Pages

Why I 'suddenly' like photography

Orang sume akan kata aku tetiba suke fotografi. Ada juga yang mengatakan aku suka fotografi sebab terikut tokey gambaqq sekor lagi tu sebab dia ada kamera besar dan itu mempengaruhi aku. Tapi sebenarnya tekaan mereka itu tidaklah setepat mana.

Aku akui bahawa aku memang terpengaruh sikit dengan semangat minah itu untuk berfoto tetapi bukan kerana dia semata-mata. Aku ada basic foto la beb. Bukan aku saje2 follow orang mahupun follow trend, bak kata kawan aku yang membeli kamera compact aku haritu "DSLR kan trend sekarang ini".

Dulu subjek prinsip fotografi 101 aku dapat B- aje sebab aku tak paham konsep aperture+speed+ISO itu. Masa tu juge belajar guna kamera SLR semi auto yang tak boleh nampak hasil dengan segera macam kamera digital sekarang. Aku paling suka dulu tang proses gambar hitam putih dalam makmal gelap, rasa tradisional gile.

Nak dijadikan cerita tunang aku pulak budak foto dan oleh itu lagi la semangat aku nak berfoto. Yang sedihnya sebab tunang aku tak suka jadi fotografer, tak kisahlah fotografer untuk akhbar atau untuk kahwin2 nie. Bile dia terpaksa baru dia buat atau hari mood dia baik dia suka la nak ambil gambar. Tapi kalau bagi dia kamera suruh ambil pic orang kahwin dan bayar dia tak rela. sob sob. Takpe darling as long as die sapot aku oklah. Jangan tiba2 meroyan, "Awak nie pehal nak amek gamboooo je keje. Buatlah hobi menonton tv atau kumpul setem ke."

Oleh itu apabila aku ada sistem sokongan yang padu maka amatlah gembira untuk aku mendalami dunia fotografi ini. Pada masa ini aku ada Canon 1000d dengan lens 18-55 biase dan 50 mm kegemaran aku itu. Plan terdekat nie tengah aim nikon d90, lagi2 plak dah turun rege sekitar rm3888 nie kan. Yang paling penting aku dah ada speedlight dia dah. Haha memangla tak boleh cocok kat Canon, aku dah try memang tak boleh. Rosak flash aku, nasib baik dalam waranti lagi. Tapi ia bukan jadi gajah putih aje sebab aku ada guna juga bila kena amek gambar kat ofis sebab ofis aku ade nikon d5000. okla tu kan.

Hasil gambar aku memang amatur la kan sebab kadang2 silap setting manual. Lagipun dengan kamera kenit itu tak berapa banyak sangat benda hebat boleh buat. Contohnya kalau malam gelita dan tiada punca cahaya, kamera aku tu takkan dapat fokus apa yang aku nak. Tapi kalau Nikon D90 dia sebat aje walaupun mungkin tah hape2 hasilnya kan. Maknanya di sini sensitiviti kamera aku terhadap cahaya sangatlah kureng.

Oh ya semala fauzus bertanya kepada aku kenapa aku minat dengan fotografi. Mungkin sebab dah ramai bertanya maka aku jawab la kat sini walaupun mungkin sampai kucing bertanduk pun mereka takkan baca kan.... BTW Hi fauzus!

Orang kata kalau nak main-main kamera nie kena cari geng, so dalam berfoto nie aku dan outtamymind ade terjumpa geng foto masa pergi kursus kat MARA dulu. Brader Akim yang merupakan seorang jurukamera sendirian berhad sepenuh masa daripada http://stapakphoto.fotopages.com/ pernah mengajak kami pergi shoot pengantin dekat2 kawasan lembah klang nie. Selepas dah ok sikit kami mula bergerak sendiri shoot secara kecil2an, Kebanyakan job nie dapat daripada kawan2 dan juge job yang akim stapak pass kat kami.

Aktiviti amek gambau paling rancak kami berlaku bulan 2 hari tu. Ada tiga wedding yang bersamaan 3 majlis kami cover. Malahan satu majlis tu yang mana kawan kami juga, beliau bernikah kat Kedah dan sebulan lepas tu bertandang kat Johor. Kedua2 majlis kami cover. Sepatutnya malam tadi pas album kat dia tapi tokey lagi sorang bizi la pulak maka esok la agaknya pas album. Oleh sebab ponat dan tak boleh nak konsentret buat layout storybook tu kami minta akim stapak buatkan. Hasilnya semalam sangat hebat, yele memandangkan ia adalah album printed sulung kami.


Inila pengantinnya.

Selepas daripada itu mana ada pergi mengambil gambar lagi dah kecuali shoot mama dhia zara aritu. Itu pun belum nak pas lagi CD kat die, kalau awak baca nie kite try bagi minggu depan la norly ye.

Aku sangat2 jeles dengan outtamymind sebab pic dia cantik2 belaka daripada segi saat yang dia rakamkan. Aku definiskan ia sebagai memiliki ciri-ciri kemanusiaan yang mendalam. Gambar-gambar aku banyak aku tak puas hati. Agaknye aku nye stail terlalu teknikal jadi pic2 aku sangatla skema jadinya.

Paling aku boring sebab aku takde flash power untuk canon tu jadi kalo majlis dalam rumah amatlah gelap jadinya. Kalau kat luar ok aje la kan sebab tak payah pakai lampu denyar. Sekarang kalau aku rasa nak marah rumah orang tu gelap aku guna 50mm aje sebab dia boleh pergi sampai aperture 1.8.

Okla tokey dah habis keje. Nak pergi makan mcd fillet o fish yeye. walopun dah pkl 12 baru nak blah daripada ofis kan.... sob sob.

4 comments:

Norly a.k.a MamaLeana said...

mizzyN,
rilex ar wak...
kite tak kesah punya, nnt bebile awak free bleh bg CD tuh.walopon hati dah meronta2 nak tgk CD tuh.hehehe

pektis mek pefek.so slalu2 lah amik gambaqq,sure pasneh hasil dia malatopss

ouT oF My MinD said...

sorrylah kuli...
saya nie skrng sangat bz. kalaulah kul 2 pagi itu shoping kompleks bukak lagi mcm kt singapore...dah lama saya ajak awak shoping pastu.

orng amik pic nie, pada firasat aku, dia kena tau apa passion atau fokus dia. ada orng suka amik pic bantai je, pastu wat photoshop gila babeng. ada orng suka amik pic yg xyah sgt nak phosop bagai.

yg penting, tau ko nye sudut kreativiti lah. i like moment..yg bila kita tgk pic tu..rasa nak senyum je, sedey ke..apa ke. adakah saya berjiwa halus..??

Naddy said...

norly, tenkiu dear.

outtamymind, haluss sangat.

thoyol said...

hehehe..

aku tgh mendalami ilmu EOS550D sekarang. duk terperuk jer kat umah tak buat apa2..

Haha.. :P

hELLO

hELLO
:D

Followers