Anak aku dia tak banyak ragam sebab masa tu pukul 7 petang dan selepas setengah jam bergolek sana sini akhirnya dia tidur sambil menikmati susu ibu. Usia dia dah 1 tahun 10 bulan, kalau ikut tuntutan Islam aku kena susukan dia sampai 2 tahun. Tapi ada juga pendapat mengatakan kena susukan selama 30 bulan yang bersamaan 2 tahun setengah. Lama la pulak tu.
Ok sambung cerita, dia tidur duduk beriba atas aku sampai Yong Peng. Kat Yong Peng dia bangun kejap, kiteorang turun beli sandwic. Peh sandwic daging inti burger sejuk RM5 untuk dua segitiga. Memang R & R punya makanan kadangkala tak sedap dan mahal tapi itu je yang ada, layankan. Nasib baik Mikael tak mau makan hehehe.
Ape pasal aku cerita pasal balik kampung selepas PRU ni, aku nak cerita pasal perkataan-perkataan pertama anak aku. Dua tiga minggu ni anak aku agak diabaikan oleh aku tapi aku dapati dia dah pandai sebut beberapa perkataan yang maintain je bunyinya. Sebelum ni macam tak berapa jelas dia sebut. Macam dia nak susu, dia akan sebut iiiiiiii iiiiiii je. Semalam dia tunjuk kat aku, huhuhuhu. Tak mahu dia menyebut susu lagi, mahupun versi pelat cucu.
Ok nak senaraikan perkataan yang dia dah pandai sebut dan label pada objek dan perbuatan:

air
- dulu er dalam Ayer je dia sebut. Masa dia duduk rumah nenek dia first night tu tetiba dia pandai sebut Air. Alhamdulillah.
aba - abah
wang - buang
bash - bas
bee - tv
uwi - lori
besh - habis
jumm - jom keluar bilik air / tidur / balik.
ai - hai dan bai
nyiau - kucing
ti - roti
Dia bercakap sambil tunjuk la jadi aku paham apa dia maksudkan.
Orang lain duk la cerita anak mereka dah pandai sebut banyak perkataan tatkala usia menjengah 2 tahun. Bagi anak aku, aku terima je dia pandai sebut beberapa perkataan sebab dia faham apa yang aku cakap. Esok dah pandai cakap kang pasti petah giless.
Aku kenal seseorang yang hanya bercakap lancar pada usia 4 tahun. Mak dia kata orang-orang tua sajes bagi makan daging burung murai. Sekarang dah jadi wartawan dah pun. Alhamdulillah. Daging burung murai tu sebagai usaha akhir sahaja, mungkin bukan itu penawarnya.

Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk si kecilku. Selepas ni aku nak kena fikir pasal perjalanan susu aku, bila dan macam mana nak tamatkan. Kalau preggie menjelang anak 2 tahun senang la aku ending kan. Tapi kalau tak de zuriat seterusnya maka aku paling maksimum pun aku layan sampai 2 tahun 6 bulan. Antara 2 tahun ke 2.5 tahun tu aku akan cuba sesautu. Aku merancang hanya Allah yang menentukan. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment