Pages

Gilerrr buku

Kawan saya @outtamymind dilanda sawan buku minggu lepas lepas. Mula2 tu dia sibuk cari novel KASIH YANG SUCI yang menginspirasi Nora Elena bersiri itu. Selepas tu pabila dia mendapat tahu bahawa suami aku dpt diskon utk novel cap satu kompeni ni dia order terus 6 buku. Buku yg sepatutnya berrege rm120 jd murah.


Hambik kooo
Lepas baca nak simpan ke nak jual?


Selepas tu dia nak mencari buku Ma Lee Chuswan keluaran creative. Malangnya novel ini dah berenti diterbitkan dan yang ada hanya di tangan org2 yg gile novel. Selepas 72 jam buat iklan dia dah dapat la novel ma lee chuswan dari kawan sekolah dia dan tambahan lagi 6 buah novel yang dipesan daripada suami aku. Aku tak tau la dia tido ke tak malam tu sebab nak ngabiskan buku dia semua.

Minggu lepas dia ajak aku pegi pesta buku selangor tapi aku banyak keje plak. So dia terus pergi sendiri on the way balik daripada outstesen hari tu. Lepas dah berpoya-poya dia message aku yg dia dh habis duit seratus untuk 6 buah buku. Hahahahahahaha memang gile buku.

Hakikatnya kat dunia sosial aku skang minah ni sorang dan Azyze je yang gile bukus (eh lama plak tak contact dia ni). Aku pula dah jarang beli buku sebab aku tak sempat nak baca sekarang, maka aku ganti bahan bacaan aku dengan majalah dan suratkabo. Membaca tetap menjadi santapan minda aku kerana membaca dan menonton dokumentari haiwan ialah dua aktiviti kegemaran aku.

Terbaru aku gi amcorp mall dan beli buku smpi 8 buah kat bookaxcess, kedai dia tingkat atas sekali kat situ. Kat sini memang buku murah2 sampai half price tp bukan buku terbaru la (kalo kat benda2 utk keje aku tulis baharu bermakna baru wujud, kalau baru utk "saya baru je sampai sini). Kalau korang nak cari novel yang agak2 dah lama sikit ade la situ.

Mula-mula aku berniat nak cari buku arts and craft tapi ada sekelumit aje jadi aku beli buku ini pada mulanya.

What to expect the first year.
Maklumlah kan aku ni kan skeptik orangnya, lepas aku baca sendiri baru aku nak bandingkan dengan apa orang cerita. Kalau baca majalah Pa&Ma lagila ada 1001 cerita cara ibu bapa didik anak.


Lepas tu aku bayar dan duduk kat luar kedai kejap sambil fikir2 nak beli lagi buku ke tak. Setelah mendapati bahawa membeli buku tidak merugikan malahan bukannya aku ada benda lain nak buat masa pantang aku pun nekad membeli buku.

Mula-mula tak sampai seratus aku berbelanja tapi cashier tu beritahu kalau beli lebih rm100 ke lebih rm120 boleh apply membership card maka aku pun bergomol la dengan macam2 buku semata2 nak free card itu. Hasilnya aku membeli buku-buku berikut.



Two hp poster books. Ini agenda wajib dalam hidup kerana aku die hard dan Harry Potter.



Sophie Kinsella - Twenties Girl


Nora Roberts - Montana Sky


Cecelia Ahern - the book of tomorrow

Ketiga-tiga novelis kat atas memang aku tau penulisan dorang berkualiti jadi aku beli saje tanpa pikir banyak.



The language of trust: selling ideas in the world of skeptics.

Yang ini untuk keje, ia sedang bertafakur dalam bonet kereta aku sementara menunggu aku nak bercuti balik kampung.


Baby Journal

Ini ialah buku skrap yang ada banyak info pasal anak yang mana aku grab untuk cukupkan amaun dapat kad free. Lepas belek memang berbaloi la nak simpan sebab aku dapati aku x cukup rajin nak buat buku skrap sendiri.

Ok melangkah ke belakang semasa sesi pencarian Ma Lee Chuswan nye novel tu aku lupa bab kawan aku heret aku cari di kedai-kedai buku Jalan TAR dan kedai seken. Memang xde la pun. Nak berkunjung ke kedai buku terpakai yang banyak di Shah Alam pun belum tentu ada aku rasa. Tapi aku berjaya dapat ini la.


Let the right one in - John Ajvide Lindqvist


Last sekali aku beli buku untuk persediaan berpantang

Berpantang secara alami

Daripada selak menyelak setakat ni aku dapati ia amat sesuai untuk orang yang tak tau apape pasal berpantang ni. Lagi satu berapa tahun la ko nak kerja melayari internet sebab nak info free aje kan.

Ok itu aje cerita pasal gile buku. Aku berharap aku ada kegigihan nak membaca la sebab aku memang mati kutu kalau tak membaca lebih sehari. Pagi semalam aku baru dapat idea untuk mengorder 3 bulan punya langganan suratkabar sempena dah bertapa kat rumah.


4 comments:

Dr. Bentara said...

same here... dah dekat umur 40 tahun baru nak baca buku balik ;)

Naddy said...

membaca la buku sebelum masuk kubur kena dibacakan talkin hehhehe (lame joke kan)

Azyze said...

nadh,
omg I was @ BookXcess bebaru ni and say the HP poster and thought of u! Teringat sesi games zaman belajar dulu :)

btw,Montana Sky was made into a telemovie. Ada tunjuk @ 702/Diva Universal.

Selamat membaca and berpantang babe!

Naddy said...

Aku pun baru tgk tadi kat wikipedia poster movie itu. Thanks 4 d wish bebeh

hELLO

hELLO
:D

Followers