Pages

Ulasan aku pasal Ngangkung.

Baru tonton Ngangkung tadi. Agak biasa aje ceritanya. Tadi aku tengok Eira Syazeira jadi bini Shaheizy Sam dan lepas tu asyik membebel aje watak dia. Bosan jugak ada isteri macam tu kan. Ok lepas ni aku kurangkan membebel atau tukar membebel kepada edisi bercakap secara mesra.

Cerita ni pasal tiga kawan yang pendapatan biasa-biasa aje jadi teringin la nak mencari duit dengan cara senang. Maka mereka pun mencari bomoh, mencangkung, panggil hantu, dapat nombor dan lepas tu tengoklah kena ke tak.

Cerita ni ada banyak pengajaran la, seperti 'kalau tembak pastikan kena badan dan bukan kena ekor' yang dikutip daripada dialog 'Dr Azlee' dan kalau gugurkan anak cara yang digunakan ialah cara yang kejam. Para pelakon yang membintangi filem ini pernah keluar dalam filem terbitan Metrowealth sebelum ini seperti Shaheizy Sam dan Azad Jazmin yang berlakon dalam drama Adnan Sempit juga keluaran Metrowealth. Juga ada cameo Norliana Shamsudin yang turut belakon dalam Adnan Sempit dan pengarah 'Selamat Pagi Cinta' terbitan Metrowealth.

Filem ni mula dengan lawak mereka berjumpa bomoh dan hantu, tapi bila nak dekat penghujungnya dah jadi macam cerita insaf dan suntikan lawak pun suam-suam kuku aje. Lepas tu hantu dia macam tetiba aje hilang padahal kalau cinta hantu lain nak kena buat upacara baru hantunya hilang.

Lepas tengok Ngangkung lagi rasa nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Itu pula filem arahan Mamat Khalid dan merupakan sambungan Zombie Kampung Pisang. Bila tengok deretan filem komedi seram tetiba rasa mcm ada trend terbitkan filem komedi seram pula masa ni. Lepas ni ada tak orang nak buat komedi muzikal seram romantik ke?

Aku bagi 2.5 bintang untuk cerita ini. Sesuai untuk kanak-kanak sebab cerita dia mudah difahami. Masa aku tonton tu pun penuh barisan depan dan belakang dengan kanak-kanak.

ps: tetiba teringat Qabil Khushry Qabil Igam yang bermula dengan sangat happy tapi berakhir dengan sangat tragis. Hilang dah kehappyan sangat-sangat yang dipaparkan di awal filem.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah