Sejak dua menjak ni tengok kisah orang berpantang di sana-sini, aku pun teringat kisah aku berpantang 11 bulan lalu. Uishhh, anak aku dah nak setahun dah. Sekejap je pun setahun tu, sekejap yang tak berapa lama dan tak berapa sekejap. Demi memudahkan aku berkarya sekali entry tatkala ini juga, aku bagi 5 point dahulu.
1.
Menjadi ibu beranak dua - Semestinya apabila berpantang, aku mula merasa menjadi ibu berANAK DUA. Masa melahirkan anak tak fikir apa sangat, sebab anak pertama tak ada di sisi. Kisah semasa di hospital lebih menjurus kepada bab nak menjaga diri pasca kelahiran dan anak kecil yang nak menyusu sahaja.
Aku tak fikir apa sangat pasal status ibu beranak dua selepas melahirkan, sampai la semasa baru discaj daripada hospital dan nak naik kereta masa tu. Di dalam kereta si bayi baru lahir bertemu dengan abangnya. Masa tu mak mertua aku yang pangku bayi sebab aku gerun nak naik kereta sedan yang seat dia amat lowered sambil mendukung bayi. Abang bayi aka anak sulung aku, pula tengah tidur. Tak lama lepas tu anak sulung aku bangun, dia tengok baby dan dia terus sentuh baby secara light light. Lepas tu bercucuran air mata dia. Perghhh, apa cerita ini? Terus berdesup realiti aku ada dua anak. Mak mertua aku kata baby touching tengok adik dia, atau dia macam tersedar ada orang lain dalam hidup dia dah. Aku rasa sebab dia baru bangun tidur dan masa tu emosi dia masih mentah kan jadi dia mudah merasa hiba / sedih / suka.
2.
Sibling Rivalry - Anak aku kedua-duanya lelaki, mungkin itu yang menyebabkan anak pertama aku agak agresif dengan adik dia. Mula-mula tu aku siap letak jauh-jauh lagi. Jauh sampai 8 meter sebab rumah mak mertua aku rumah kampung jadi banyak la ruang nak bubuhnya. Abang duduk dengan aku tengok tv atau time makan dan adiknya atas sofa di nun sana. Bayi baru lahir kan dia tak bergolek, maka bolehlah kita letak di atas meja dengan perasaan tenang sementara dia dalam pantang. Kalau tak letak, habislah anak pertama aku akan tenyeh adik dia. Tapi makin besar, makin ok pula. Maka, aku pun naikkan kemahiran memonitor dua orang kanak-kanak dengan mata helang, bagi memastikan abang tak mencederakan baby dan abang akan biasakan diri dengan baby.
3.
Perbezaan sakit c section dan normal - Memanglah sakit beranak tu sangat pedih dan tidak boleh dilupakan, namun sakit sepanjang berpantang juga sangat tidak seronok. Aku ditinggalkan pada hari ke 17 sebab semua orang yang menjaga aku bekerja. Apabila berpantang seorang tu maka banyakla langkah sendirian kan, nak masak dan nak mandikan baby dan abangnya. Alhamdulillah kali ini beranak normal, vbac le kirenye. Sila google sendiri apabenda vbac itu. Apabila aku bersalin normal, maka langkahan kaki semasa saat berpantang laju sikit berbanding kena c section. Jika selepas c section aku takut nak duduk bersila atas lantai sebab tang nak bangun dan berdiri tu pedih, tapi semasa normal rilek je bangun baring dan bangun baring. Tapi aku banyak baring pada 3 minggu pertama sebab sakit kut tang cenel baby keluar tu.
4.
Masak semasa pantang - Sambung cerita tadi, aku masak sendiri lunch aku bermula pada hari ke-17. Pada waktu pagi aku bersarapan nasi lemak or mee goreng, kadang2 aku habiskan roti canai anak aku yang dia tak nak. Sarapan semua pak mertua aku yang belikan. Aku tak reti nak demand sangat sebab rumah orang, lagipun dalam pantang selera kena tahan sikit. Waktu tengahari selalu aku jenguk dalam peti sejuk ada apa yang boleh dimasak. Pesen parents in law aku ialah simpan lauk untuk dua tiga hari je sebab kalau lama-lama, takut rosak sebab tak ada orang nak makan. So aku tengok la apa ada. Kalau ayam selalu aku goreng je. Kalau ikan aku masak singgang. Ala singgang bodo-bodo aje. Lupa pulak apa stail aku masak aritu. Anak aku makan nasi kosong dengan telur goreng sahaja, so senang kerja aku.
5.
Penjagaan pantang - So, mak mertua aku seorang jururawat dan masih berkhidmat, namun dia percaya juga kepada supplemen pantang. So, dia yang belikan aku set berpantang. Dan ada je yang masih belum habis sampai sekarang. Yang aku habis pakai cuma ubat mandian herba tu je kot. Seronok mandi dalam tu, rasa macam pergi Spa. Kalau beli sekarang dan mandi sesaja pun ok. Sogar rasa badan den. Ada pilis liquid, macam gel kurus, pencuci vajayjay dan kain bengkung yang tali-tali banyak tu. Oleh sebab aku ni degil, aku takla rajin nak berikat badan nak kurus. Gendut sesekali heppi jugak, walaupun tak dapat nak pakai baju-baju lama.
Ok, sekian dulu. Nantikan part 2.