Pages

hari nie asyik dengar perkataan mat salleh dan mat salleh

Tadi aku gi Giant kat rumah aku nak beli khemah sebab mulanya bapak aku nak beli kain kanvas kalis air tu pastu ikat tali dan tarik buat khemah untuk letak kat laman rumah. Tapi aku fikir balik baiklah beli payung aiskrim besar tu sbb harga baru RM100 aje. Malahan kalau tetiba nak jadi peniaga pun boleh guna kan. Lepas nie boleh bukak gerai tepi jalan dan bila DBKL/MBJB/MBSA/MBPJ datang angkat kain paras lutut dan lari laju2. Hahahihi.

Jadi masa beli tu biasa la keluar la mukadimah kenapa nak beli sebabnya, nak letak apa bawah khemah bagi berteduh. Lepas tu sebelah tu ada khemah 'camping' pula dan mak aku cerita ada sedara kami beli dan pacak khemah depan rumah sebab anak2 kecik dia teringin nak berkhemah kat luar.

Orang jualan tu katalah "Macam orang putih la pergi travel style backpack bawak khemah". Berenti mana2 pasang khemah dan tidur.

Lepas tu aku dah habis shopping naik teksi nak balik rumah. Macam mana tah mak aku dan drebar teksi perempuan tu boleh cite pasal kucing dan mak aku cite pasal jiran kami yang sangat sayangkan kucing jadi dia pergi buat rumah kucing kat laman rumah dia. Semasa merespon drebar teksi tu kata "Macam mat salleh sayangkan kucing"

Hah mat salleh dan mat salleh aje jadi contoh. Kenapa?

3 comments:

ninieZUERYANNIE said...

hahahahahaa.. gedh, semakin sebok membuat persiapan kawen nampak.. semoga semua bjalan dgn lancar k..

Naddy said...

ye ninie. nak blogwalking pun x berapa masyuk skang.

fndrocka said...

pergi shoping complex nampak awek sweet jalan2....pun dah macam mak saleh gayanya

hELLO

hELLO
:D

Followers