Tau tak korang 1 hingga 7 Ogos ialah Minggu Penyusuan Susu Ibu Dunia. Jom kita bercerita tentang susu ibu atau dalam blog ni susu aku kot.
Diari
penyusuan aku penuh dengan pelbagai isu dan perkara. Selama aku menyusukan anak
aku setahun setengah ni dah 4 breast pump aku beli, 2 cooler beg, 6 ice pack, 1 deep freezer, 59 biji storage botol, 2 pek plastik storage
aku beli. Semuanya berkos lebih kurang RM2500. Kos tu sama aje dengan aku
belikan susu formula untuk anak aku kan.
Namun apa
yang tidak dapat dicapai melalui penyusuan susu ibu ini ialah anak aku boleh
bermanja dengan aku, nak tidur bagi je nenen maka akan tidur dan jika dia lapar
susu ibu tersedia pada bila-bila masa sahaja. Malahan kerana menyusukan anak
aku la berat aku daripada 68 kilogram sejurus selepas beranak berkurangan
menjadi 50 kilogram setelah 6 bulan menyusu.
Menurut sini ibu menyusukan secara purata akan membakar sebanyak 500 kalori sehari . Menurut
sini pula 360 kalori sahaja ialah dua keping Pizza nipis dan Diet Coke saiz Medium. Sumber di ehow.com tu tulis ibu
akan membakar 200 ke 500 kalori bergantung kepada kadar kekerapan bayo menyusu.
Oleh sebab bayi digalakkan menyusu susu ibu semata-mata sehingga dia berusia 6
bulan maka banyak la kalori akan dibakar. Namun selepas bayi dah makan makanan
separa pejal dia akan kurang menyusu, mungkin kalori yang dibakar selepas bayi
6 tahun akan berkurangan. Tapi kalau bayi kurang makan dan nak menyusu aje
mungkin kot berat badan boleh menten.
Aku menyusukan Mikael bermula daripada dia tiba di katil aku
selepas aku dah naik ke wad beranak, iaitu 3 jam selepas dilahirkan sehingga
sekarang ni. Sehingga dia enam bulan memang eksklusif la dia minum susu aku.
Namun selepas dia berusia 6 bulan aku ada masalah nak pump mengikut keperluan
dia. Aku pump sehari 13 ke 15 auns, dia pulak minum sampai 18 auns. Pengasuh
aku bagi la dia susu baby yang dijaga bersama dengannya. There goes my degree
in breastfeeding.
Kalau korang nak tau, untuk tujuan menceriakan hati ibu-ibu
yang menyusukan anak ini ada sijil suka-suka la juga. Jika ibu berjaya
eksklusif breastfeed anak dia sampai 6 bulan maka dia akan mendapat Diploma in
Breastfeeding, apabila mencapai setahun fully breastfeed pula dapat Ijazah.
Maka aku ni cuma dapat Diploma aje la sebab dua hari selepas Mikael 6 bulan dia
dah minum susu tin.
Sekarang ni aku pump sekali sehari aje, kalau rajin dua kali la. Bukan pump pun
sebenarnya, aku guna teknik hand expression. Teknik ni jimat dan digalakkan untuk
ibu-ibu yang mengalami bengkak susu kerana ibu akan dapat mengeluarkan susu
yang tersumbat dalam tu secara manual. Ini contoh hand expression teknik. Budak
bawah 18 tahun jangan nak kata lucah ye, ini pembelajaran.
Pada tahun ini pula aku mula bekerja luar kawasan. Bos aku
ada tanya boleh ke aku bermalam dengan anak menyusu badan, dan aku setuju je
nak pergi. Sebab aku suka gi jalan-jalan, lagi satu aku fikir boleh nenek dia
jaga dia dan mengeratkan ikatan antara mereka. Namun silapnya ialah bila aku
keluar bekerja ke Melaka dan Ipoh tu aku tak banyak sediakan ebm maka anak aku
minum la susu lembu dalam tin.
Outstation bawak botol banyak-banyak.
Balik ke rumah bawak susu pulak. Masa ni outstation ke Melaka 3 malam.
Semua sekali 80 oz.
Sekarang ni anak aku minum susu aku dan susu tin juga di
rumah pengasuh. Namun di rumah aku 100 peratus susu aku. Sejak dia dah besar ni
dia masih kerap menyusu tapi kurang la daripada dulu. Kalau dulu sampai 17 kali
ada tapi sekarang jadi 10 kali macam tu la. Daripada office nak ke rumah je ada
3 kali dia menyusu. Cuma kalau pergi berjalan tu dia dah makan kan, maka dia
macam lupa nak menyusu. Aku expect dia akan kurang menyusu badan menjelang
setahun setengah dan mungkin nak menuju 2 tahun tu 6 kali je kot sehari.
Aku agak sedih la kerana kerajinan aku nak memerah sekarang ni berkurangan. Memang
susu tin itu menjadikan aku malas nak perah la. Ibu-ibu yang rajin memerah
jangan hina aku :P
Namun aku dah mula memerah kembali semalam dan hari ni.
Sekurang-kurangnya sekali sehari jadilah kan. Dapat la 3.5 oz tadi. Setelah
lama tak memerah bekalan susu aku pukul 9 pagi ke 6 petang memang merudum tapi
adela susu tu kan.
Kalau korang nak tau susu ibu ni dia berdasarkan proses kena
ada permintaan dan dia akan ada, jadi bila dia ada dan takde orang nak amek dia
maka dia akan lama-lama kurang. Sebab tu antara tips nak memastikan penyusuan
susu ibu berjaya kena bagi bayi susu ibu setiap 2 jam sekali daripada sejurus
selepas lahir sampai bayi 6-8 minggu.
Oklah aku nak balik. Rasa macam nak makan Pizza Hut ke nak masak ye hari ni? Aku rasa macam tak larat je ni. Hmmmm.
1 comments:
nadhrah, alhamdulillah sbb berpeluang susukan ank walaupon sehingga degree je.. kdg2 mmg niat kita nak fully bf smp 2 thn, tp tuntutan kerja susah jugak nak ditolak ke tepi.. cam aku, ni pon dh berapa kali aku terpaksa bg alasan xmo outstation.. tu la akibatnye ms pantang x buat stok menggunung tinggi.. hihihi..
Post a Comment