Pages

5 photobook coupons to redeem

Ok, so aku ada 5 photobook nak kena redeem. Aku plan nak redeem bulan Julai juga sebab offer dia kojol Ogos ni. Kenapa sampai 5? Sebab aku plan nak amek 2 untuk aku, 1 untuk album kahwin pak sedara suami aku dan 2 lagi untuk kawan aku yang kawin kat Kelantan aritu.

Nak membuat photobook dia ada beberapa pilihan. Satu boleh pas je gambar pada orang photobook tu dan bayar rm80 dan dia akan susun, tapi aku kedekut. Seken, download template free dia dan tarik-tarik je gambar masuk dalam template sedia ada, tapi aku mahu custom made. 

Oleh itu aku design template sendiri. Inspirasi aku ambil daripada Internet dan juga baru ni aku jumpa issue-issue lama majalah cards dan scrapbook. Majalah2 lama ni dijual di sebuah kedai buku opposite jalan daripada area kedai2 makan di damansara uptown. Dua buku dia masuk satu plastik harga rm3.90 aje, tapi memang tahun 2009 n 2010 punya keluaran tau. Aku rasa ok je beli sebab style scrapbook ni lebih2 kurang aje dan tak berubah. Scrapbook sangat personal style aku beritau ko.



Korang la yang pertama tengok usaha aku ini.
Tarikh salah, tapi ni mock up aje so tadah jela.


Amatur sangat design, tapi kena mula juga tatkala ini. 
Kalau tak mula sekarang, masuk Ogos akan nganga
sedih sebab dah tak de masa nak memphotobook.


Semua ni buat guna photoshop,
tak adela nak memotong kertas macam dulu2.
Last aku buat kolaj hujung2 2011 untuk bagi Ely dulu.
Lepas tu dah beranak mana ada sentuh dah
DIY thingyes ni.

Ada lagi 37 page nak buat. Ini special aku nak buat untuk anak aku punya photobook. Kisah daripada dia dalam perut sampai la setahun. Julai ni dia setahun, InsyaAllah.

Zaman komputer ni gaknya berapa persen aktiviti membuat scrapbook secara manual jatuh agaknya ya?
Alangkan kad raya pun orang jarang beli. Kalau dulu koman-koman RM10 orang spend untuk officemate dan sedara-mara namun la ni sms aje, mms atau tag aje satu kad 50 orang kat fb. Ni yang tetiba rasa nak buat kad raya. Ahahha, sape nak beli?

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers