Tahun lepas office aku buat jamuan hujung tahun di Seoul Garden. Itu juga kali pertama aku makan sana. Harga dah lupa tapi bos aku ada kad, maka mungkin ada diskaun. Aku makan ayam dengan.banyaknya. Kali ini makan buffet sangat puas hati sebab aku rasa semua benda, hampir 89 peratus aku cuba. Buat hari biasa maka tak ramai orang, tapi sebab lunch hour maka sekejap je dapat menikmati makanan.
Selepas puas makan, kami buat acara bagi hadiah. Bos aku telah cadangkan untuk tukar-tukar hadiah sesama kami. Tapi kena cabut undi lebih awal supaya dapatlah beli dan beri hadiah yang spesifik dengan tuan badan. So aku dapat orang sebelah meja aku je pun. Aku bagi shawl, inner awning dan baju kurung. Dan... dia pun dapat aku. Keciknya la kebarangkalianya hihi. Apala punya sejengkal je pilihannya pergi. Dia bagi aku beg sandang reka bentuk kanak-kanak, baju dan topi baby. Sekarang aku buat isi makanan dan mainan baby dan abangnya bila nak ke rumah pengasuh hari2. Rezeki anak la ni.
Officemate aku banyak yang bagi kain sebab dieorang kata senang, boleh penerima tu buat baju ikut saiz sendiri. Aku belikan je baju kurung cotton kat kedai harga 3 dapat RM100, manakala nak tepatkan harga RM50 itu aku beli inner neck RM15 dan shawl RM18. Lebih sikit la bajetnya, tapi dah kerja-kerja ini dah tak rasa kedekut sangat nak bagi lebih2. Bos aku dapat beberapa frame yang diisi dengan ayat-ayat 'the best boss award' dan replica Oscar.
Bos aku pula bagi body spray Victoria Secret pada penerima hadiahnya. Last aku tengok body spray tu boleh beli dalam RM68 kat Amcorp Mall. Ada seorang tu dia bagi tupperware besar harga pada sorang lagi. Yang lain aku kurang pasti mereka dapat apa. Namun, niat menghadiahi tu yang penting kan. Apa hadiahnye tak le kisah.
Anyway aku baru menonton The World's End, yang ada Simon Pegg dan Nick Frost. Salah satu watak utama lain ialah Dr Watson. Ala lupa plak nama dia. Yang jadi Olliver tu. Esok aku komen ye. K, bye.
0 comments:
Post a Comment