Bayangkan hidup ko bahagia aje setiap masa, bayar bil on time, pegi keje on time, masak makanan tak pernah hangus walaupun tak sedap pun, duit dalam poket sentiasa ada, tanam pokok mesti tumbuh, lif rumah sentiasa ok, anak tidur sepanjang 11 malam sampai 6 pagi, lampu isyarat sentiasa hijau, internet talipon sentiasa laju, bukak tv berita bencana sangat setahun sekali sahaja dan kaulah menantu kesayangan di kalangan menantu yang takde.
Tapi pastinya ko takkan kenal erti sedih, erti kreatif menangani cabaran, erti pasangan kau itu sempurna dalam tidak kesempurnaan, erti kau bertuah dalam dunia banyak cobaan.
Aku teringat isteri-isteri yang suami diorang tak tau hidup ke tak dalam kemusnahan kilang tu. Sorang satu pegang gambar suami dieorang laminated. Mayat dah banyak dikeluarkan tapi banyak reput jadi payah nak kenal pasti. Mereka tak tau suami, kakak, ayah, ibu atau anak mereka itu hidup lagi ke tak.
Tetiba aku rasa hidop aku mudah.
1 comments:
maaf ye kakak kalau dikau keciwa ianya adalah pasal berat sahaja...btw aku tak rasa hidup aku mudah tp mungkin tak sesusah orng lain and tak sesenang orang lain cuma kadang kadand ade jugaklah rasa fed up..ngee bolehh???
Post a Comment