Aku rasa lemau duduk rumah lama-lama, maklumlah kebebasan untuk mendapatkan sesuatu di kedai tiada. Sifat aku yang tidak berapa mempercayai orang lain untuk beli barang aku skang kena ubah. Aku kena bergantung pada orang lain pula. Itu rasanya yang kadang2 menyebabkan aku lemah hidup terkedap dalam pantang. Aku nak itu ini kena tunggu 2,3 hari baru dapat berbanding masa hamil dulu bila semua benda boleh dapat hari tu. Kalau x dpt beli merajuk. Huhuhuu. Sekarang minta hari ni mungkin minggu depan baru dapat.
Kisah hidup aku pula slow motion sekarang. Isu negara bukan lagi hal yang aku perlu ambil tahu dengan gigih. Masa aku hanya ada untuk buat keperluan asas. Aku sukar hadapi keadaan itu. Orang lain yang datang dan pergi dari rumah ini tak merasai itu semua. Mereka hanya nampak aku perlu berehat dan suruh take it easy. Tapi mereka lepas keluar dari rumah ni boleh tengok wayang dan release tension mcm2.
Hidup di rumah dengan keluarga juga banyak melibatkan drama hari-hari yang lain daripada aku amalkan. Aku amalkan hidup bila tak puas hati cakap tapi di sini cakap kena berlapik. Walaupun ada orang kata dia bercakap nyata tapi sebenarnya cara dia komunikasi dgn aku lain.
Wujud pula elemen negatif yang kalau diusir dari hidup ni pun takpe. Menjengkelkan sahaja. Kadang2 aku pelik fikir siapa yang baru lepas beranak di rumah ini? Bullshit yang aku tak perlu hadapi sepanjang aku berada jauh dari rumah kini aku hadapi hari2. Bukan hari2 malahan setiap masa. Aku selalu buat bodoh sbb pada aku dia x layak nak demand itu ini dengan perangain x semenggah dia tu. Tapi sesetengah benda kena let it be la kan.
Macam drama swasta kan yang meleleh2 tu, kalau aku benci aku tutup je tv. Tapi di sini tak bolehla...
Aku juga selalu curi masa nak online sbb dulu aku hari2 online. Tapi ni aku kena belajar offline. Semalaman semalam aku tinggal hp dlm bilik. Dan aku kena limitkan guna internet mulai hari ni sbb baby bangun 2 jam sekali.
Oklah bye2 kehidupan maya. See u later.
Wonderful Wordy Wednesday
1 day ago
0 comments:
Post a Comment