Pages

Oh aku yang penyibuk.

Ok kepada kawan aku yang on the way ke taman cinta tu, aku janji lepas nie aku dah tak kacau lagi dah. Aku memang suka korek-mengorek nie tapi aku akan slow-slow kurangkan mengorek rahsia si jejaka itu okeh. Aku bagi masa kat diri aku dalam sebulan untuk me'rehab' diri daripada menjadi busybody. Aku tau ko tak cakap apa dan maybe tak kisah pun, tapi aku sangat horror dengan diri aku. Haih. Tapi pada masa yang sama aku sangat bangga dengan skil penyelidikan aku itu ha ha.

Pada masa yang sama menjadi seorang yang penyibuk juga berbaloi sebab baru nie aku pandai-pandai (setelah memaklumkan dengan terperinci kepada beliau) hantar resume tunang aku ke sebuah stesen radio swasta tempatan untuk jadi penulis part time. Semalam orang tu telefon dia dan beritau yang dia dah disenaraipendekkan. Jadi Ahad ni die suruh pergi cover satu sidang media artis berkumpulan. Semestinya aku akan mengikut sebab boring duk rumah. Oww yeah. Lepas tu kena tolong tulis story pulak. Okla tuu.

ps: kawanku yang comel lote, woot woot. haha.

1 comments:

Sherry said...

hehe.. everyone is diff

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah