Pages

Anakanda 1

Anakanda
Bonda sedang membilang hari kau lahir
Tarikhmu tiba doktor jangka 18 julai
Namun hari ini berlalu tiada tanda jua
Hari esok bagaimana pula agaknya
Semalam bonda buat lawak dunia mengatakan anakanda bakal lahir 14 Julai sempena tarikh filem Harry Potter keluar tapi tiada tanda setuju daripadamu
Kau selesa beradu sejahtera dalam rahim bonda nampaknya
Adakah kau bakal tiba seiring tarikh bersejarah orang muda (org tua oh no) mu?
23 julai anniversary kami & 24 julai tarikh lahir ayahandamu
Mungkin awal mungkin akhir
Tarikh mana pun yang bakal kau pilih bonda sedia menerima
Asalkan kau sihat wahai anakanada

Anakanda
Waktu ini kau menggedik di dalam perut bonda
Setelah makan kau akan bergerak riang
Walaupun pergerakan mu makin minimum kerana ruang semakin terhad
Bonda bahagia sebab cukup 10 kali kau gerak maka bonda tahu kau sihat sejahtera

Tika malam hadir kau enak beradu tiada gerakan
Bonda risau lalu ku usik kau dalam perutku
Kadangkala kau gerak aktif namun kadangkala kau respon sedikit
Tapi tatkala malam dikau bergerak seperti bermain bola di padang
Sampai menjadi elemen mimpi hingga buat bonda terjaga
Bermain bola hahaahahhahaha
Setiapkali juga deskripsi pergerakanmu semua ibaratkan bermain bola kerana jantinamu dijangka spesifik L....

Anakanda
Bonda dan ayahanda seringkali menerima tinjauan rakan-rakan yang rajin meneka
Ramai yang menjangka anakanda lelaki kerana bentuk perut bonda yang membujur
Namun bonda tunggu anakanda keluar baru bonda yakin akan jantinamu
Bajumu semua bonda beli berwarna warni tiada terhad kepada jantina XX ataupun XY
Keinginan untuk membeli gaun mahu pun baju bermotif traktor bonda ketepikan buat masa ini
"tunggu dia lahir" ujar bonda selalu

Anakanda
Nama perempuan sudah tersedia namun nama lelaki masih menjadi tanda tanya kerana ayahandamu enggan menerima lontaran idea nama daripada bonda
Sudah sebakul nama bermakna positif ibu google tetapi tiada menjadi idaman ayahandamu
Ada yang ayahandamu suka tetapi sebelum suka bercambah bonda cantas!
Kerana nama itu serupa dengan nama kawan dan saudara mara
Motif bonda hanya untuk elakkan kata-kata
"nama anak kau macam nama aku, kau namakan dia sempena aku yeyyy"
Oh tidak tak rela ada yang perah santan kelak

Anakanda
Jika tiada bulat persetujuan antara Rara dan Rizal maka bonda putuskan
Setelah kau hadir ke dunia
Tika wajahmu ku tatap pada hari-hari pertamamu
Moga masa itu tibalah ilham nama sesuai
Kami hanya perlukan satu sahaja untuk nama pertama
Kerana nama kedua ayahandamu dah pilih
Maka nama pertama ialah hak bonda
Nama itu akan ku daftar dalam watikah identiti mu
Moga nama yang baik dan indah itu sesuai dengamu
InsyaAllah

Anakanda
Bonda tidak biasa berdampingan dengan anak kecil
Adik sendiri pun beza sedikit sahaja usia
Manakala anak saudara pun bakal hadir november nanti
Tapi hati bonda kata anak sendiri lain
Tambahan pula mereka yang seperti bonda pun katakan yang sama
"naluri keibuan tu keluar sendiri takyah la risau"

Ok la babai dah habis idea
Yeahuuuuuu

2 comments:

Ellen Whyte said...

hey, thanks for the visit!Hope you are well..

cik reen said...

kemain bonda bermadah-madah ye. blum sampai masa mmg dia dok sedap kat dlm tu rara. sabau je la. lg dihitung lg gabra je menunggu. dia sayang nak tgglkan tempat tdo dia yg plg selesa di dunia ni ehehehe. sila bersabar ye. kitorg doakan moga selamat semuanya. insyaAllah :)

hELLO

hELLO
:D

Followers