Pages

Facebook complexity

Facebook sangat mudah digunakan dan difahami. Kalau ada yang tak faham-faham tu maknanya malas nak kaji la tu kalau belum klik sana sini tapi duk tanya di mana. Selalunya kalau seseorang itu baru berkecimpung dalam facebook mesti dia tak tahu ada fungsi ‘inbox’ dalam tu jadi semua benda dia akan tanya di wall. Kalau dalam failbook sebuah laman mempersenda facebook phails, selalu disertakan newbie fb kantol berterima kasih kepada temannya atas ‘malam yang indah semalam’. DIa ingat dia punya mesej dah peribadi padahal semua orang boleh baca.

Hidup ni mestilah kena sentiasa mengkaji, contohnya nak tahu maksud bamboozle tu kena la buat kajian sendiri dengan mencari dalam kamus. Takpun kalau dah taip dalam Microsoft Word, klik kanan dan klik ke Synonym dan keluarlah maksud lain bagi bamboozle tu. Takpun taip aje bamboozle definition dalam google maka jumpalah akan maksudnya.

Melalui facebook kita boleh tau hal orang dan orang pun boleh tau hal kita. Oleh itu kita kena pandai memilih apa yang kita nak beritahu orang dan tak mahu beritahu orang. Kena amalkan self censorship.

Perkara yang selalu kawan-kawan aku luahkan dalam status facebook pada hari bekerja ialah tentang rasa marah kepada seseorang yang tidak disebut siapa gerangannya. Kadangkala ada juga yang suka nak luahkan benda-benda kurang jelas seperti “Harinya bakal tiba,” atau “Penantian itu suatu penyeksaan” atau sesuatu yang buat ko nak tanya “Apa benda yang ko cakapkan ini?” Tapi lepas tu sang empunya status akan bagi jawapan-jawapan yang kurang jelas juga macam “Adalah”. Hahhahaha macam suit. Kalau nak main-main rahsia baik tak yah update kaf facebook.

Kadangkala melalui facebook juga boleh timbul pasal spekulasi tak elok. Macam masa aku baru kawin dulu aku tulis pasal status yang marah kat anggota keluarga aku yang lain. Dan dan sahaja kawan-kawan aku ingat aku marah kat suami aku. Ada sorang tu siap tulis “Takkan dah menyesal kot kawin”. Seorang rakan sekolah aku punya status perkahwinan “It’s complicated” dan sekali tu status dia berbunyi “Mungkinkah tahun ini tahun akhir kami menyambut Syawal bersama”. Terus aje respon-respon semua tanya pasal rumahtangga dia.

Oleh sebab di facebook hanya teks semata-mata dan komunikasinya amat terus maka tak perlulah baca status seseorang tu dan fikir lebih-lebih. Komunikasi antara manusia diiringi oleh pelbagai faktor macam body language iaitu mimik muka dan intonasi perkataan. Kalau melalui telefon pun kita akan peka pada intonasi tetapi dalam facebook tiada apa melainkan tulisan semata-mata yang perlu kita fahami.

Masa aku baru nak daftar Friendster dulu aku ada terdengar pasal facebook. Agak-agak ada tak jaringan sosial yang akan memupuskan facebook macam mana fb pupuskan Friendster?

PS: Bamboozle bermaksud dupe or trick, ertinya tipu.

3 comments:

DrSam said...

saya seronok membaca celoteh rakan-rakan di facebook. Kadang-kadang senyum sendiri "Hari ni masak tumis sambal bilis" :)

inur said...

fesbook hanyalah tempat untuk bermain2... i mean its a place to be happy tapi org lain selalu misunderstanding ... so rasanya tak mustahil fesbuk ni boleh memudaratkan rumah tangga kan? jadi aku pun rasa mcm nak stop main fesbuk... :) hahaha... Konon

Naddy said...

dr sam, fesbuk memang mcm2 ragam.
inur, aku pun dah kurang berfb.

hELLO

hELLO
:D

Followers