Pages

Apa nak buat apabila kawan anda mula belajar tentang emosi

Kawan saya dirundum emosi baru-baru ini. Dia telah mengenali satu orang lelaki ini yang pelik tetapi menarik dan yang bestnya lelaki ini yang memulakan komunikasi antara mereka berdua. Tetapi setelah sistem komunikasi itu semakin rancak dan hangat tetiba sang lelaki menghentikan komunikasi itu secara tiba-tiba. Oleh kerana itu kawan aku itu dirundung kejatuhan emosi. Mula-mula biasa biasa aje tapi setelah call pun x nak angkat walhal update facebook macam 20 kali sehari mengalahkan orang twitter, tanda2 pelik mula timbul. Aku rasa mcm nak sekel2 aje kepala lelaki itu.

Sebenarnya mereka belum tahap nak bercinta la cuma geli-geli aje. Tapi kerana efek komunikasi yang terputus secara tiba-tiba rasa mcm nak sekel kepala jantan tu eeeeeeeee. Kadangkala aku tertanya pada diri aku jika yang membuat percaturan pelik itu ialah perempuan adakah aku akan give a damn? Semestinya maaa. Aku ingat ada kawan perempuan aku tu buat bordos kat aku walhal aku gedixx sangat jumpa dia. Maklumlah dulu satu dorm dan katil2 sebelah, konon emosi gembira sangat la terjumpa tu. Tapi kawan perempuan aku itu buat taktau aje kat aku, cuma senyum bila bersalam. Hahaha rasa malu pun ada. Aku duk sibuk bergambar ngan dia tapi dia tak de nak bergambar ngan aku juga.

So last week semasa dalam jem di Bangsar kawan aku meroyan la duk bebel-bebel pasal kenapa lelaki itu buat camtu. Kalau tak nak kawan cakap la kan. Aku rasa takde onar pun yang terjadi antara mereka jadi adegan menyepi ini sangat misteri.

Hmmmm.

Aku hanya mampu buat spekulasi aje sepanjang beberapa minggu ini dia duk meroyan pasal jantan tu kan. Aku pun muak ngan ayat-ayat aku tapi dah itu aje yang mampu aku katakan tatkala ini. Antara arahan aku pada dia ialah cari minat baru la, cari lelaki lain la, itu la dan ini la. Kawan aku nie boleh plak marah balik aku. Dia kata dengan keadaan dia sekarang yang keje dah banyak dan usia makin meningkat dah takde masa nak buat aktiviti baru. Malahan kalau boleh nak cari kawan baru pun malas. Hahahhaha, aku abaikan aje kata-kata dia sebab ayat orang tertekan nie jangan layan sangat. Merepek aje banyak.

Lagipun kalau orang tertekan nie kebanyakannya kalau die meroyan dia takkan dengar apa kau katakan. Bagi die bebel sampai die puas hati pastu agak2 emosi dia dah ok maka mungkin masa tu baru boleh start cakap perkara2 nasihat berat pada dia. Aku hanya pendengar yang baik dan bukan penasihat pakar. Aku rasa nasihat aku sekadar placebo aje berbanding pakar psikiatri di pusat kaunseling.

Lagi satu rasa nak pelempang orang tertekan nie kan masa dia bebel tertekan dan kau bagi pandangan dia akan marah2 takpun dia macam tak dengar. Tapi lepas dia habis tekanan dia akan ulang apa nasihat kita itu atau takpun dia duk meluah perasaan pada orang lain yang lebih senior dan orang itu akan katakan benda yang sama kite pernah kata. Masa tu rasa memang nak kata "aku dah kata dah aritukan". Ok nie tidak tertakluk kepada kawan aku sahaja. Benda nie ialah ciri-ciri kebanyakan orang tertekan yang aku pernah jumpa.

Eh tadi aku nak cerita pasal kawan aku tertekan nie dah cerita pasal ciri-ciri orang tertekan pulak. Heheheheh.

Sebenarnyalahkan aku teringat kepada perangai aku masa aku semester tiga dolu. Ini zaman sebelum aku bercinta 6 tahun dengan tunang aku skang. Masa tu aku kapel dengan sorang jejaka uitm cawangan malaysia timur yang aku kenali melalui saluran chat. Kami x pernah jumpa dan setakat chat, call dan pos surat serta hadiah aje.

Masa tu pula aku umur 19 dan duduk di rumah sewa. Room mate masa tu dah bertunang dan keje kilang, dia pernah cite pasal satu kawan dia yang selalu tanya pasal room mate baru dia. Aku pun macam mana boleh amek no fon budak lelaki nie dan call dia. Masa tu aku balik JB dan bila aku nak kembali ke KL aku minta dia amek aku kat Pudu. Beria-ia la dia amek aku kan dan masa tu memang mereng la nak naik kete stranger sorang2 tapi tah macam mana terjumpa plak dua orang budak satu batch aku di situ dan aku ajak dorang naik skali. Budak lelaki tu hantar aku sampai rumah terus dan tak ade la nak pergi mengeteh/minum2 ke apa.

Esoknya budak tu beritau rumet aku bahawa dia berminat nak mengenali aku dengan lebih dekat. Aku terus terfikir yang ada juga orang depan mata nak kat aku. Macam mana tah aku boleh terus berperasaan sangat negatif terhadap hubungan aku dan jejaka Malaysia Timur itu.

Masa tu aku sangat tak fikir bahawa lelaki payah nak terpikat ngan aku sebab tu aku menjadi seorang yang galak secara berhemah. Aku rasa macam kalau aku tak buat the first move lelaki takkan perasan kewujudan aku. Hahahah, memang perigi cari timba la kan, Tapi tak semua perigi aku usha. Perigi sekarang memang la aku yang usha dulu tapi hihihi nasib baik dia pun suka aku gax dan memang galak orangnya :) kan sayang kan?

Okey dalam masa 3 bulan aku tak call ke apa ngan pakwe chat drpd Malaysia Timur nie. Dia punya la call aku hari-hari dan inbox aku tapi aku bo layan. Sebabnya.... masa tu aku rasa hubungan antara aku dan dia tak realistik. Apa jadi kalau tetiba aku jumpa dia suatu hari nanti dan aku rasa lain. Tambahan pula sebenarnya aku dapati bahawa aku nie laku aje kalau aku bagi can pada diri aku untuk berjumpa orang depan mata. Okla aku memang jahat sebab itu fikiran budak yang pentingkan diri sendiri. Aku hanya 19 tahun maka bagi la diskaun :(

Akhirnyakan setelah dua ke tiga bulan aku menyepi maka akhirnya aku tergerak hati nak call dia guna public phone. Dia punya suara memang sangat bengang gila la dan dia tuduh aku ada orang lain. Aku kata mana ade sebab hakikatnya memang tak ada. Aku tak pergi pun berkenalan dengan kawan kepada room mate aku itu. Malahan sebenarnya aku takde pakwe pun 6 bulan selepas itu huhuhuuuuuuuuuuu.

Ok kembali kepada story aku itu, spekulasi terbaru aku terhadap kawan lelaki kepada kawan aku itu ialah dia suka pada kawan aku tapi dia tak boleh nak teruskan sebab dia tak sedia nak hadapi suatu perjalanan bercinta lagi. Dia akui kepada kami bahawa dia serik bercinta sbb xgf dia dulu main kayu tiga sepanjang dia bercinta. Orang trauma nie payah sikit nak pujuk.

Tapi apabila dia buat perangai tak nak contact ke hapa maka secara sendirinya macam terfikir, adakah dia senyap sebab dia ada rasa kat kawan aku maka dia terus tak nak contact sebab dia x nak lebih2? Subjektif sangat kan nak buat andaian begini.

Hei kawanku, mungkin sakitnya pedih ketika ini tapi aku tahu kau dah belajar sesuatu daripadanya. Mungkin sesak nafas sikit skang tapi bak kata butterfingers di sebalik awan ada cahaya, bercahayalah selamanya. Ala-ala behind every cloud is a silver lining kot maknanya. :)

5 comments:

Azyze said...

Aku pernah emo tak? Ko bagi nasihat tapi aku mengamuk, pernah tak? Aku rasa aku lebih cenderung kepada malas pastu ko bagi nasihat heheeh. Emo... ermmm tak sure lah.

Naddy said...

hmmmm emonye jarang2 sebab dulu konflik emosi kita tak berapa kompleks mcm skang kot. tang malas tu seperti ku ingat aje???????

Nabyha said...

pedulikkan jek dgn lelaki2 emo, haha...
kang kita emo saper nak layan, kwang kwang ;p

thoyol said...

aku xnak tulis komen nie kat kawan ko. nnt dia emo n tak baca. Haha.. :P

anyway, i believe don't go further with this guy. a guy who back off without any sincere reason is a guy who is without a backbone. at least be a man and tell her accordingly. no worthy la to chase this guy further. :)

mizzyN, u also one of her reason to meroyan. Sape suh kawin? Haha.. :P

Naddy said...

byha, ya betoll tu.
thoyol, hahahhaha. keji tul komen.

hELLO

hELLO
:D

Followers