Pages

cerita seminggu lalu.

Buat julung2 kali dalam rumah ku ada kucing
Selalu ada hamster aje yang bercengkerama
Hari itu dalam sejarah jadi kena la bising
Tapi kucing duduk rumahku dua hari dan tak lama






kucing itu milik paksu
paksu itu sedara kawanku
masih lagi pengantin baharu
maksu nya pula bernama maksu
hahahha






mereka pergi kenduri jadi kucing kena hantar nursery
kepada anak kucing yang kecik ini
maka anak sedara menjadi nanny
di rumah akula tempat ia berlari-lari







pagi itu aku keluar bilik sejurus terjaga
aku keluar nak amek laptop tengok kucing tiada
ia nampak aku lalu ngiau tak henti-henti la pula
bila aku duduk dia naik ke pangku meminta-minta






kucing kalau mengeow tandanya nak sesuatu
tapi macam la aku tahu apa yang perlu dibantu
eow meow iau eow miaw apa maksudmu?
kalau lapar tu biskut kalau nak melepas tandas pula di situ







aku amek kamera usik si kucing
ia tak takut tapi mata sepet berpinar2 kena flash kamera
habis la semua posing aku setting
lepas 10 minit aku sambung balik layan dunia maya







kucing kucing kucing dan kucing
kucing memucing dikucing kucing
kucinglah kucing dan juga kucing
ada seekor kucing tapi aku riuh macam ada berkucing-kucing







apa yang ia pinta aku tak tahu
nak bermanja ke tapi mcm lain mcm je
sebab ia anak kucing adakah ia inginkan susu?
maaflah kucing makcik bukan ibumu le






semasa aku layan tenet ia duk berbaring di lantai sana
aku usiknya tetapi belum tidur lagi rupanya
aku IAU IAU dia MEOW MEOW lalu naik ke atas riba
dia duk mencari sesuatu aku masih tak tau apakah ia






kerana clueless dan rimas aku amek laptop masuk bilik
sila lah lepak sorang di luar ye si cilik
makcik tak larat dah nak layan haiwan kecik
sebab mataku sudah kembali mengecik

2 comments:

Ellen Whyte said...

Cuuuute! Is this your kitten? What a wonderful knowing little face. Please post pictures as she/he grows up.

Naddy said...

au and target,
unfortunately it is my friend's uncle cat. we cat sat for the weekend.

:)

hELLO

hELLO
:D

Followers