Pages

Teringat pasal makanan masa Raya

Bila nak raya mesti teringat kuih. Tahun lepas aku beli kuih baulu raya daripada officemate lama. Baulu sodap dimakan dengan air teh atau kopi panas ui.Anyway akak tu jual satu bekas 50 biji belas-belas ringgit harganya dan berperisa coklat dan pandan.

Masa aku beli tu lagi 2 ke 3 minggu nak raya, bila dah hari raya nak ambil baulu untuk tetamu dah berkulat pula baulu satu bekas tu. Akak tu kata kuih tu tahan sebulan tapi mungkin sebab faktor kelembapan tinggi jadi ia berkulat juga la. Lagipun baulunya bukan dalam bekas yang divakum macam kat kilang kan jadi sbb tu tak tahan lama kot.

Tahun ni aku rancang nak beli baulu kat JB. Masa aku balik kampung aritu aku perasan kat Terminal Larkin ada kedai baulu. Dia jual dalam rm16-RM18 untuk 50 dan dia memang masak baulu tu kat kedai itu juga. Perisa dia sama je macam akak ofis tu jual. Nice juga kalau beli situ.

Rindu nak makan kuih baulu bentuk ikan emas.


Petang nie bf aku nye office mate ada kenduri kat Wisma Sejarah dekat dgn Perpustakaan Negara tu. Aku kebulur nak makan nasi briyani orang nie jadi aku paksa juga dia pergi dan lagipun keizinan dah dapat dah siap-siap aritu.

Masa kenduri kakak aku tak puas makan pun. Selalunya kalau aku teringin sangat nak makan nasi ni aku pergi satu kedai briyani kat tesco Sek 13. Tapi kedai dia selalu la penuh lagi-lagi kalau bulan pose nie, siap sedia dah mak bapak booking untuk makan. Jadi sebelum aku mengidam baik makan siap-siap.

Nasi briyani dengan ayam merah sodap tu. Memang menjilat jari.


Masa raya kecik-kecik dulu air paling glamer pula ialah air bandung. Tapi sekarang nie air glamer raya dah bervariasi like air gas dan punch yang ada nata de coco tu, letak ais krim soda maka menjadi idaman sangat.

Air bandung faveret zaman dulu ni memang tak jumpa kat Bandung kata mereka yang pernah pergi bandung. Aku agak hampa bila dapat tahu yang air sirap ialah air gula berwarna merah aje sebenarnya. Jadi selama nie kita serve air gula je pada tetamu.

Hmmph.

Jadi untuk nak bagi best sikit orang letak esen ros bagi bau menarikn atau letak pewarna hijau biar lain macam sikit. Kalau biru aku rasa macam minum bahan kimia pulak.



starKuih siput wajib buat tahun niestar



Suatu masa dahulu kalau raya mesti ada kek lapis macam bawah nie. Maju ke zaman nie dah ada kek lapis Sarawak pula. Ini barulah globalisasi posititf apa yang ada kat Sarawak dah ada kat sini dan vice versa. Bila tengok kuih lapis teringat kuih tepung pelita - lemak berkrim disukai aku!

Kuih ini walaupun dah lama tak makan tapi tak berapa rindu
sebegitu juga kuih bangkit yang sangat ubiquitos di sana sini.


Tepung Bawang / Karipap / Epok-epok

Kuih selamanya glamer tak kira raya mahupun nak buat santapan masa meeting ialah kuih karipap. Aku mengenali kuih ini dengan nama 'tepung bawang', bila bergaul dengan jiran-jiran pula dieorang panggil 'karipap'. Lepas tu bila masuk sekolah rendah dan menengah rakan-rakan daripada negeri lain panggil epok-epok pula.

Inti dia paling best sekali bagi aku ialah sardin atau telur. Selain tu selalunya orang guna keledek dan kalau orang kedai tu kedekut dia akan letak keledek lebih-lebih sikit dan jual dua seringgit. Sangat penipu! Kadang-kadang bila balik mak aku rajin juga buat epok-epok. Kalau aku kelim (buat bunga-bunga keliling kuih tu) mesti jadi besar je tak comel macam mak aku punya. Bila dah goreng rupa dia lain je (agak hodoh juga) jadi aku selalu ngap mana yang aku kelim. Lagi banyak aku kelim lagi banyak kuih tak lawa dan lagi banyak aku makan. Heaven tau.

Ape menu hari raya korang nanti? Tak sabar plak nak tunggu susunan rancangan masakan raya, aku tau tahun ni RTM akan siarkan ketuk-ketuk ramadhan siri 2 pulak. Aku la kena settlekan untuk website tu nanti. Okla ciao.

kredit pic to : gambau semua dicuri drpd internet kecuali gmbr nasi briyani dgn air bandung tu sendiri punya.adacall

3 comments:

yoon see said...

Wow! Bestnya dapat makan makanan raya:)

AchiQue said...

along aku sealu beli bahulu perisa pandan atau coklat chip) satu bekas RM13. berapa banyak isi dlm tak kira plak aku. kat packaging tulis dibuat oleh D Bahulu Corner, alamat kat jalan larkin perdana 3. adakah sama dgn yg ko nak beli tu? tapi harga lain pulak eh...

well, it's not like i asked my along mana dia beli. hehe..

mizzyN said...

yoon see, maybe we can have a makan2 after raya at your house or mine later. Heheh need to hire me a cook.

Achik, yang aku tgk tu kat Terminal Stesen Bas Larkin tu. Kat Larkin Perdana aku tak pasti pulak ada, ini kena cek it out nie.

hELLO

hELLO
:D

Followers