TuJuh
Nombor 17 ialah nombor kegemaranku. Ia juga tarikh hari ni, 17 Jun 2008. 17 juga tarikh aku dilahirkan dan dulu aku pernah duk kat rumah bernombor 117. Ni nombor gemar suka-suka aje bukan cinta banget menggila sampai semua yang membabitkan nombor aku nak pilih 17 atau nombor seangkatan dengannya.
Walau bagaimanapun aku nak cerita bahawa lagi 7 bulan dari hari makin tak remaja la aku. Itu juga bermakna dah nak tua sangat dah!
Bulan 7 ni juga aku genap dua tahun kerja dengan organisasi sekarang ni. Pada bulan ke 7 ni di tarikh 7, 24 dan 28 juga besday-besday orang tersayangku. Apa nak bagi pun takde idea lagi.
Tujuh itu angkanya cantikkan. Ada tujuh lapis langit dan bumi, tujuh abjad dalam nama sebenar aku dan tujuh warna dalam pelangi.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh.
Pizza
Makanan kegemaran keluarga aku kalau nak menjamu makanan kat luar
ialah pizza. Kalau kat luar makan kat Pizza Hut tak pun Shakey's. Kalau pesan penghantaran ke rumah plak Domino sebab harga dia lagi murah dan pilihan dia lain sikit dari Pizza Hut.
Aku dulu pernah keje tiga bulan kat Pizza Hut masa lepas habis belajar kat U. Tiga tahun sebelum tu pun kakak aku pernah bekerja kat restoran yang sama. Kami satu family minat sangat la kat pizza kiranya.
Pizza masa tu ada tak sampai sepuluh jenis. Kadangkala ada la pizza spesel macam cheezy pizza la dan lain2 lagi. Tapi all time favourite masa tu Hawaiian Chicken la. Inti dia cebisan daging ayam dengan nanas. Juga merupakan mak aku punye pizza kegemaran.
Masa tu kalau pelanggan tanya pizza apa yang best, kita promola pizza spesel untuk waktu tu. Kalau takde pizza baru kita tanyalah dia nak makan ayam, daging atau seafood. Kalau dia nak ada inti daging kita cadangkan pizza super supreme tapi yang ni tak sesuai bagi orang yang anti-zaitun. Kalau nak isi ayam mestila hawaiian supreme atau hawaiian chicken. Kalau dia nak seafood pula sarankan la island supreme. Sebenarnya ada banyak lagi jenis pizza tapi aku dah lupa ape namanya. Tapi pastu kalau orang tu tak nak makan sebarang jenis daging kita bagi dia Vege Lover tak pun dia akan pilih sendiri untuk makan salad, sup dan roti halia.
Rindunya nak makan pizza.. last aku makan hujung bulan lepas. Kakak aku pernah masak pizza personal sendiri guna sosej, campuran kacang pis + lobak + jagung tu, sos pasta dan roti pita. Masuk dalam ketuhar pembakar dan lepas dalam 10 minit siaplah pizza. Oh lupa kena ada keju gak. Rasa dia lebih kurang je pizza cam kat kedai pizza tapi lebih sikit dari pizza yang kat kedai roti tu la.
Aku kalau sorang-sorang pun boleh je makan kat pizza hut. Ada satu bulan tu tahun lepas masa masih berulang KL-Shah Alam boleh kata tiap petang nak makan kat pizza hut. Seminggu dalam tiga kali makan pizza hut. Kat Pizza Hut SACC. Tak segan sangat la nak makan sorang sebab tempat tu tak ramai orang.
Mini-ManCat Monday
6 hours ago
2 comments:
missy n,
i like the number 7 too! my birthday's in July. (dont feel pressured, its not a hint. or maybe it is) ha ha.
aku suke nombor 2 ngan 5. especially 5 pasal no surat beranak aku banyak 5, aku lahir bulan 5, dan.. er... itu je kot.
Post a Comment