan2. tenkiu.


Koir daripada Badan Kesenian MinDef nyanyikan lagu Nafas Cinta (Misha Omar), Nur Nilam Sari (Search) dan Kau yang bernama Seri.



Ada sketsa tapi aku lupa part mana dia masuk. Yang melakonkan watak sebagai Loloq, Nurbisa dan Kristo Bimbo yang merupakan nama samaran Arwah Loloq/Rosli Kamis. Mereka dalam gambar ini ialah Azreen Nasir, Hasnul Rahmat dan Azrul Raja Lawok. Kadang tak paham sketsa mereka ni mungkin sebab aku tak follow sangat pasal Loloq.



Penyanyi pertama ialah Ella yang dengan gaya manjanya. Dalam usia 45 dia memang mantap la beraksi dan memakai dress dan jaket kulit.



Akak manja.

Aku duduk line no 4 dengan abe abe photographer sbb tu gambar masyukk la juge. Ella menyanyikan lagu Nuri, Layar Impian dan Bagaikan Puteri yang asalnya nyanyian Farrah. Masa aku Darjah 4/5, ada ujian menyanyi dan aku nyanyikan lagu Layar Impian sebab itu aje yang aku ada lirik dan selalu keluar tv/radio. Manalah ada youtube kan masa tu.



Kemudian Ramli Sarip pula masuk. Memang semua orang riuh la masa ni. Cuma riuh sambil duduk la sambil goyang senyap layan rock.
Sebab ada iringan orkestra maka hebat la menjadinya. Atuk rock nyanyi lagu Cinta Laila Majnun dan berduet dengan Ella lepas tu.



Lagunya ialah 'Dunia Batinku' yang asalnya oleh Ella dan Tam Spider. Tang note bawah tu Atuk rock tak sampai jadi Ella cover kan.



Selepas tu dalam sorakan hebat masuk la Datuk M.Nasir. Dia nyanyi Wak Jono, Apokalips, Andalusia dan Ghazal Untuk Rabiah (sorang2 je sepatutnya duet)


Apokalips, apokalips!
Aku duk dengar dia nyanyi Abu Talips, abu talips selama ni. Buta lagu sangta aku ni.



Lepas tu masuk props man pasang microfon stand tiga batang maka taula yang spider nak muncul. Hampir semua lagu aku boleh sing along, kalau Bieber tau tak?



Tam si vokalis Spider yang awesome, bak kata Idah Yunos "tua tapi seksi"
Mereka main lagu
Cinta Dewa Dewi
Lauk Ku Cukup Masin
Bila naik Saksi
Kasih Latifah
Aladdin

Lepas tu dalam pukul 10.45 mereka semua menyanyi ramai2 Mantera Semerah Padi. Seronok tengok Ramli Sarip dan M.Nasir duk bergurau senda atas pentas. Lagi kagum bila tengok penyanyi2 yang aku duk suka selama ni dari jauh beraksi depan mata. Aku pernah jumpa M.Nasir sekitar ofis aku dan mampu minta autograf aje. Ella pula di Uni dulu tapi masa tu takde la kamera. Sob sob.


Aksi datuk Rock dan Dato'.



Habisla cite. yipppee.


Maka kami naik ke atas tempat press conference dan makan nasi lemak dan kuih muih. Masa tu dah jauh malam pkl 11 gitu tapi nak dengar sidang akhbar la juga. Lepas sidang akhbar barula ada cabutan bertuah. Dah dua kali cabutan tak ada nama kami pun. Sekali cabutan terakhir teka siapa menang????

Aku la!!! Yeahhuuuuuuuuu :D. Tapi sebab keadaan aku tak mengizinkan nak fly dan offer tiket tu habis masa aku dalam pantang maka aku bagi kat Capsicum kesayanganku. Tapi aku gembira sebab dia akan kena belikan aku benda daripada Singapura. Jangan balik tanpa souvenier ok. Takpe Singapura sejengkal aje, balik kampung naik bas je gi sana. Boleh jalan kaki tapi pengsan rehat 2 jam baru boleh pergi shopping.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers