Pages

Anugerah

Anakku memang anugerah Illahi. Memanglah kan. Ok ok, aku susun balik kata-kata itu lebih spesifik jadinya. 

Anakku anugerah kepada keluarga aku dan mertua ku. Siapa lagi yang boleh buat orang keliling curahkan ratus2 ringgit semata-mata untuk jumpa dia? Cucu pertama la katakan. Aku pun tidak dapat menarik org untuk bagi hadiah ratus-ratus secara demand. 

Baru 21 hari jadi mak. Banyak benda nak belajar lagi ni. 


Dia lahir 5 hari sebelum aku dan pyan rizal sambut anniversary kami yang pertama. Memang aku plan nak rancang keluarga at least setahun sebab aku kan carefree orangnya. Nak enjoy diri dengan suami je. Maklumla dah kapel 6.5 years konon nak bergomol-gomol berduaan aje, nak tgk wayang tanpa kena fikir si kecil, nak pergi bercuti sana sini dan enjoy hidup sukaria pengantin baru.  

Lama dow kapel rasa mcm nak terbalik dunia, tapi Alhamdulillah tahan la nafsu nak bersenggama tu sampai tunang dan kahwin.

Tapi pyan rizal nak anak cepat sebenonye. Kalau boleh la katanya sebab dia suka budak2 cuma aku aje yang x heran kat budak2. Maklumlah adik aku pun beza 2.5 thn dgn aku dan kali terakhir ada baby ialah 19 thn dulu. Masa tu mak aku babysit anak sedara dia dr 6 bln ke 5 thn dan aku smpat merasa selama 3 tahun je sebelum aku masuk Mozac9599.  

Aku memang x pernah salin lampin baby, tengok org susukan baby secara live, dan nak pegang baby 5 hari pun rasa neves. Eh aku nak la anak tapi kalau ada awal xpe, cuma kalau bisa dilambatkan okeh juga. Lepas kahwin tu siap nak amek pil perancang and siap semangat call my former schoolmate saorang doktor. Tapi lepas tu mcm x berapa gigih nak dapatkan pun...

Tapi. Slps 2 bln hidup berdua rasa mcm rentak hidup sama aje. So akhirnya aku doa pada Tuhan kalo ada cepat ok juga.  

Masa bln oktober 2010, bendera merah aku x melambai dah 2 minggu. Sebab ia memang tepat melambai selalunya maka aku yakin la mcm ada sesuatu aje. Malam tu juga pes time aku try pregnancy test kit. Xpernah la aku tgk depan mata bentuk dia. Asek tengok dalam tv kat cite2 omputeh je. 

Eh eh eh kalau cite omputeh je kan ada pregnancy test kit. Kalau cite melayu muntah2 kat sinki pastu tengok cermin ternganga sebab tiba2 terlintas "gua hamil!". Kalau cite Tamil/hindi pengsan lepas tu hantar spital and doctor kata "tahniah, anda sebenarnya hamil!" duhh. Cite cine aku dah lama x tengok jadi x tau. 

Hasilnya positif yeah. Soooo aku suka la kan sbb Allah dah beri can aku hamil. Tapi pyan rizal terkebil jap sebab dia mcm x caya aku preggie. Of course la I gi klinik untuk pengesahan lepas tu.

Di fastforwardkan aku beritau mak aku, kakak aku and bestie aku. Budak2 opis dan yang lain2 aku beritau lambat sikit la sbb nerves uu.  

So 9 bln berlalu dan baby pun lahir. Masa dia lahir aku duk spital dua malam kena monitor sebab caesar. Dua-dua malam tu tawakal je la cuba breastfeed bayi. Masa dia lahir smpi 3 hari mcm tu kena bagi kolostrum yg sgt baik utk baby. Oh lupa masa cek kat PPUM pun ada dia bagi talk psl penyusuan susu ibu. Tapi satu benda aku fail ialah nak salin lampin dia. Hehehehehehh.  


Usia 48 jam di muka bumi 


Malam tragis bagi ibu first time bernama Aku tu ialah malam kedua kat hospital. Mikael nangis beria-ia. Emmm pagi buta sebenarnya dlm pkl 2 mcm tu. Aku dahla x dpt nak tido sbb nurse dtg tiap2 2 jam cek blood pressure, bagi ubat, dr datang cek, kena injek sana sini. Dia plak nangis mcm kena pukul, kuat oooo. 

So masa dia  nangis tu aku mcm blur tatau nak buat apa. Sekali cek bontot rupanya berak pertama dia. Oleh sbb aku xde pengalaman so aku roger nurse la kan. Sekali nurse datang suruh lap2 pakai wet tisu je. Duuuhhhh x friendly langsung. Bagi arahan pakai mulut and blah dlm masa 30 saat. Dabel duuuuh betul. Siap kau kalau aku jumpa lenkali. 

Nasib baik org sebelah aku tu sudi membantu. Nama dia Tini and dia first time mom juga tapi dia ada byk anak buah so kacang je pada dia. Kali kedua Mikael nangis pun dia yg tolong tukar. Aku memang dah blur x cukup tido masa tu.  

Tini nye anak lahir normal tapi kena masuk wad sebab masa lahir belakang dia lembik. So dia duk sorang2 kat wad sebelum aku masuk. Bila waktu melawat dia gi tengok anak dia kat wad kanak-kanak. Masa pagi pertama aku kat wad tu (anak aku lahir mlm sebelum tu) nurse tego dia nape x perah susu. Duhhhhh dah dua hari baru nak beritau ke? Tini tu masuk wad hari Ahad tapi hari selasa baru ko nak bitau..... Aku tak cek wad tu friendly penyusuan ke tak. Friendly kot tapi nurse2 ada yg x cukup informatif. 

Eh ok, berbalik kepada cite pasal anugerah tadi. So seminggu pertama tu mak and mak mertua aku ada bersama. Hidup tak berapa indah sbb aku rasa mcm alien. Efek tahan sakit 11 jam tu memang melembikkan la. Aku x tahu hari ni hari apa, lepas tu baby nak susu 2 jam sekali. Ada 3 malam tu dia nak susu 40 minit sekali. Bila imbas semula aku rasa sbb aku x tukar lampin dia kot. Letak balik je dalam 30 minit dia marah. Aku tau sumbat susu aje. Waduuuuh fail ini mak.

Ok enough about me, biasa la mcm program tv ada byk insert and cut away heh.  

Mikael membuatkan mak long and mak su dia berkejaran balik rumah dr KL nun sana. Merapatkan juga hubungan mak mertua dan mak aku yg last jumpa masa aku bertandang tahun lepas.  Bapak mertua aku belum jumpa dia lagi ni sbb x mo ikut mak mertua aku masa dia datang kl. Tapi aku dah kirim gambar berhelai2 dalam laptop pyan rizal, ko nak gambo apa? Ada jutas jutas daripada telepong and kamera yg aku amek. 

Tengah tunggu teksi nak ke klinik cek jaundis pada usia dia 15 hari. Alhamdulillah x ada. 

Mikael sebelum dibotakkan 

Sedang dibotakkan 

Baby botak


Aku pula gitu-gitu je dengan anak aku kalau orang ramai ada. Bagi can kat bapak dia layan bila balik weekend tu. Dah 3 hari x salin lampin dia berak hahahaah. Hari ni kembali spt biasa la. Tapi lagi 3 minggu ke 4 minggu dia akan feed 3-4 jam so rileks la sikit badan. Nak nyusu 10 minit tapi nak sendawakan tambah 10 minit, kalau sendawa x mo kua maka kena dudukkan tegak sampai 15 minit. Klo x air susu dlm perut dia boleh terkua and takut dia tersedak. Tersedak masuk dalam paru2 dikhuatiri lemas. Oh tidak! Moga Allah pelihara kesejahteraan diri Mikael dan omaknya. Omaknya pun kena extra alert time nyusu ni. 

Aku harap kehadiran Mikael akan menjadikan aku insan lebih baik. Lepas sakit beranak of course la insaf. Masa sakit nak beranak tu semua selawat keluar dan siap belajar selawat lagi dr nurse.  

Siap buat reflection lagi tu maybe payah nak beranak sebab selalu marah2 suami kot. Ohohoho. Hospital tu x bagi suami masuk sebab ada sejarah suami tumbuk doktor dalam bilik bedah. So suami aku masuk kejap2 aje. Tapi dia nanges la tengok aku dalam labour. Mencungap tau nak tahan sakit tu, cuma bila dapat gas tahan sakit lega sikittttt. Sikit je la.  

Aku bersyukur Allah bagi aku can jaga anugerahnya ini, begitu juga semua ahli keluarga ku. Mereka memang sayang gilossss la kat dia. Aku pula sedang belajar menyayanginya, belajar memahami tangisnya yang banyak jenis tu. Syukur Alhamdulillah. 

Semoga Allah berkati usaha aku dan keluarga menjaga khalifah cinonetNya ini. InsyaAllah. 

7 comments:

nooreen.rahman said...

bahagianya aku baca. ^______________^

nane n kerry said...

so sweet nadh...membuatkan x sabar nk pegang baby sendiri

mummy afif & aidil said...

selamat datang ke dunia sorang mak, nad!! bykk lg kita kena belajaq..dan, jgn lupa kutip ilmu dr mak, mak mentua, kwn2, buku, mags..smoga mikael mmbesaq sbg anak yg soleh, penyeri hidup hg & pyan..amin.

mizzyN said...

Yeah, hidup menjadi ibu!!!

yoon see said...

Hello Missyn!

I am so happy for you.
Happy Motherhood!

Congrats to you, your family of having a new born baby to join your family. So cute your baby.
I must come over to see you and your beloved baby.

Call me when you are ready for visitation:)

AchiQue said...

syukur Alhamdulillah gedh...semoga Mikael membesar dengan sihatnya...

AkaZukii said...

hihi mummy nad!!!!!!!!!!!! ur bundle of joy too cute lar..heheh if u can still recall, there was one time when u said (or was it u wrote..somewhere heehee) that 'you'd wonder if you'll ever turn out like one of those typical new mommies who would rant about their baby like 24-7'.........and here you are, writing about the beautiful gift frm Almighty. and yes it is addictive. and bottomline i wanna say...(yet again) welcome to the club...when are u coming back to KL? who's going to take care of the bb? nursery? maid? :) take care babe.....

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah