Pages

malam tadi

Wow banyaknya bulu.


Tadi gwe pergi ke Youth'10 di PWTC, dan layan Bittersweet and Clarice. Pekak siut telinga duk depan speaker itu tapi best dengar persembahan muzik secara langsung. Lepas tu tengok pula budak2 remaja terhenjut2 dalam crowd tu teringin pulak nak melompat2 hyper, tapi makcik pening kepala dengar bunyi kuat jadi kena la diri jauh2 sikit sambil head banging aje. Walau bagaimana pun, Bittersweet sangat best dengan membawakan genre lagu yang aku dengar mcm brit pop.

Hahaha sejak bila pula aku masyuk bab muzik nie. Aku dilahirkan tanpa pengaruh muzik yang dominan jadi bila dah besar nie barulah aku cuba cari pengaruh muzik. Jika Azyze dipengaruh oleh Engelbert Humperdinck dan OOMM pula Nirvana, aku masih terkapai mencari artis dan genre lagu yang aku suka. Okla di sebalik itu semua aku suka gile kat lagu2 RnB /jazz secara amnya sebab menenangkan jiwa. Kalau nak tidur aku suka buka radio astro yang nama oldies tu takpun jazz.

Sekarang nie aku terpengaruh dengan sesetengah artis setelah tengok dieorang buat show live. Mungkin tenaga yang dibebaskan semasa dorang menyanyi tu yang menyebabkan aku teruja jadi terus suka. Oh ya, yang pastinya kalau dah nyanyi mantap mesti la lagi senang nak suka kan. Lepas nie aku nak dapatkan album azlan n d typewriter, bittersweet dan the best of wings + search.

Semasa concert youth 10 tu aku tengok budak-budak kecik yang tengok show tu ada semuda 14 tahun dan teringatkan aku kepada adik tunang aku yang berumur 15 tu. Dia budak kampung dan sekarang nie rajin tangkap ikan kat paya. Ikan yang dia dapat ada pelbagai saiz dan semuanya dibuat makan di rumah. Hari tu aku siang ikan kenit-kenit tu habis hancur aku kerjakan har har.

Tunang aku kata beza gila kehidupan adik dia dengan budak2 yang tengah tengok show tu. Yela, adik dia punya aktiviti sangat berorientasikan kampung manakala budak2 bandar tu pula nampak macam cenderung ke arah budaya pop. Tapi aku beritau pada tunang aku ada persamaan juga, adik dia punya hobi masa lapang ialah bermain PS2. Tak ke ada persamaaan tu dengan budak-budak bandar?

Siapakah yang nak kahwin sebenarnya? Cuba teka?

Kepada kawan-kawan semua, tiga orang pertama yang dapat teka antara lembaga berikut yang mana nak kawin dalam masa terdekat ini akan dapat ole2 khas daripada aku ok.



Hahah, lembaga lace.

Baru balik daripada tanah seberang

Saya baru balik daripada tanah seberang. Mana? Nanti I cite k.
Good night and sweet dreams.

Nak tulis pasal apa? Sila bagi cadangan.

Sila, sila.

Esok Citrawarna yang mana maksudnya Colours of Malaysia

Boleh tak masa nak update website tadi baru tau esok ada Citrawarna. Sibuk duk ingat pasal GAH 1 lupa pulak ada event tahap antarabangsa yang tiba esok aje pun. Oh yeah.

Jadi kawan-kawan:

if you are reading this, please watch Colours of Malaysia on Saturday, 22nd May 2010, 8.30pm (Malaysian time) at TV2. If you are outside Malaysia, catch in on the net at http://www.rtm.gov.my/new/bm/index_ls2.php.

Teka air apa?


Teka air apa itu?

1) kopi & sirap
2) Sarsi & tembikai
3) Cincau & Strawberi
d) air sumsum tulang & darah (haha saje mengeji)

Oh aku yang penyibuk.

Ok kepada kawan aku yang on the way ke taman cinta tu, aku janji lepas nie aku dah tak kacau lagi dah. Aku memang suka korek-mengorek nie tapi aku akan slow-slow kurangkan mengorek rahsia si jejaka itu okeh. Aku bagi masa kat diri aku dalam sebulan untuk me'rehab' diri daripada menjadi busybody. Aku tau ko tak cakap apa dan maybe tak kisah pun, tapi aku sangat horror dengan diri aku. Haih. Tapi pada masa yang sama aku sangat bangga dengan skil penyelidikan aku itu ha ha.

Pada masa yang sama menjadi seorang yang penyibuk juga berbaloi sebab baru nie aku pandai-pandai (setelah memaklumkan dengan terperinci kepada beliau) hantar resume tunang aku ke sebuah stesen radio swasta tempatan untuk jadi penulis part time. Semalam orang tu telefon dia dan beritau yang dia dah disenaraipendekkan. Jadi Ahad ni die suruh pergi cover satu sidang media artis berkumpulan. Semestinya aku akan mengikut sebab boring duk rumah. Oww yeah. Lepas tu kena tolong tulis story pulak. Okla tuu.

ps: kawanku yang comel lote, woot woot. haha.

soerabaia


Aku pernah ada blog bertajuk INI IALAH. Konon nak blog satu gambar sehari.Tak tercapai langsung anganan itu. Sempena kenangan lalu itu aku blog pasal gambau la hari ini.


Ini rambut anggun kawan saya selepas cuci kat kedai. Masa nie tengah rehat tengah hari Jumaat. Aku ngantuk gilee duk opis jadi teman dia cuci rambut.




Ini ialah hasil tangan gambaqq.blogspot.com.
Storybook separa outtamymind dan akim stapak yang edit.
Cepatlah tuan album nie ambil hari ini, kelegaan dan kegembiraan oooh.




Ini ialah aku pagi semalam. Aku teringat Hatake Kakashi
dalam cite Naruto pula bila beraksi macam nie.
Main dengan lighting semula jadi dapat efek macam misteri pulak.
Aku suka.



Mizzy N



Hatake Kakashi of Naruto


Sementara itu malam nie nak sambung melukis la. Aritu aku janji dengan kawan aku kata nak melukis hari2 tapi dah 5 hari aku tak buat pape. Kalau rajin jenguk la sini juge, my nukilan juge - lukistulis. Aku punya lukisan amatur aje jadi jangan harap la tahap potret Imuda mahupun main2 kaler hebat ye.

Why I 'suddenly' like photography

Orang sume akan kata aku tetiba suke fotografi. Ada juga yang mengatakan aku suka fotografi sebab terikut tokey gambaqq sekor lagi tu sebab dia ada kamera besar dan itu mempengaruhi aku. Tapi sebenarnya tekaan mereka itu tidaklah setepat mana.

Aku akui bahawa aku memang terpengaruh sikit dengan semangat minah itu untuk berfoto tetapi bukan kerana dia semata-mata. Aku ada basic foto la beb. Bukan aku saje2 follow orang mahupun follow trend, bak kata kawan aku yang membeli kamera compact aku haritu "DSLR kan trend sekarang ini".

Dulu subjek prinsip fotografi 101 aku dapat B- aje sebab aku tak paham konsep aperture+speed+ISO itu. Masa tu juge belajar guna kamera SLR semi auto yang tak boleh nampak hasil dengan segera macam kamera digital sekarang. Aku paling suka dulu tang proses gambar hitam putih dalam makmal gelap, rasa tradisional gile.

Nak dijadikan cerita tunang aku pulak budak foto dan oleh itu lagi la semangat aku nak berfoto. Yang sedihnya sebab tunang aku tak suka jadi fotografer, tak kisahlah fotografer untuk akhbar atau untuk kahwin2 nie. Bile dia terpaksa baru dia buat atau hari mood dia baik dia suka la nak ambil gambar. Tapi kalau bagi dia kamera suruh ambil pic orang kahwin dan bayar dia tak rela. sob sob. Takpe darling as long as die sapot aku oklah. Jangan tiba2 meroyan, "Awak nie pehal nak amek gamboooo je keje. Buatlah hobi menonton tv atau kumpul setem ke."

Oleh itu apabila aku ada sistem sokongan yang padu maka amatlah gembira untuk aku mendalami dunia fotografi ini. Pada masa ini aku ada Canon 1000d dengan lens 18-55 biase dan 50 mm kegemaran aku itu. Plan terdekat nie tengah aim nikon d90, lagi2 plak dah turun rege sekitar rm3888 nie kan. Yang paling penting aku dah ada speedlight dia dah. Haha memangla tak boleh cocok kat Canon, aku dah try memang tak boleh. Rosak flash aku, nasib baik dalam waranti lagi. Tapi ia bukan jadi gajah putih aje sebab aku ada guna juga bila kena amek gambar kat ofis sebab ofis aku ade nikon d5000. okla tu kan.

Hasil gambar aku memang amatur la kan sebab kadang2 silap setting manual. Lagipun dengan kamera kenit itu tak berapa banyak sangat benda hebat boleh buat. Contohnya kalau malam gelita dan tiada punca cahaya, kamera aku tu takkan dapat fokus apa yang aku nak. Tapi kalau Nikon D90 dia sebat aje walaupun mungkin tah hape2 hasilnya kan. Maknanya di sini sensitiviti kamera aku terhadap cahaya sangatlah kureng.

Oh ya semala fauzus bertanya kepada aku kenapa aku minat dengan fotografi. Mungkin sebab dah ramai bertanya maka aku jawab la kat sini walaupun mungkin sampai kucing bertanduk pun mereka takkan baca kan.... BTW Hi fauzus!

Orang kata kalau nak main-main kamera nie kena cari geng, so dalam berfoto nie aku dan outtamymind ade terjumpa geng foto masa pergi kursus kat MARA dulu. Brader Akim yang merupakan seorang jurukamera sendirian berhad sepenuh masa daripada http://stapakphoto.fotopages.com/ pernah mengajak kami pergi shoot pengantin dekat2 kawasan lembah klang nie. Selepas dah ok sikit kami mula bergerak sendiri shoot secara kecil2an, Kebanyakan job nie dapat daripada kawan2 dan juge job yang akim stapak pass kat kami.

Aktiviti amek gambau paling rancak kami berlaku bulan 2 hari tu. Ada tiga wedding yang bersamaan 3 majlis kami cover. Malahan satu majlis tu yang mana kawan kami juga, beliau bernikah kat Kedah dan sebulan lepas tu bertandang kat Johor. Kedua2 majlis kami cover. Sepatutnya malam tadi pas album kat dia tapi tokey lagi sorang bizi la pulak maka esok la agaknya pas album. Oleh sebab ponat dan tak boleh nak konsentret buat layout storybook tu kami minta akim stapak buatkan. Hasilnya semalam sangat hebat, yele memandangkan ia adalah album printed sulung kami.


Inila pengantinnya.

Selepas daripada itu mana ada pergi mengambil gambar lagi dah kecuali shoot mama dhia zara aritu. Itu pun belum nak pas lagi CD kat die, kalau awak baca nie kite try bagi minggu depan la norly ye.

Aku sangat2 jeles dengan outtamymind sebab pic dia cantik2 belaka daripada segi saat yang dia rakamkan. Aku definiskan ia sebagai memiliki ciri-ciri kemanusiaan yang mendalam. Gambar-gambar aku banyak aku tak puas hati. Agaknye aku nye stail terlalu teknikal jadi pic2 aku sangatla skema jadinya.

Paling aku boring sebab aku takde flash power untuk canon tu jadi kalo majlis dalam rumah amatlah gelap jadinya. Kalau kat luar ok aje la kan sebab tak payah pakai lampu denyar. Sekarang kalau aku rasa nak marah rumah orang tu gelap aku guna 50mm aje sebab dia boleh pergi sampai aperture 1.8.

Okla tokey dah habis keje. Nak pergi makan mcd fillet o fish yeye. walopun dah pkl 12 baru nak blah daripada ofis kan.... sob sob.

Aku rasa nak geget anjing ini

One of the first thing when learning about news writing was knowing the phrase that "A dog who bites a man is not news, but when a man bites a dog, that is definitely news".

Today I came upon a cute puppy napping at the end of the stairs leading to my office. And I felt like biting it to death. Itty bitty lilttle puppeh.


It was super cute! But I think it's mother is around kot.
So I left it alone after harassing it for pictures.

SAYA NAK JOIN FLASH MOB!

Aku baca The Sunday Star dan ada artikel pasal ini http://www.klue.com.my/articles/3045-Gleek-out-at-Glee-Flashmob-Dance-in-KL. Kalaulah aku tau boleh join sekaki. Argggghhhhh... Dahla minggu lepas aku baru je buat pos kasar pasal flash mob. Nak join flash mob. Nak join nak join nak join!

Ini dia draf tuu....

POS DRAF AKU PASAL FLASH MOB.

Aku layan u tube nie sementara menunggu partner datang ambil nak balik nie. Macam mana aku boleh terlayan flash mob ya. Mula2 aku cari pasal glee, semenjak high school musical datang nie macam2 versi muzikal ada. Dalam reality flash mob yang menari pada aku ialah idea yang sangat-sangat menarik.

Flash ialah kilat dan mob ialah kumpulan. Jadi aku anggap flash mob ialah kumpulan yang tetiba wujud dalam satu-satu lokasi macam kilat untuk satu misi dan kemudian hilang dan kembali meresap dalam lokasi itu.

Pertama ialah Flash Mob yang terinspirasi dengan Glee. Dalam laman di utube nie, ada orang komen dia pernah tengok flash mob lagi best daripada ini. Kenapa ada orang yang ala-ala jaded dan suka nak kata, ala biasa aje bila orang lain suke nak mati tengok tu. Sangat party pooper.




Lepas tu aku tersangkut dan teruskan mencari pasal flash mob joget2 nie dan jumpa ini. Ini penerbitan berskala hebat nie untuk produk keluaran sana. Tapi best gile lagi2 bila dengar reaksi daripada pengunjung yang datang.




Nie proses pembuatannya. Bayangkan nak ambil 400 orang penari kena uji bakat 10,000 orang. Lepas tu bendanya buat sekali aje. Kalau buat satu kat KL Sentral best juge, lagi2 bila buat time semua orang tengah terpana tunggu train.


Ini The MAKING.



ini pula flash mob yang aku korek dariapa u tube.


























SELAMAT HARI IBU

LVE LOVE LOVE

Orang lain nak belajar bercinta aku pulak yang super excited

Sukanya aku sambil terlompat2 di depan bilik bila ada orang diajak keluar. Biasela kalau dah kawan rapat ko ada tanda-tanda macam nak disuntik sang kumbang mestilah aku tunjuk riak-riak kegembiraan. Mesti super excited berdepan dengan sesuatu yang hepi. Kalau aku hanya menzahirkan emosi macam kau baru bagi marker pen kat aku, nanti dikatakan tak sporting pulak. Makanya aku jadi cheerleader la disini.

Tapi aku berjanji akan mengorak selangkah ke belakang apabila suntikan dah menjadi jangkitan cinta. Sebab pada aku kau sendiri yang perlu belajar bercinta, walaupun kau mungkin tersadung litar-litar yang kau ingat kau boleh pintas dalam mengharungi sebuah perhubungan. Jangan takut kena electric shock sebab ia akan mengajar kau mengurus emosi kau bila buat hubungan antara manusia nie.

Dah dah N, biar dia belajar bertatih walaupun kau risau dia mungkin akan jatuh.


good luck my pwen.
xoxo

N

Khamis dah?

Cepatnya masa berlalu.

Tadi ada perhimpunan kompeni dan buat multi kamera shoot untuk streaming supaya cawangan negeri lain dapat tengok. Last menit tu aku dapat peluang operate kamera video satu. sukee!!! Walopun kamera tu lari white balance dia pastu tetiba tak fokus dan ada masalah kabel pula. Stay cool je la sebab lepas tu perhimpunan pun habis dahh.

Tak larat nak blogging sebenarnya sebab mata dah berpinau tengok laptop office 3 hari x 6 jam. oooooooooooooooh. Aku nya tangan tak larat dah nak menaip jadi I pass my keboard kat kawan I suruh dia bawak balik office dia la. Babai keyboard! Selamat berbahagia dengan tuan barumu. Tata, lovely keyboard.
Ko nak tak out of my mind?
Ko kan asyik penat dengan ngantuk aje.
Sambil tutup mata pun boleh chatting dengan epal.

Sib baik malam nie aku nie gi servis windows 7 aku so aku cadang nak puasa jap daripada online. Nak rilek, see u Isnin! Ciao!

Pooling around

For the past six months I'm hooked to the pool. Not the watery kind. This is the low lit game of ball pushing. First of all I don't know anything about pool, the rules, the tradition and neither the theories. I just play to my heart's content. In fact I lost more than winning when I play with my fiancee. He said I should play pool vs myself so I'll have a brighter chance of winning. Evil words, but I think my skills are getting better. In fact I always manage to score a minimum of 4 balls for each game I play now.

Before this I persuaded my pren azyze to play pool/snooker with me for countless times. But as the pool tables are solemnly lighted she never answered my wishes to venture into those dark eerie places. It sure looked mysterious those days, so instead we played pool tv games at her parent's house.

Forward to now and I play weekly games of pool, a weekend without pool feels so lost and lonely. Hahahha. Actually I love pool so much because I fail at bowling. Bowling is a mysterious sports to a non sporty type like me. Some days I win and some days it's the 'bola longkang' day. But I hope to play bowling soon, it's been a long time since we had any media day bowling game. The carmaderie is good which made playing bola longkang feel like the least of all my worry. Just as I started feeling loathsome towards my inexpertise in bowling I ventured into pool. Now, I am in bliss. What makes me happy keeps me alive.

Contrary to popular belief there are some tudung clad girls at the pool tables or at least in the public area in 1Utama. Some played while some just watched their friends pool around. I think it's a great simple workout session and also a great indoor activity to do with your pals. Usually I see International female students play pool and never seen local gals play in a huge group. It's a fun game which is negatively preceived.




The sexeh thing about pool is you can stick your butt at people when you aim for the balls. But before you do that make sure there's no one behind or you'll end up sticking your pool stick into someone else's arse.

Another moment I like is riding on the table when the white ball is too far away to aim. It feels slutty and sometimes I act like I am all hebat when I tenggek my butt on the table to aim for the ball. I wonder if I ajak sopan girl NY will she play with me? Nyehehe.





Right now I am more style than substance when playing pool. But I think I'll have a pool table some day or maybe one of offsprings will take a liking to it. It will be great!!! I'll have to youtube for more guidance now. To infinity and beyond.



Ok la then. Bye.

Let's pool around!

Dah pagi buta

Nak tidur tapi dah dapat broadband kena online kejap.
Dah dua pm. tidur tidur.
Tata.

hELLO

hELLO
:D

Followers