Pages

Label itu jahat!

Siapa yang mengaku dia baik memang sah perasan. Pada aku label baik, jahat, kedekut, pemurah, gedik dan sopan itu hanyalah label statik semata-mata. Kerana, ia remeh dan boleh berubah sekelip mata. Contohnya aku boleh menjadi baik kepada office mate aku tetapi aku tak baik dengan orang office lain. Aku baik + pilih kasih, boleh tak label mcm tu? Ala-ala genre fusion filem Kelakar Seram Tragis, Muzikal Cinta Seram???

Seorang manusia melabel seseorang itu berdasarkan pandangan dia pada kamu, pendiriannya terhadap isu yang kamu hadapi dan mungkin juga jantina kamu. Hahah contohnya macam selalu orang kata kalau bos lelaki marah dipanggil tegas tetapi jika bos perempuan marah pula digelar meroyan.

Cara seseorang dibesarkan juga mempengaruhi cara dia melihat seseorang lain. Macam aku dibesarkan untuk bercakap terus terang, tapi bila orang suruh aku kritik dan aku offer kritikan, mereka kata aku mulut laser. Apooo, bukan ko tanya aku ke tadi?????

Jika kau seorang yang memang dididik untuk berjimat cermat dan sentiasa beli bila perlu sahaja, mungkin ko akan senang2 dilabel kedekut oleh Encik A. Namun begitu di mata Encik B pula kau adalah orang yang cermat. Label itu mengikut pandangan individu itu terhadapmu. Yang penting sekali kalau individu itu membenci kau maka semua label dia ke atas kau sah-sahlah negatif kan.

Melabel orang lain dengan panggilan berdasarkan penilaian mata kita sangat bersifat emosional dan berat sebelah. Lagi hina jika kita suarakan label kita itu kepada pihak ketiga. Contohnya macam kita cerita pada pekerja baru kat office kita bahawa bos kita itu sebenarnya mood swing walhal orang itu baru je masuk 48 jam lepas. Nak buat kad pekerja pun tak sempat lagi dah kite cerita kat dia keburukan bos itu. Sepatutnya biarkan budak itu mengenali bos itu dengan kaca matanya sendiri ok.

Label juga bersifat stereotaip kerana kita mengklasifikasikan seseorang itu dengan gelaran yang senang kita faham. Jika kurus dieorang kata x cukup makan, jika dia gemok kita kata kuat makan, jika dia senyap kita kata pendiam, jika dia bising kita kata dia outgoing. Nama-nama label itu difahami seantero masyarakat di situ. Contohnya kalau masyarakat itu faham 'poyo' ialah berlagak maka kau ialah poyo kerana berlagak. Kalau mereka menggunakan 'kekwat' sebagai berlagak, maka kau bukan poyo tapi kekwat. Cuma bila dorang x faham kau aje dorang akan kata kau pelik.

Pada aku memberi label ialah satu bentuk propaganda kerana bila kita sebut kuat-kuat label itu macam kau nie memang peramah maka ramai akan tertarik nak berkenalan sekali. Tapi kalau kau sebut label kau kuat-kuat dalam office kata budak baru office kau sombong maka orang lain akan dengar dan terfikir pula betul ke dia sombong. Propaganda ialah ideologi yang kita sebarkan dan cuba untuk tanam di kalangan orang sekeliling kita untuk tujuan membentuk fikiran mereka. Ala mcam masa pilihan raya, dok propaganda parti tu teruk dan parti dia bagus untuk raih undi.

Aku kata label ialah remah sebab selalunya orang kalau tengok ko 3 kali pertama dan kau senyap aje (walhal kau tak tegur dorang sebab dorang tak tegur kau juga) maka mereka akan kata kau sombong. Lepas dah borak terus aje label jadi peramah atau ‘ok rupanya’. Brengsek2 ini kadang2 nak aje sepak sebab tolonglah simpan pendapat kau dalam diri sendiri ye.

Kerana, apabila kau menjelaskan persepsi kau pada aku ia juga membayangkan engkau nie macam mana. Oleh itu ialah lebih baik ko jangan beritau aku apa kau fikir pasal aku tatkala dulu itu, melainkan kalau kita dah setahun kenal. Maka masa tu mungkin aku rasa ok sikit nak terima tanggapan pertama kau itu.

Lebel ialah membakulkan semua benda dalam satu gelaran, sebagaimana semua orang panggil mee segera maggi dan semua lampin pakai buang pampers di Malaysia ini. Macam mana dorang suka melabel artis berbuah dada besar sebagai Pamela Anderson Malaysia dan penyanyi bersuara besar sebagai Whitney Houston Malaysia atau Mariah Carey Malaysia. eh tu stereotaip la tu maknanya.

Manusia suka bagi label kat manusia lain supaya konon2 dia lebih memahami orang tu jenis macam mana. Tapi label hanya sesuatu yang benar kepada pemberi label itu sahaja. Bagi orang lain labelnya lain pula. Label orang ke atas diri aku selalu, kurus jadi kena makan banyak. Blahhh la lu. Kalau aku label dorang, pemalas sebab tu mengembang kiri kanan depan belakang marah plak. Hhahahaha, kejisss. Okla ciao.

Au tengah bercuti :) cuti apa? cuti nak kaweng la.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers