Berikut ialah pendapat aku, kalau tak suka boleh tak baca. Gambar takde sebab tak bawa kamera.
Aritu jalan2 15 minit kat Uptown Shah Alam @ Seksyen 24. Dulu masa belajar selalu la pergi tapi sejak bekerja dan melepak di KL jarang2 dah pergi ke sana. Uptown Shah Alam ni paling cocok pergi masa pukul 10 malam ke atas. Kalau datang masa ni atau awal sikit tempat letak kereta ada la dekat2 sikit. Kalau lambat sangat datang maka jauh la parking. Ada parking dalam tapi kena bayar atau tak I don't know.
Oh ia ada laman web ttp://www.uptownshahalam.com.my/#.
Dulu last time aku pergi Uptown ada jalan yang semak je depan dia, tapi sekarang dah ada LKSA - Lebuh raya Kemuning Shah Alam. Tak jauh daripada tu ada Carrefour pula, wahhh makin maju Seksyen 24 ni.
Dulu Uptown duduk di sebuah tempat berbumbung besar dan gerai semua stail terbuka macam flea market. Jadi peniaga cuma ada meja dan kerusi aje untuk berniaga. Tapi sekarang dah ada lot2 jadi semua kedai dah ada bumbung sendiri dan dinding. Makanya semua pekedai boleh simpan barang dengan lebih selamat. Uptown ni tutup pagi buta tapi aku tak cek pukul berapa. Majoriti penjual dan pengunjungnya ialah orang melayu.
Aku kalau pergi ke uptown ni suka tengok benda2 yang pelik dan juga baju wanita. Sekarang ni aku nak cari dress labuh aje sebab itu je yang senang nak pakai sampai beranak nanti. Kebanyakan dress bunga2 tu rege dalam RM39 ke atas. Harganya takdela murah mana, kalau korang kerajinan boleh cari baju2 serupa di kedai baju yang berjuta di Berjaya Times Square.
Cumanya kalau nak cari baju waktu malam2 selepas waktu kedai tutup adala Uptown untuk korang. Selain daripada itu aku rasa tarikan di Uptown ialah kedai seluar bundle dan kasut branded seken yang banyak pilihan. Kat sini juga ada pet shop dan plenty of kedai makan.
Apa yang tak syoknya ialah space antara kedai makin sempit dan ditambah pula dengan orang yang suka nak berjalan lambat berwindow shopping. Rasa nak tepuk2 je bontot suruh cepat "Cepatlaaaaaaa makcik oiiii!" Keduanya udara menjadi kepam sebab takde pengaliran udara yang bagus, ditambah pula orang2 yang smoking dan melepaskan asap di sana sini. Kalau ko tak sihat postpone aje la nak pergi sini sebab tak selesa. Aku juga nak mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk mewujudkan lorong kecemasan sebab kalau ada apa2 kecemasan macam kebakaran senang orang nak larikan diri. Kedainya sangat rapat-rapat youu.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment