Pages

Kyoot Khamis :Rotating Book Shelf

Rak buku membulat

Raya ke 8

It's raya time in JB pulak. Today we will resume yesterday's raya activity, beraya rumah orang la kan. Yesterday I was fortunate enough to beraya at my long time friend's house, my fellow mozac mate - Zura.

We lived for 5 years in the same dorm, but went to different classes. Opps I just remembered that me and her went to 4 Beta and 5 Beta during our senior years. So we were classmates for 2 years ohoooho.

Being in a residential school for so long makes you feel like you have 115 brothers and sisters that you can visit whenever appropriate.

The last time I met her was impromptully at Syed Bangsar. She even remembered my birthday and i too do remember hers. Before that we met at mid valley when we were still in unis.

So yesterday since my relatives were out of their homes, I decided to zoom to her place first. Thank you relatives for not being available hehehe. We spent almost 2 hours catching up on everything.

Here's pictures of us at her home. And of course of Mikael's baju raya.

Bekerja pada 4 Syawal

Salam Aidilfitri

Raya ke 4 sampai raya ke 6 aku bekerja sebab bos aku nak ada orang di pejabat. Oleh sebab Syawal kali ni datang hari Ahad maka semestinya orang akan cuti seminggu terus. Tapi aku nak kerja pula la kan, workaholic kata suami aku. LOL.

Anyway semalam pecut daripada Temerloh ke KL, terus pergi kerja. Of course la pengasuh aku cuti semalam jadi baby daddy yang jaga baby dia. Oleh sebab majoriti orang bekerja di KL cuti seminggu maka jalan sangat clear hari ni, semalam dan esok pastinya. Pyan suka la nak kata "Kan best kalau KL jalan clear macam ni hari2." Fuuuh aku balas, kalau KL clear macam ni ia takkan jadi kotaraya yang maju sebab tak laku. Hummm Temerloh yang bandar biasa tu pun jem juga bila waktu puncak, cemana KL nak kosong, lepak tak ada hustle and bustle?

Tetiba aku teringat masa aku sekolah ramai senior sekolah aku suka bertanya, duduk JB kat pekan betul la. Aku pelik dengan penggunaan perkataan pekan. Sebab aku tak pernah merefer kepada JB sebagai pekan, ia hanyalah disebut sebagai bandar selama aku tau la. Kat Temerloh pun tak pernah la mereka-mereka sedara Sofyan menyebut Pekan. Mereka akan sebut sama ada Temerloh atau Mentakab, maksudnya bandar dorang la macam mana aku sebut JB. Ohoho tak sabar nak jenguk JB pada hujung minggu ini. Hello JB, can you hear me????????????????//

Zulu Doll

Zulu Doll


Baby up close

Seen here under African Dolls


Salam Aidilfitri u all


Kad Hari Raya

Siapa nak kad hari raya, nah amek. Tapi kredit pada aku ye. Tq.

Oren dan ketupat


Suria Mendung


Ketupat berlari


Space ketupat


Barbie doll parts to wearable jewellery.
Seen here

Kad Raya Virtual Giveaway

Oleh sebab tahun ni aku rasa orang takkan mengepos kad raya lagi, malahan macam tahun lepas orang akan tag mengetag gambar terkandung ucapan raya di facebook. so aku nak bagi kad raya virtual sebanyak 3 unit untuk 3 penerima. Siapa2 nak sila follow blog aku dan komen di bawah kenapa korang sangat nak kad raya virtual ini. Tinggalkan email juga. 16 Ogos 2012 nanti aku akan announce siapa menang dan email kat korang. Thank you :D

Kyoot Khamis : Origami Ribbon

I am BOWled over by this. Use your outdated magazine pages.


Tudung

Last aku beli tudung bulan Mac kat Kelantan masa pergi kenduri kawan aku haritu. Ni yang rasa nak pergi Jalan TAR borong tudung banyak-banyak ni sampai stok setahun punya. Selain tu aku ada plan nak memborong baju kurung di GM Klang juga. Kenanga Wholesale City aku dah terjah haritu, ada can semua barang harga naik sebab nak raya. Haritu satu kedai ni jual jubah rm38x3 je, ni jual rm70 pula walaupun 3 helai. Dia suruh angkat berhelai2 kalau nak borong. Hmmm, aku terjah GM la plak.

Tetiba juga aku rasa macam nak buat tutorial tudung. Aku ada 2 stail baru pakai tudung yang aku suke try sekarang. Okla tengok le jika ada masa malam nanti. Bubbye.

Kerja Allah

It's 5.30 am in the morning and I can smell the lingering odour of the Father In Law's cigarette. He must have smoked earlier, as much as he could before the fast starts in a few minutes. He is sleeping having eaten early sahur at 1.30 am when I was watching Aku No 1 the movie. Ok enough about him, just a mention here.

I want to talk about God's mysterious gifts. He gave me a laptop when I needed one most. The laptop is actually given by my employer as an incentive for our work online. Although at this day and age most of our online activities are achieved via smart phones la kan.

I am embarassed to ask for God things like laptop in my prayers. Usually I ask for Allah to forgive my wrongdoings and long life. Some people said that we need to alter that, a long life is quite scary when one realises that being in old age is a bit tricky - too old and weak to do prayers and remember Quran words? Do I really want that? Or ask to die in iman and place our belated dearest people among the pious ones.

I also ask for my Parent's forgiveness, that they be in good health and Allah grant them and me chances to gain rezeki. How do you say 'murah rezeki' in English term? So asking Him for something material feels too much, especially that I can be so ungrateful sometimes.

But then my laptop cable was spolit and I had no access to a laptop. A few months later after lots of delaying to buy a laptop, He gave me one. Syukur Alhamdulillah Allah. It was like he dropped a laptop from the heavens into my lap.

I am also thankful that He has stuck with me through and through. It's time I change my life here. It's time to be a humbler servant and pious muslim. Allah Akbar! Syukur Alhamdulillah. I hope to achieve something from this Ramadan. A start somewhere, something I should start now.

Kyoot Khamis : Cute boxes


Rasa macam cupcake kotak pula.
Dilihat atau seen here

Mari raikan susu ibu

Tau tak korang 1 hingga 7 Ogos ialah Minggu Penyusuan Susu Ibu Dunia. Jom kita bercerita tentang susu ibu atau dalam blog ni susu aku kot.

Diari penyusuan aku penuh dengan pelbagai isu dan perkara. Selama aku menyusukan anak aku setahun setengah ni dah 4 breast pump aku beli, 2 cooler beg, 6 ice pack,  1 deep freezer,  59 biji storage botol, 2 pek plastik storage aku beli. Semuanya berkos lebih kurang RM2500. Kos tu sama aje dengan aku belikan susu formula untuk anak aku kan.
Namun apa yang tidak dapat dicapai melalui penyusuan susu ibu ini ialah anak aku boleh bermanja dengan aku, nak tidur bagi je nenen maka akan tidur dan jika dia lapar susu ibu tersedia pada bila-bila masa sahaja. Malahan kerana menyusukan anak aku la berat aku daripada 68 kilogram sejurus selepas beranak berkurangan menjadi 50 kilogram setelah 6 bulan menyusu.

Menurut sini ibu menyusukan secara purata akan membakar sebanyak 500 kalori sehari . Menurut sini pula 360 kalori sahaja ialah dua keping Pizza nipis dan Diet Coke saiz Medium. Sumber di ehow.com tu tulis ibu akan membakar 200 ke 500 kalori bergantung kepada kadar kekerapan bayo menyusu. Oleh sebab bayi digalakkan menyusu susu ibu semata-mata sehingga dia berusia 6 bulan maka banyak la kalori akan dibakar. Namun selepas bayi dah makan makanan separa pejal dia akan kurang menyusu, mungkin kalori yang dibakar selepas bayi 6 tahun akan berkurangan. Tapi kalau bayi kurang makan dan nak menyusu aje mungkin kot berat badan boleh menten.

Aku menyusukan Mikael bermula daripada dia tiba di katil aku selepas aku dah naik ke wad beranak, iaitu 3 jam selepas dilahirkan sehingga sekarang ni. Sehingga dia enam bulan memang eksklusif la dia minum susu aku. Namun selepas dia berusia 6 bulan aku ada masalah nak pump mengikut keperluan dia. Aku pump sehari 13 ke 15 auns, dia pulak minum sampai 18 auns. Pengasuh aku bagi la dia susu baby yang dijaga bersama dengannya. There goes my degree in breastfeeding.

Kalau korang nak tau, untuk tujuan menceriakan hati ibu-ibu yang menyusukan anak ini ada sijil suka-suka la juga. Jika ibu berjaya eksklusif breastfeed anak dia sampai 6 bulan maka dia akan mendapat Diploma in Breastfeeding, apabila mencapai setahun fully breastfeed pula dapat Ijazah. Maka aku ni cuma dapat Diploma aje la sebab dua hari selepas Mikael 6 bulan dia dah minum susu tin.


Sekarang ni aku pump sekali sehari aje, kalau rajin dua kali la. Bukan pump pun sebenarnya, aku guna teknik hand expression. Teknik ni jimat dan digalakkan untuk ibu-ibu yang mengalami bengkak susu kerana ibu akan dapat mengeluarkan susu yang tersumbat dalam tu secara manual. Ini contoh hand expression teknik. Budak bawah 18 tahun jangan nak kata lucah ye, ini pembelajaran.


Pada tahun ini pula aku mula bekerja luar kawasan. Bos aku ada tanya boleh ke aku bermalam dengan anak menyusu badan, dan aku setuju je nak pergi. Sebab aku suka gi jalan-jalan, lagi satu aku fikir boleh nenek dia jaga dia dan mengeratkan ikatan antara mereka. Namun silapnya ialah bila aku keluar bekerja ke Melaka dan Ipoh tu aku tak banyak sediakan ebm maka anak aku minum la susu lembu dalam tin.

Outstation bawak botol banyak-banyak.




Balik ke rumah bawak susu pulak. Masa ni outstation ke Melaka 3 malam.
Semua sekali 80 oz.


Sekarang ni anak aku minum susu aku dan susu tin juga di rumah pengasuh. Namun di rumah aku 100 peratus susu aku. Sejak dia dah besar ni dia masih kerap menyusu tapi kurang la daripada dulu. Kalau dulu sampai 17 kali ada tapi sekarang jadi 10 kali macam tu la. Daripada office nak ke rumah je ada 3 kali dia menyusu. Cuma kalau pergi berjalan tu dia dah makan kan, maka dia macam lupa nak menyusu. Aku expect dia akan kurang menyusu badan menjelang setahun setengah dan mungkin nak menuju 2 tahun tu 6 kali je kot sehari.


Aku agak sedih la kerana kerajinan aku nak memerah sekarang ni berkurangan. Memang susu tin itu menjadikan aku malas nak perah la. Ibu-ibu yang rajin memerah jangan hina aku :P

Haritu Lactogen, sekarang Enfa apa tu, esok lusa harap2 kembali
sepenuhnya ke susu MizzyN. 


Namun aku dah mula memerah kembali semalam dan hari ni. Sekurang-kurangnya sekali sehari jadilah kan. Dapat la 3.5 oz tadi. Setelah lama tak memerah bekalan susu aku pukul 9 pagi ke 6 petang memang merudum tapi adela susu tu kan.

Kalau korang nak tau susu ibu ni dia berdasarkan proses kena ada permintaan dan dia akan ada, jadi bila dia ada dan takde orang nak amek dia maka dia akan lama-lama kurang. Sebab tu antara tips nak memastikan penyusuan susu ibu berjaya kena bagi bayi susu ibu setiap 2 jam sekali daripada sejurus selepas lahir sampai bayi 6-8 minggu.

Oklah aku nak balik. Rasa macam nak makan Pizza Hut ke nak masak ye hari ni? Aku rasa macam tak larat je ni. Hmmmm.


Kyoot Khamis : Felt cat


Seen here

hELLO

hELLO
:D

Followers