"Jika ada yang mengimpikan keluarga, sepasang anak lelaki dan perempuan sudah cukup, aku hanya membayangkan beberapa orang anak muat dalam kenderaan pelbagai guna. Jika terlebih maka, aku akan beli bas. Jika kurang, maka aku akan gembira dengan berapa yang ada. Jika tiada langsung, maka aku akan ambil anak angkat." kata-kata Ilhamyah terngiang-ngiang semasa kami minum Milo bungkus sambil tunggu kenderaan untuk kembali ke kolej petang semalam.
Kata-katanya aku teringat kerana aku sedang perhatikan iklan Karnival Jualan Barangan Bayi di pasar raya bersebelahan rumah aku. Aku kira kerap juga pasaraya ini mengadakan karnival semacam itu. Aku ambil kisah kerana aku sudah ada anak saudara. Walaupun usianya baharu 2 bulan, namun aku rasa seperti aku tertua sebanyak 10 tahun sejak aku bertemu dengannya pada cuti semester lalu. Selepas ini, entah-entah jumpa dah boleh merangkak.
Aku bukan yang tidak suka kanak-kanak, cuma aku tiada adik yang kecil Ketika aku usia 10 tahun ada mak aku jaga anak kepada sepupunya, namun aku pula bersekolah rendah pada waktu pagi dan sekolah agama pada petangnya, maka aku hanya meluangkan masa dengannya sejam sahaja sehari. Dengan kadar masa itu tidak sempat nak merasa jadi 'ibu'.
Pada aku ibu kerjanya menjaga anak, bagi susu, bagi makan, tukar lampin dan tidurkan anaknya. Esok ulang semula rutin. Bapa pula pergi kerja cari duit, balik kerja main dengan anak. Hujung minggu kedua-duanya ada masa nak untuk keluarga. Itu sahaja yang aku nampak ketika ini. Jika ada tanggungjawab yang lebih halus daripada itu, mungkin aku akan mengetahuinya apabila ada anak sendiri. Buat masa ini aku hanya menghayati tanggungjawab sebagai anak, adik dan teman wanita kepada pakweku.
Siapa pakwe aku? Esok aku ceritakan.
To be continued
Wonderful Wordy Wednesday
2 days ago
0 comments:
Post a Comment