Pages

Membawa makanan daripada rumah.

Di manakah kantin yang tak ada jual nasi lemak di Malaysia?

Sudah pasti kantin yang majoriti pengunjungnya orang melayu ada jual nasi lemak. Ada orang kata nasi lemak berkalori tinggi dan ada pula kata tak la setinggi mana berbanding makanan lain macam nasi briyani atau ayam goreng dua ketul.

Maklumla terkini hangat isu nasi lemak yang dijual di kantin sekolah tak elok untuk budak-budak. Aku rasa daripada zaman aku sekolah rendah 22 tahun yang lalu dah berkumandang isu ni di media massa. Bukan setakat nasi lemak, semua makanan di kantin dikatakan tak berzat sebab banyak jenis goreng punya. Dulu lagila kantin sekolah rendah aku jual air gas dalam cawan plastik katek tu 20 sen sahaja.

Aku rasa isu makanan tak berzat di kantin sering masuk keluar surat khabar. Itu belum masuk bab harga makanan meningkat pula tapi menurut kawan aku harga makanan kat kantin dikawal dan sepatutnya murah. Aku tak pernah cek pun. Korang ada cek pasal ini?

Waktu aku sekolah rendah paling aku jeles dengan budak2 Rancangan Makanan Tambahan. Mana tak jeles sebab mereka boleh makan percuma pada waktu tengahari dan menu harian berlainan. Masa aku darjah satu mak aku beri aku 40 sen jadi apa la sangat boleh beli dengan 40 sen ko. Mee sebungkus je dah dekat 40sen belum masuk air lagi. Alasan kan padahal masa aku darjah satu bukan reti pergi kantin pun.

Masuk sekolah menengah aku tak de peluang nak membungkus makanan sebab makanan tersedia di dewan makan. Kadang-kadang bila waktu rehat rasa jemu makan kuih melayu kat dewan makan pergi ke kantin sekolah beli nasi goreng panas dalam plastik dan air teh susu dengan harga RM1 sahaja. Sekarang mana dapat harga tu. RM1 nak beli nasi putih pun tak lepas sebab banyak kedai caj RM1.30 untuk sepinggan nasi putih. Aku rasa nasi goreng pun tak jual dalam plastik bahkan dalam polisterin sebab plastik yang terkena haba (nasi goreng panas) tak elok untuk kesihatan. Hmm bekas polisterin pun menjadikan rege makanan naik juga kan.

Makanya apabila kita bercakap tentang makanan tak sihat di kantin alternatif yang ada ialah membungkus makanan daripada rumah. Baru-baru ni partner aku buat story pasal membungkus makanan ke pejabat. Dia nak interview sorang opis mate aku ni sebab dia rajin membungkus ke office tapi malangnya kawan aku ni pergi ke kursus 3 hari. Tapi daripada pemerhatian dan pengalaman aku opis mate aku ni suka membungkus sebab dia boring makan kat kantin belakang ofis aku ni.

Bila aku pregnant ni aku pun mula ke kantin belakang sebab masuk 3 bulan aku lapar amat. Aku rasa aku macam watak manusia dalam Smallville yang kena sampuk alien jahat. Makan setiap masa, makan dan makan dan makan, manusia depan mata makan disedut zat sampai tinggal rangka.

Apabila dah masuk kehamilan 6/7 bulan tu aku dah tak lapar sangat tapi ni kembali lapar balik. Maka sebulan yang lepas aku mula ke kantin belakang opis. Setelah dua minggu pergi nampak sangat tiada variasi pun pada makanan kantin ni. Yang uniknya ada bubur je bila bosan makan nasi goreng dan nasi lemak.

Sekali tu aku beli nasi lemak dengan ayam dan harganya RM4 ko. Tak ke rasa amarah sebab ayamnye kecik sahaja. Dahla aku akan kena makan lagi sekali sebelum tengah hari menjelma maka emosi la dan boikot nak membungkus makanan.

Maka selalunya aku akan bungkus apebenda yang aku makan malam semalam ke office. Setidak-tidaknya aku jimat pembelian satu kali makan sebab aku kat office makan sampai 4 kali masa ini.

Makan pertama – breakfast nasi goreng/ nasi lemak/ pizza x sedap
Makan kedua – susu dan biskut
Makan ketiga – lunch nasi la
Makan keempat – biskut dan susu / kuih dan teh o

Aku rasa aktiviti pemakanan ini akan berlangsung sampai baby habis breastfeed sebab orang kata ibu kena banyak minum dan makan kena seimbang. Maka aktiviti membungkus akan aku jalankan sehingga setahun agaknya. Tapi tak adela aku bungkus hari-hari sebab kadangkala tak sempat. Namun ini mungkin akan jadi cara hidup aku setelah kembali bekerja nanti, sebab breakfast kan penting untuk memulakan hari.

Masa aku duk menceceh kat partner aku pasal kenapa office mate aku ambil keputusan membungkus dia persoalkan kenapa aku tak membungkus untuk waktu tengah hari juga. Aku kata kalau aku makan bungkus tengah hari alamat takde sosial life la aku. Sebab masa ni la sesi luahan perasan kononnya. Selain itu dah la kerja depan pc seharian dan makan pagi bungkus pun depan pc alamatnya jadi anti sosial la aku.

Kajian dah kata, kajian mana itu? Hey adela dan aku malas nak cari hehe. Ok kajian kata kita habiskan majoriti hidup kita di pejabat maka kita sepatutnya memaksimumkan penggunaan hidup kita nan satu ini di pejabat. Bukan la bermakna ko boleh buat job luar masa makan gaji kat opis plak kan. Maka aku akan lunch di luar dengan rakan-rakan sepanjang aku kerja. Cuma mungkin apabila muncul anak sorang ni akan banyakkan makan di rumah kot.

Baiklah sekian cerita saya.

- ini scheduled post, aku sedang bercuti di rumah. entah dah beranak entah belum :)

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers