Pages

"Zaman sekarang zaman twitter, facebook dan blog dah tak glamer dah."

Inilah ayat orang zaman sekarang. Hmmm sangatlah tak tepat pada aku. Memang la twitter semakin ramai penggunanya sebab senang gile nak buat akaun. Apabila guna twitter senang nak follow dan unfollow orang yang ko suka. Kalau tak mau tweet ko orang ramai baca maka block la. Tapi jarang orang nak private tweets dia. Kalau fb memang selalunya orang akan privatekan fb dia tapi tweets memang direka untuk bacaan umum. Sebab facebook ni lebih kepada nak membuat rangkaian dengan kawan-kawan sekolah lama. Kadangkala nombor telefon pun tak perlu ada sebab dah boleh contact orang melalui facebook.

Twitter ni pada aku istimewanya ialah boleh post bebelan banyak kali. Kalau facebook macam sakit hati je tengok kalau orang tu update selalu. Tengok-tengok newsfeed ko asyik dia je bercerita. Kalau twitter ni ko tweet ikut suka hati ko macam burung tu. Tak pernah la orang nak komen pasal ko semakkkan timeline die. Orang follow ko kat twitter sebab orang suka dengar celoteh ko. Kalau tak suka tak payah follow.

Facebook pula macam aku tulis tadi ialah lebih kepada nak connect dengan kawan-kawan yang berjarak jauh. Tak yah dah nak tulis2 surat malahan boleh tanya soalan direct aje kalau dia ada online. Aku juga guna facebook groups untuk berkongsi tips-tips menyusu. Walaupun ada kursus penyusuan yang diberikan semasa mengandung dulu tapi itu semua sangat asas. Apabila berkongsi ilmu sesama ibu-ibu menyusu ni barula aku tau yang menyusu ni macam air dalam pam tandas, Apabila dipam keluar aje, air lain akan masuk. So apabila ko pam banyak kali sekerap setiap 2 ke 3 jam sekali InsyaAllah susu ko akan banyak. Tapi jika ko tak pam dan bagi anak ko minum susu lain maka susu dalam badan ko akan stay je. Bila lama2 badan akan adjust so susu ko ada banyak itu aje. Kalau nak naikkan volume kena rajin bagi anak minum susu ko secara direct atau pump. Kalau pump buat style power pumping la bagi badan rasa macam anak ko asek nak nyusu aje. Eh ke lain plak topik.

Ok bergerak ke blog pula. Blog pada aku ialah wacana santai yang ada sejuta topik dalamnya. Ibu-ibu beranak kecil suka blogging dan merakamkan gambor2 dan cerita pasal anak mereka dalam blog. Blog boleh juga buat duit kalau follower ko banyak. Blog juga bersifat segera, kadang2 lagi segera daripada surat khabar tapi bab kesahihan tu tak boleh nak jamin la sebab ia disunting sendirian berhad. Self censorship gitu.

Aku main pesbuk, tweet juga (tu kat dalam kotak atas kanan tu) dan semestinya seorang blogger. Aku menggunakan wacana bertiga ini untuk kegunaan tertentu. Paling peribadi facebook, lepas tu twitter sebab tak ramai kawan aku tau yang aku ada twitter dan seterusnya kalau nak heboh panjang lebar datang la ke blog ini.

Maka apabila ada orang kata kalau nak promo sesuatu promo guna twitter paling top, maka aku bersetuju sangat. Namun apabila ko kata blog orang tak belek sangat maka kau silap. Kerana blog juga berupa website free dan  lebih detail, tweet cuma 160 karekter aje. Ko nak rage or promote amende sangat la dengan 160 karakter itu. Maka blog sangat relevan ye. Apa kata anda? Adakah anda juga menggunakan ketiga-tiganya?

4 comments:

Zurani said...

setujulah ngan pn nadhrah!!!

Azyze said...

saya seorang Blogger tegar, walaupun sekarang tak berapa berpeluang menulis dengan kerap. 2012, masuk 8 tahun saya berblogging secara aktif.

Facebook sebab mahu connect dengan kawan-kawan.

Twitter, itu saya tidak. Some things are worth not caring about :)

thoyol said...

fb : aktif. kalau tak update pun, aktif stalking orang. Haha..

blog : a worthy reading material which used to take up hours of my time daily.

twitter : I still dont know how to use it. Sigh..

Zariza said...

salam kenal tuan rumah,
menarik sekali komentar tuan rumah tentang penggunaan aplikasi ini. Walaupun ada beberapa pilihan, hati saya tetap dekat dengan blog walaupun dah bertukar-tukar alamat dan versi :)

hELLO

hELLO
:D

Followers