Pages

Komunikasi ialah kunci kebahagiaan

Sepanjang aku mula belajar pasal komunikasi 10 tahun dulu aku sering dengar "Communication is key". Aku rungkaikan ia sebagai kunci kebahagiaan dan kunci kesengsaraan. Pada aku lebih baik sengsara dalam mengetahui daripada sengsara dalam penipuan atau tahu lambat.

Komunikasi itu kunci yang membuka segala pekung dan kejelitaan hidup, baik dalam realiti mahu pun drama. Tapi dalam drama komunikasi selalu tak efektif sebab komunikasi disekat oleh halangan fizikal dan mental. Oh dan emosi semestinya sebab mental dan emosi berbeza katanya, mental ialah akal dan emosi pula nafsu. Itu pendapat aku jadi jangan ambil ia bulat-bulat.

Contohnya macam drama Trilogi Cinta, si Norjinah boleh pula buat spekulasi yang Razif bercinta dengan adik tiri dia sebab tulisan dalam kad. Lepas tu bukan nak tanya suami ko terus malahan duk membaca maksud-maksud tersirat pula. Taktik apa yang digunakan untuk memecahkan kod-kod tersirat tu aku tatau. Yang aku tau aku rasa macam nak je keluarkan carta komunikasi dan luangkan masa 30 minit terangkan pada dia.



Carta dipinjam daripada www.nrc.gov


Tapi itulah semua drama menjadi drama sebab komunikasi yang tak efektif. Kalau komunikasi tu efektif kerana maksud sampai jadi drama jugalah tapi drama sekejap. Mungkin kalau banyak cover2 jadilah drama 13 episod, tapi drama yang komunikasi dia efektif mungkin 15 minit aje.

Kalau tengok elemen yang dipublisiti oleh drama pun semua sebab tak nak cakap terus terang seperti penipuan, rahsia, helah dan konon nak jaga hati semua orang. HEH! Kalau ada drama bercakap terus terang jadi apa agaknya ya? Kebenaran yang dicari hanya keluar masa episod akhir aje maka mungkin akan jadi telemovie aje berbanding drama bersiri :P


Nak tengok sini ye - Episod 1- 20 Episod 21 - Terkini

2 comments:

DrSam said...

mungkin media massa kena mulakan kempen "komunikasi berkesan" dari masa ke semasa kepada masyarakat.

Ellen Whyte said...

Hope you are feeling good and get to enjoy your confinement!

hELLO

hELLO
:D

Followers